Saturday, December 17, 2011

Saturday, October 1, 2011

AluNan - part 18



Adi turun daripada sebuah bas sekolah. Wajahnya ceria. 
Tika ini Adi berumur 13 tahun. badannya masih lagi kelihatan kecil dan kelihatan seperti  budak sekolah rendah.

Seperti kebiasaan selepas persekolahan, Adi akan mengunjungi studio latihan untuk bertemu 
dengan cikgunya.

Apabila sampai di muka pintu, dia tidak terus membuka. Kedengaran suara Latif dan Rauf sedang berbual.
Adi cuba merapatkan telinga dengan pintu studio. Matanya dikecilkan, dia cuba mengamati perbualan antara mereka berdua.

"Bagaimana dengan Sarah dan Adi? Sudah pasti mereka juga hendak bermain bersama di atas pentas?"

"Cikgu sudah ada perancangan untuk mereka berdua. Sarah akan ada konsert dia tersendiri.."

"Bagaimana dengan Adi?"

" Cikgu masih belum yakin dengan kemahiran Adi lagi. Masih banyak yang perlu dia tahu. Buat masa sekarang lebih elok dia belajar lagi.'

"Kalau cikgu kata begitu, saya setuju sahajalah." sokong rauf.

"INI TIDAK ADIL!"

jerit Adi. Mukanya merah. Latif dan Rauf terkejut dengan kehadiran Adi secara tiba-tiba.

"Apa kurangnya saya? Dari dulu sampai sekarang, saya tak pernah dibawa untuk mempersembahkan kemahiran saya...Ini semua tidak adil! Cikgu pilih kasih!!!"

Adi keluar sambil menghempaskan pintu studio. Latif Saari cuba mengejar Adi. Akan tetapi Adi sudah lenyap.
Lenyap terus dari kehidupan Latif Saari.






Saturday, September 3, 2011

ALuNan- Part 17





13 tahun dahulu. Dirumah Latif Saari.

Adi dan Rauf bertumbuk antara satu sama lain. Sarah menjerit-jerit meminta agar mereka berdua berhenti namun masih tidak diendahkan oleh mereka berdua. Apabila melihat perkelahian mereka segera Latif meleraikan mereka.

"Apa nih? Kan cikgu kata jangan berkelahi?" marah Latif.

"Dia yang mulakan dulu! Dia tumbuk saya." Rauf menunding jari.

Adi menepis tangan Rauf.

"Kau yang hina aku! Kau kata aku miskin. Sesuai untuk main alat muzik untuk orang miskin aja!." 

"Betullah, kau lihat aku..biola. Mana ada orang miskin main biola. Buktinya kau boleh tengok sendiri dekat tv. Orang miskin main seruling!"

"Tak! Tak betul!" Adi berlari meninggalkan mereka disitu. Latif Saari pandang wajah Rauf.

"Kenapa cikgu tengok macam tu? Betullah kan?" jelas Rauf tidak senang melihat wajah cikgunya. Lalu dia juga pergi meninggalkan cikgunya. Latif menepuk dahi. Tidak tahan dengan karenah anak muridnya. Seketika kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Sarah. Sarah juga hilang. Latif mengeluh.

Latif mendapatkan Adi yang sedang menangis. 

"Sini pun kamu. Kenapa menangis? Kamu terasa dengan kata-kata Rauf?" tanya Latif Saari.

"Tentulah." Adi menyapu-nyapu mukanya. Muka Adi sudah kelihatan sembab. 

"Kamu hendak cikgu cerita sesuatu? Cerita mengenai keistimewaan yang kamu ada. Kamu tahu tak kekuatan kamu terletak di sini." Latif meletakkan telunjuk jarinya ke dada Adi.

"Hati?"

Latif Saari mengeleng kepalanya.

"Tidak, paru-paru. Kamu boleh menghasilkan bunyi tanpa alat muzik."

"Macam mana?" Adi mula tertarik.

"Melalui siulan. Isitmewakan?"

"Jadinya apa kaitan dengan seruling?" Adi tidak dapat mengaitkan kaitan antara siulan dan alat muziknya.

"Kan kedua-duanya memerlukan angin untuk menghasilkan bunyi.. Berbeza Rauf dan Sarah, mereka memerlukan tangan untuk buat hasilkan melodi."

"oh..oh saya faham, kalau diorang takde tangan maknanya diorang tak boleh main alat muzik lah ye"

"Ya! Macam tu lah. Kamu memang bijak." Latif Saari ketawa dengan penyataan yang diberikan Adi.

"Kamu kenal tak siapa Fred Lowery?"

Adi mengeleng kepala.

"Dia seorang tukang siul, matanya buta...tapi punyai semangat yng kuat. Itu sebab dia berjaya. Semua orang kenal dia... Cikgu nak kamu jadi macam dia. Tak kiralah apa jenis alat muzik yang kamu main kalau ada keazaman, ia pasti membawa kamu pergi jauh kehadapan."

Adi mengangguk-angguk. Dia kembali bersemangat. Pantas dia memeluk Latif Saari. Tindakan Adi membuatkan LAtif sedikit terkejut. Dia mengusap-usap kepala Adi.

"Terima kasih  cikgu..." kata Adi perlahan.








Monday, August 29, 2011

ALuNan- Part 16



Hari itu Rauf, Sarah dan Adi melakukan sidang akhbar.
Mereka menyatakan hasrat untuk menunda tarikh perlaksanaan concerto memperingati Latif Saari.
Padahal mereka tahu, konsert tersebut tidak akan diadakan buat selama-lamanya.

Di hari sidang akhbar tersebut. Mereka menerima pelbagai tohmahan daripada pihak media. Namun lebih baik begitu daripada menghina arwah guru mereka dengan terus melaksanakan konsert tanpa ketiga-tiganya berada di atas satu pentas.

Hari-hari berikutnya Adi sudah tidak menghubungi Rauf mahupun Sarah. Dia meneruskan pekerjaannya seperti biasa. Rauf pula sibuk dengan jadual persembahannya diluar negara. Sarah? Sejak hari persidangan akhbar dia bagaikan melarikan diri, hilang tanpa sebarang khabar. Sungguh kasihan dengan nasib yang menimpa Elena Sarah.

Suatu hari, semasa Adi sedang menonton televisyen di rumahnnya, Ismail bergegas masuk ke dalam rumah. Menutup pintu dengan pantas. Mukanya pucat lesi. Berpeluh-peluh..Badannya mengigil-gigil.

"Tolong Adi...Bantu Aku Adi...." rayu Ismail


AluNan-part 15


"Lepas hari itu,.saya terus berputus asa untuk bermain alat muzik. Hancurnya hati saya pada hari itu maka hancurlah keghairahan terhadap muzik. Semenjak dari hari itu juga saya menanam perasaan benci terhadap muzik. Saya langsung tidak mahu menyentuh alat muzik..Tapi jauh di sudut hati ini masih tidak mampu membenci sepenuhnya...Hakikatnya,saya rindu untuk bermain alat muzik kembali...Itu semangat saya, jiwa saya!"

Adi menitiskan airmata. Perasaan sebak memamah hatinya. Sarah hanya mampu terdiam. Dia memejamkan kedua matanya. Berpisah dengan dunia musik? Dia tidak sanggup melakukannya. Dia membesar dengannya. Segala memorinya tercipta daripada melodi,irama dan alunan. Bagaimana pula dengan Syed Aidil? Dia membuka matanya. Syed Aidil orang yang istimewa.....    

"Sini rupanya korang, marilah..Kita ada banyak latihan yang perlu dibuat terutamanya kau Adi." Rauf ketawa kecil. Adi mencebik. Sakit hati mendengar apa yang diujarkan oleh Rauf. Sarah bangkit laju.

"Guys, Akak ada satu benda penting yang perlu diberitahu."

Rauf dan Adi tertanya-tanya. "Apa dia?" serentak Adi dan Rauf bersuara.

"Akak nak retired...Akak dah tak mahu terlibat dengan segala yang berkaitan dengan muzik." Sarah sedikit sebak. Dia sudah mengambil keputusan. Walaupun dirasakan berat namun dia harus lakukannya.  "But why? Explain to me, why so sudden?Your still young! " soal Rauf. Dia menuntut penjelasan. Dia seolah-olah tidak percaya apa yang didengarnya. Sarah tidak dapat menampung perasaan sedihnya. Air matanya berjurai jatuh.

"I love Aidil very much...he is my future husband! He force me to make a choice. So this is my choice! To be with him. I dont want to lose him!" Sarah menangis teresak-esak. Adi tercengang-cengang. Rauf hanya mampu mengeleng. "Kalau begitu, bagaimana dengan konsert ini kelak?" tanya Rauf.

"Akak percayakan kamu berdua. Kamu berdua boleh jayakannya tanpa akak."

"Mengarut! Ini konsert untuk cikgu! Faham tak? Cikgu nak kita bertiga berada di atas satu stage bersama-sama buat persembahan. Bukan dua bukan seorang. Tapi bertiga!" Rauf menjadi marah.

Sarah berterusan menangis. Adi pula pada mulanya tidak mengerti namun akhirnya dia faham. Dia hanya mampu diam. Rauf pula berlalu pergi dari situ dengan keadaan yang sungguh marah. Lelaki itu, sangatlah kurang ajar. Tidakkah dia tahu Sarah sangat menyayangi dunia musik. Menyuruh Sarah meninggalkan dunia ini ibarat menyuruh Sarah membunuh anak sendiri.

AluNan-part 14 Cinta


Adi di usia 17 tahun.
Masa lapangnya selepas bekerja biasanya dia akan menuju ke kawasan bukit di belakang sebuah sekolah. Dia gemar memerhatikan suasana di sekolah itu. Jauh dalam lubuk hatinya, teringin sekali kembali ke sekolah tapi apakan daya semua itu mustahil baginya. Dia sendiri yang mengambil keputusan untuk berhenti sekolah tidak lama dahulu.

Seperti biasa dia akan bersandar di sebuah batang pokok yang luas untuk berteduh. Disitulah tempatnya melepaskan segala penat lelah bekerja seharian. Dia mula meniup serulingnya sambil itu dia menutup matanya. Angin yang bertiup nyaman disitu menambahkan lagi penghayatan muziknya.

Tiba-tiba dia merasakan seakan ada seseorang menghampirinya. Dia terus berhenti bermain. Apabila dia membuka matanya. Seorang gadis umur sebayanya sedang tersenyum, memerhatikannya. Wajah jelita laksana bulan purnama.

"Awak bermain dengan begitu baik. Sangat merdu."

Mata Adi tidak berhenti berkedip. Hatinya berdetap laju. "Bidadari." kata Adi perlahan.

"Hah? Apa awak cakap?"

"Tak, saya tak cakap apa pun. Er awak nih siapa?"

"Saya Maisarah, pelajar sekolah tu." telunjuk jari Maisarah mengarah ke sekolahnya. "Saya selalu perhatikan awak bermain. Baru kali ni saya beranikan diri untuk tegur awak. Awak memang tak bersekolah ya?" tambah Maisarah lagi sambil duduk disebelah Adi.

"Ya, saya memang tak bersekolah..." kata Adi dengan nada bergetar sedikit.

"Kenapa ya?" tanya Maisarah.

"Sebab...sebab....keluarga saya miskin, mereka tak dapat menyekolahkan saya..." jawab Adi. Dia terpaksa menipu, tetapi hakikatnya dia memang tidak punyai apa-apa....Harta, teman mahupun keluarga. Semua itu telah ditinggalkannya dahulu.

"Kasihan awak." sayu mata Maisarah melihat Adi. "Erm, macam mana kalau kita buat satu perjanjian?" Maisarah cuba mencadangkan sesuatu. Dahi Adi berkerut. "Saya tak faham.." ujar Adi. Maisarah mengambil seruling yang terletak di atas rumput. "Ini, awak mainkan untuk saya setiap hari dan sebagai balasan, saya ajar awak." Maisarah mengemukakan ideanya. Adi menggariskan senyuman. Dia mengangguk. "Baiklah deal!"


Sejak dari hari itu. Hubungan mereka semakin akrab. Setiap kali berjumpa, Adi akan mengalunkan irama serulingnya khas untuk Maisarah. Manakala Maisarah pula menjadi seorang tutor kepada Adi. Mencurah segala ilmu yang dimiliki olehnya. Sebenarnya tidak menjadi masalah untuk Adi belajar kerana dia sememangnya tahu membaca, mengira dan menulis cuma ilmunya sahaja yang kurang.

"Mai yang comel, jom Adi bawak Mai makan aiskrim conneto...Aha.." pelawa Adi. Maisarah memuncungkan bibirnya yang munggil. "Balik-balik eskrem, boring la Adi. Kita makan kek nak? Best skit? Jom, let's go!!" Maisarah menarik lengan Adi. Adi buat-buat mengeras.

"Laa knapa ni?" soal Maisarah. "Kalau Mai makan kek, gemok la Mai nanti... Bila dah gemuk, Adi dapat bayangkan muka Mai macam Patrick cerita Spongebob. Urgh..tak comel, seram...Mai toksah makan kek ye...hehe.." Adi berseloroh. Maisarah mengekek gelak. "Amboi, melampau tu. Makan kek bukan selalu pun. Kalaupun Mai gemuk, tetap comel tau...macam.. ah, macam teletubies.." giliran Maisarah pula berseleroh. Mereka sama-sama ketawa.

"Adi, Mai nak tanya sesuatu boleh? Kenapa Adi tak pulang semula ke rumah? Berjumpa balik dengan Cikgu Latif. Adi tak rindukan cikgu Adi ke?" tanya Maisarah. Dia ingin tahu sangat mengapa Adi tidak balik ke pangkuan gurunya dan lebih rela memilih untuk hidup susah. Adi pandang wajah Maisarah dalam-dalam. Matanya mula berkaca. "Bukan Adi tak nak, tak rindu..tapi Adi malu. Apa cikgu akan katakan nanti pula. Sudahlah melarikan diri, sekarang dah susah baru nak datang, ibarat minta simpati." jelas Adi.

 "Tak... Maisarah tak rasa cikgu Adi macam tu!"

"Sudahlah Mai, lagipun dah ini jalan yang Adi pilih. Adi akui dulu Adi bodoh, terlalu ikut perasaan. Tapi Adi rasa Adi tak patut menyesal. Sebab kalau dulu Adi tak buat tindakan ni, mungkin sekarang Adi tak berjumpa dengan Mai." kata Adi sambil melirikkan senyuman. Maisarah turut tersenyum. Mukanya menjadi merah. Mungkin kerana malu.

Lama-kelamaan hubungan mereka diketahui oleh ibu bapa Maisarah. Ibu bapa Maisarah membantah keras hubungan mereka berdua. Semuanya berkaitan status. Walaupun kedengaran seperti cliche, tapi itulah yang berlaku pada Adi. Mereka tidak berkenan dengan Adi. Adi miskin, tidak bersekolah pula tu. Mereka anggap Adi seperti tiada masa depan yang cerah.

"Kau tu tak layak untuk anak aku! Kau faham tak!?Dah lah miskin! bengap!, tak bersekolah!. Ada hati dekat anak aku. Konon nak ambil hati anak aku dengan main seruling...Sedar diri sikit, main seruling tak bawak kemana...Tak mampu sara anak orang tahu tak!? "

Adi terpaksa menelan segala cercaan keluarga Maisarah. Dia tidak cepat melenting.Ada benarnya kata-kata keluarga Maisarah. Dia tidak layak untuk Maisarah. Kadang-kala bapa mengupah orang untuk membelasah Adi. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk minta putus. Bukan kerana dia sudah mengalah tetapi kerana untuk menjaga air muka Maisarah dan keluarga. Fikir Adi lagi, dia dan Maisarah masih muda. Maisarah juga ada komitmennya pada pelajaran. Kalau boleh dia tidak mahu menjadi batu penghalang buat Maisarah. Dia mahu Maisarah berjaya dalam hidup.

Dia perlu berjumpa dengan Maisarah. Dia ingin menyatakan hasratnya untuk memtuskan perhubungan mereka.

"Mai, kita kena putus.." jelas Adi. Maisarah terkejut. "Kenapa ni awak? Sebab mak ayah Mai ke?" teka Maisarah. 

"Sudahlah Mai...Adi dah tak cintakan Mai lagi...." ujar Adi. Dia cuba-cuba untuk menipu. "Awak tahu tak yang awak ni penipu yang buruk..? Adi, Mai cintakan Adi...tak mungkin Mai dapat hidup tanpa Adi.."

"Cukup! Mai.. betul kata ayah awak. Kita terlalu muda untuk semua ni. Adi pun bukan ada apa-apa untuk diberikan pada Mai. Adi miskin! Tak berharta! Masa depan Mai akan musnah kalau bersama Adi. Adi rasa Mai patut cari lelaki yang lain yang lebih layak...." kata Adi pada Maisarah. 

"Kenapa Adi? Kenapa hanya Mai saja yang bersusah payah pertahankan hubungan kita? Kenapa Adi boleh putus asa macam ni sekali. Ye, Mai tahu Adi miskin dan takda apa2.. Tapi bukan tu yang Mai pandang pada Adi...." hujah Mai.

Adi tunduk. Seketika kemudian. Adi meletakkan kedua tangannya pada bahu Maisarah. Dia lihat wajah Maisarah. Wajah ini mungkin tidak dapat dia lihat lagi selepas ini. 

"Janji pada Adi, lepas nih Mai belajar sungguh-sungguh ye.. Lupakan Adi, cari hidup yang baru. Patuh pada ibu bapa...dan carilah orang yang lebih sesuai dengan Mai." ujar Adi. Air mata Maisarah mengalir laju. Adi menyapu airmata Maisarah yang sudah membasahi pipi.

"Tolong...tolong jangan menangis.., Adi terseksa tengok bidadari Adi menangis...Adi buat ini sebab Adi sayangkan Mai. Maafkan Adi ye..Selamat tinggal." kata Adi. . Adi memalingkan tubuhnya, dia berjalan menuju ke motorsikalnya. Mai menangkap tangan Adi. Adi merentap melepaskan tangannya dari gengaman Maisarah. Dia terus berjalan tanpa menoleh. Maisarah menjerit nama Adi. 

Apabila berada dekat dengan motosikalnya barulah Adi melihat wajah Maisarah. "Adi akan sentiasa mendoakan kejayaan Mai!!!! Maisarah sentiasa dalam hati Adi!" jerit Adi. Maisarah melutut menangis teresak-esak. "Adi...jangan pergi please..Mai sayang Adi.." tersekat-sekat suara Maisarah. 

"Terbang dan terus terbang dan capai cita-cita awak si comelku." desis Adi. Dia tahu Maisarah tidak mendengar. Tapi cukuplah hanya kedengaran di telinganya. Lalu dia menyala enjin motosikalnya dan berlalu pergi meninggalkan Maisarah yang menangis dalam keadaan teresak-esak.

Sejak dari perpisahannya dengan Maisarah, dia menjadi tidak tentu arah. Diberhentikan kerja kerana prestasinya yang teruk. Hidupnya musnah teruk. Disamping dia telah menjadi seorang penagih dadah......

Mujurlah pada satu hari, Ismail terserempak dengan Adi. Dialah yang menyelamatkan Adi dari hidup dalam kegelapan. Ismail seorang rakan yang baik. Perlahan-lahan dia bantu Adi untuk bangkit. Menikmati kembali kehidupan, sekiranya Adi tidak bertembung dengan Ismail, mungkin Adi kini menjadi mayat yang terus membusuk di bawah jambatan.

Irish Alunan Seruling, Violin, Keyboard dan Drum..>.< merdu

Pendengarkan alunan seruling yng dimainkan....wah terpikat terus.



Sunday, August 28, 2011

AluNan-part 13



Di kawasan luar dewan. Adi mengambil tempat yang agak sunyi. Terlindung daripada penglihatan manusia. Dia mengeluh sambil melihat kedua telapak tangannya lalu dia meraup wajahnya. Dia menunduk.

"Loser..."

"Janganlah kata macam tu."

Adi mendongak. Melihat Elisa Sarah berdiri tegak dihadapannya. Sarah kemudian duduk di sebelah Adi.

"Selama ni mana kamu menghilang Adi? Hilang tanpa khabar. Buatkan semua orang tertanya-tanya." tanya Sarah. Adi diam. Dia lebih gemar membiarkan perkara itu menjadi misteri. Sarah umpama mengerti. Dia turut diam. Seketika kemudian Sarah kembali bersuara.

"Macam mana kehidupan Adi sekarang?Senang? atau sedang-sedang?"

"Semenjak saya melarikan diri pada hari itu, saya tidak pernah merasai kesenangan..Ia perjalanan hidup yang perit."

"Jadi kenapa kamu terus hilang, tidak pulang kembali?" Sarah tertanya-tanya.

Lama Adi melihat langit. Melihat sekumpulan awan berarak ditiup angin. Kemudiannya barulah dia menjawab persoalan yang diaju Sarah.

"Pada usia begitu muda, mana mungkin seseorang boleh memikirkan sesuatu yang rasional. Semuanya mengikut   perasaan." kata Adi. "Maaf, akak tak bermaksud untuk mengungkit....Hmm baiklah, mari kita bercerita yang happy-happy jer. Sekarang Adi dah berpunya?.."

Adi sekali lagi diam...
Ini benar-benar pahit, kalau boleh dia ingin melupai terus kisah percintaannya dahulu....
Dia sudah terkena.....

AluNan - part 12


Di studio muzik milik Rauf. Rauf Arman dan Adi Zikri dari tadi, diam memerhati antara satu sama lain. Staf dan pembantu-pembantu mereka kehairanan. Sarah langsung tidak memperdulikan mereka berdua. Dia leka bermain piano. Rauf geleng kepala dan senyum.

"Kau tau tak kau akan bermain atas nama Datuk Latif Saari? Kalau boleh aku tak nak ada cacat cela bila kau main alat muzik kau nanti." kata Rauf sinis.

"Eleh, kau lihat aje nanti. Silap hari bulan mereka akan lebih kagum dengan bakat aku. Masa tu kau akan dipingirkan...tau tak? DI-PIN-GIR-KAN!.." Adi Zikri gelak besar.

Rauf meletakkan biolanya ke bahunya. Lalu dia mengesek. Staf-staf persembahan yang berada di dalam studio bertepuk tangan. Adi jelik dengan mereka-mereka itu. Hipokrit habis! Bertambah jelik bila dia melihat Rauf Arman bermain biola.

"Ceh menunjuk!."

Sarah mengubah rentak pianonya seiring dengan alunan biola Rauf. Suasana lebih gamat. Suara-suara alunan keluar mententeramkan seluruh dewan. Adi rasa tercabar lalu dia meletakkan klarinet di bibirnya. Dia mula meniup. Sejurus lepas itu seluruh dewan menjadi senyap. Adi berhenti bermain.

"Apasal berhenti?"

Tiba-tiba Rauf ketawa berdekah-dekah. Ketawanya bagai ingin menunjukkan bahawa dia sudah menang. "Kau betul-betul perlukan latihan yang banyak Adi...Hancur habis!" kata Rauf.

Mereka-mereka didalam dewan tersebut semuanya turut tertawa.

Muka Adi menjadi merah menahan malu.....

AluNan part 11



Adi mengeluarkan klarinet dari sebuah beg. Disapu-sapunyanya bagi mengeluarkan habuk yang sudah lama melekat di alat muzik tersebut. Diambilnya pula seruling pemberian gurunya yng berada disebelahnya. Dibandingkan antara dua. Semenjak dari tadi Ismail setia berada dihadapan Adi...

"Apa beza seruling dan klarinet?" dia melontarkan soalan.

Adi pandang tepat wajah Ismail. Dia mengangkat sedikit tangan yang memegang seruling."Seruling ni, merupakan open pipes...perlukan udara yang banyak untuk meniupnya. Sebab itu bagi siapa-siapa yang baru bermula main seruling akan berasa pening. Alunan dia indah, agak sukar untuk bermain pada peringkat awal, tapi semakin mudah apabila kita sudah mula biasa..."

Ismail menganguk-angguk. Adi mengangkat clarinet pula. "Ini clarinet, close pipes...bagi setengah orang ia sangat mudah dimainkan. Clarinet mampu menghasil pelbagai variasi bunyi berbanding seruling..Mungkin mudah pada mulanya tapi akan sukar bila kita mendalaminya dengan lebih jauh. Bermain dengan clarinet jauh lebih meletihkan berbanding seruling."

"Jadinya, mana yang akan kau main waktu konsert nanti?"

"Tentulah clarinet, tapi masalahnya...aku lebih pandai bermain seruling dari clarinet...Tambah lagi dah lama aku tak bermain clarinet...."

"Jadi kenapa tak pilih seruling aje?"

"Sebab bunyi Clarinet lebih sesuai untuk dipadankan dengan bunyi biola dan piano."

"Cuba ko try main clarinet aku nak dengar." pinta Ismail.

Adi meletakan bibir klarinet pada bibirnya. Lalu ditiupnya. Jari-jemarinya tangkas bergerak antara lubang ke lubang. Dia berhenti bermain.

"Bunyi dia sumbangkan? Macam itik jer."

"Aih, elok jer aku dengar...."

Adi mengeleng-geleng.

"Kenapa kau geleng?"

"Tak ade apalah."

Dia tahu Ismail memang tidak dapat menilai namun kelak yang akan hadir di hari konsert kelak adalah orang-orang lama dalam bidang muzik. Sudah pasti dia akan dikutuk. Sekiranya dia tidak mampu menguasai clarinet dengan baik pasti segala-galanya akan menjadi buruk baginya.

Telefon bimbit Adi berbunyi. Tertera nama "Bongok" di skrin telefon. Segera Adi menjawab.

"Macam mana Adi? Rasanya dah seminggu ni. Mesti sekarang kau dah boleh mainkan? Entah-entah macam pro dah." sindir Rauf.

 "Bodoh, aku sejak dari dulu Pro!"

"Baguslah, esok jumpa di studio musik aku. Kita buat latihan sedikit. Sarah pun ada sekali."

 "Baiklah..Kau tunggu je dekat situ! Esok aku tunjukkan dekat kau bakat aku yang mampu.." belum sempat Adi habis bercakap telefon sudah dimatikan. "Toyol betul! Sekurang-kurangnya bagilah aku habis bercakap." marah Adi.  

Saturday, August 13, 2011

Trailer Untuk ALunan~

hehe boring-boring tak tau buat ape...so ay try bwat satu trailer utk citer ALuNan


ALuNAn-Part10 PiliHan



"Ayang kena pilih, antara musik atau abang.."

Kata-kata Syed Aidil membuatkan Sarah terdiam. Sukar baginya untuk memilih antara dua.
Musik adalah dunianya,kehidupannya manakala Syed Aidil...sinar cahaya hidupnya. Dia berlagak tenang. Dihirupnya seteguk dua minuman Mango Lassie....

"Tolong, jangan buat Sarah pilih. Sarah sukakan musik...Sarah tak boleh hidup tanpanya"

Muka Syed Aidil bertukar merah, Dia pandang tepat ke arah muka Sarah.

"Tak boleh hidup? Sudahlah! Dari dulu lagi, ayang memang pentingkan kerjaya ayang...Selalu aja pergi oversea...Abang ditinggalkan kesunyian dekat Malaysia ni!...We got no time to spend together.."

Sarah diam...terus membatu...

Friday, August 5, 2011

AluNan - Part 9



Elisa Sarah mengurut-urut dahinya. Terlalu banyak hal perlu diuruskannya.Terdapat banyak kertas-kertas yang bergelandangan diatas meja kerjanya. Dia menyandarkan badannya di atas kerusi rumahnya.Telefon bimbitnya berdering secara tiba-tiba, memainkan nada muzik Greatest Love of All nyanyian Whitney Houston. Sarah sedikit terjungkit.....Dia menekan punat pada telefon bimbitnya....

"Hello? Jumpa? Boleh, dekat mana? Okay"talian dimatikan..Sarah mengeluh..
Cepat-cepat dia mengemas segala kesemakan yang berada diatas meja...ambil kunci kereta,
Lalu Sarah bangun mengambil baju kotnya di tepi pintu...Dap! Pintu ditutup rapat
meninggalkan rumah yang sunyi tak berpenghuni.....

Di tepi sebuah tasik. Seorang lelaki berumur lingkungan 30 tahun. Rambutnya disisip kebelakang.
Sedikit berjambang dan bertubuh tegap. Lelaki itu sedang menunggu seseorang....
Riak mukanya bagai tidak sabar menantikan ketibaan orang tersebut. Sesekali dia melihat-lihat
jam tangannya.

Apabila melihat Elisa Sarah yang berada tidak jauh darinya, dia mengangkat tangan. Melambai-lambai.
Sarah senyum. Dia berlari anak mendekati lelaki tersebut.

      "Dah lama tunggu..?"

      "Tak ada lama sangat abang tunggu.." Lelaki itu senyum kecil.
     
Senyuman itulah yang membuat hati Sarah tertawan, manis dan menenangkan....Mampu menghilangkan segala masalah yang kusut di dalam kepalanya. Itulah dia kelebihan yang ada pada Syed Aidil.

     "Jom," pelawa Syed Aidil.

      "Nak pergi mana?" tanya Sarah

      "Dinner, from this morning I never get a change to eat something..Lapar" Adu Syed Aidil.

      "Kesian, okaylah jom.."

Mereka berjalan seiring....meninggalkan tasik tersebut.

Saturday, June 25, 2011

AluNaN- Part 8


Di dalam sebuah wad khas, Rauf mengeluarkan violinnya. Dihadapannya terdapat seorang gadis
berumur 17 tahun. Mengidap penyakit leukimia. Wajahnya kelihatan pucat dan lesi. "Anis, hari ni abang akan mainkan Sad Romance dari Thao Nguyen Xanh boleh?" tanya Rauf. Rauf pandang tepat wajah Anis yang terlantar di atas katil hospital. Anis mengganguk sahaja. Jika ianya adalah Rauf, apa sahaja boleh. Dia gemar mendengar alunan melodi yang datang dari gesekan biola Rauf. Sungguh memikat.

Rauf meletakkan violinnya dibahu, memperkemaskan kedudukan alatnya itu lalu apabila dia rasa selesa, dia mula menggesek bow pada violin. Alunan merdu keluar dari violinnya..Menderu-deru menikam perasaan...Anis menangis...Rauf membiarkan sahaja..Situasi tersebut sememangnya biasa berlaku...

Tidak lama kemudian. Air matanya pula mengalir...Perasaan sedih tidak dapat dibendung lagi..Hatinya dirasakan kosong, sunyi dan gelap...."Kenapa cikgu?...Kenapa?" desis hati Rauf. 

                               ***

"Baiklah Rauf, ini persembahan pertama kamu..Jangan persiakan peluang yang cikgu berikan..dan cikgu nak kamu buktikan bahawa kamu mampu! okay?" kata Latif Saari kepada Rauf. 

Rauf menganguk. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Walau persembahan hanya di sebuah pasaraya, namun bagi seorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun itu pun sudah cukup gah.

Usai sahaja persembahan, dia mendapatkan cikgunya. 

"Macam mana cikgu?" tanya Rauf.

"Tentulah terbaik!.." jawab Latif. Mereka menyalitkan kedua ibu jari masing-masing. Latif mengosok-gosok kepala Rauf. "Jom, cikgu belanja makan ayam KFC." pelawa Latif. Rauf meloncat-loncat gembira. Senyumannya berbunga. 

                              ***

"Kenapa abang pula yang menangis?" 

Rauf mengesat air matanya..

"Tak ada apalah..Abang menghayati" Rauf cuba menyembunyikan perasaan. Hakikatnya dia memikirkan arwah gurunya. Dia benar-benar rasa rindu pada gurunya itu. Kehilangan arwah sangat dirasai.

"Itulah siapa suruh main lagu sedih-sedih. Kan sama-sama dah menangis." Anis tersengih.

Rauf membalas sengihan Anis.Pesakit leukimia itu mendapat tempat yang istimewa di hati Rauf. 
Setiap kali berada di Malaysia, Rauf pasti akan melawat Anis. Bermain alat musik untuk Anis.Bercerita hal itu dan ini dengan Anis. Segalanya bersama Anis. Hubungan keluarga Anis juga rapat dengan keluarganya Rauf. Malah keluarga mereka juga menyatakan hasrat untuk menyatukan mereka berdua kelak..

Bagi Rauf, Anis umpama adik kandungnya sendiri. Tidak lebih daripada itu...







Sunday, June 5, 2011

ALunan- Part 7



"Boleh tahan rumah kau ye" Rauf melihat sekeliling rumah. Tetapi dia tidak menjejak masuk. Hanya berdiri diluar saja. Adi mencebik "Aku taulah rumah ko tu besar..Orang kayalah katakan"

"Maaf, aku datang sini bukan untuk bergaduh dengan kau." Rauf menghela nafas. "Cikgu Latif dah banyak  memberi jasa untuk kita so aku nak tunaikan satu-satunya permintaan Cikgu. Dan kalau kita settlekan benda nih cepat, tak payahlah mengadap muka masing-masing lagi.. Kau boleh buat hal kau, dan aku buat hal aku" sambung Rauf lagi.

"Eleh, cakap sajalah kau nak tau isi kandungan surat khas tu?" Adi sengih sinis. "Aku dapat rasakan, dalam surat tu, dia mesti ada sebut siapa anak muridnya no.1." Adi cuba memancing emosi.

Rauf masih bersikap tenang. Dia pandang tepat ke wajah Adi."Tak payah kita tahu siapa yang terbaik. Sebabnya, dari dahulu lagi aku tahu akulah orangnya.." kata Rauf dengan wajah "slumber".

"Ceh, cubalah kau buktikan!" cabar Adi. "Buktikan? Di masa dikonsert kelak. Disitu kita tengok siapa yang paling terbaik." kata Rauf.

Adi gelak besar. " Baiklah Rauf Arman, bagi aku masa seminggu..."

"Baguslah kau setuju...Kami akan menanti..Itu pun kalau kau tak berkarat haha"  sindir Rauf. Lalu dia berjalan meninggalkan kawasan rumah Adi. Adi mengetap bibir. "Jaga kau Rauf." desis Adi.

Ismail yang sejak dari tadi mengintai-intai perbualan Rauf dan Adi keluar mendapatkan Adi.
"Fulawei! Kawan kau Rauf Arman! Pasal kau tak bagitau aku!?..Apahal dia jumpa kau?" tanya Ismail.

"Semasa di rumah anak yatim dahulu..Ada seorang lelaki datang cari budak-budak. Katanya nak mengajar bermain musik. Tapi takde sorang pun yang berminat.Tapi entah macam mana, aku pula yang beriya-riya jumpa dia, nak belajar musik.." cerita Adi.

"Eh? Apa benda yang kau cerita nih" Ismail hairan.

" Aku ingat aku seorang sahaja pelajarnya, rupanya, terdapat dua orang lagi..Elisa Sarah dan Rauf Arman. Sarah juga diambil dari rumah anak yatim yang lain manakala Rauf Arman pula keluarganya sendiri yang hantar kepada lelaki tersebut. Sejak hari itulah kami bertiga belajar bermain alat musik.
Kami diajar bermain alatan musik yang berbeza. Elisa Sarah diajar bermain piano, Rauf Arman biola dan aku pula seruling dan klarinet." cerita Adi lagi dengan panjang lebar.

"Err...Sekejap...Kau...Kau berguru dengan Datuk Latif Saari!?? Gila ko! Biar betul!!!" tercengang Ismail. Perasaan kagum menerjah dalam diri Ismail. Tidak dia sangka selama ini rakannya itu adalah anak didik kepada pemuzik pujaannya...

Saturday, June 4, 2011

ALuNan-Part 6



Semenjak Adi pulang dari Ipoh, dia kelihatan banyak termenung. Ismail mengeleng-geleng kepalanya, dia tidak faham dengan sifat rakannya itu. Sudahlah termenung asyik buat bunyi mengeluh saja. Sungguh menyakitkan hati.

"Wei!! Udah-udah lah tu.. Kalau ye pun nak termenung. Habiskanlah makanan nih dulu." Ismail merengus. Makanan dimulutnya dikunyah laju. 

Adi pandang wajah Ismail, dia tenung sedalam-dalam wajah sahabatnya itu ibarat tiada penghujungnya. Ismail senyum-senyum sambil mengangkat-angkat pinggan makanannya memberi isyarat suruh makan. Adi sengih lalu kembali berpaling ke tempat lain. Ismail terkedu seketika. Hatinya sudah panas. Ismail mengangkat pinggan lalu terus pergi ke dapur, malas melayan karenah rakannya.

"Ismail"...Adi bersuara dalam dengar tak dengar.

...............................................

"Wei...bangun! Bangun!" jerit Ismail. Ismail mengoncang kuat tubuh Adi. Adi kelihatan sungguh tidak bermaya. Badannya kurus, masam, rambut panjang yang kusut. Memakai seluar compang camping. Sangat hina.

"Siapa kau?" tanya Adi sambil membuka sedikit matanya. Kepalanya masih berpinar kesan daripada pengambilan dadah. Ismail dilihatnya kelihatan seperti bayang-bayang. Gelap hitam ditambah pula cahaya matahari terang benderang menyala di belakang Ismail membuatkan Adi sukar melihat muka Ismail dengan jelas.

"Aku Ismail..Kawan kau kat sekolah dulu!" jawab Ismail. 

"Oh..." ...Pandangan menjadi gelap....

....................................................................

"Kalau tak kerana kau Ismail aku mungkin masih tinggal di bawah jambatan itu lagi" desis hati Adi.  

"ADI!!!! Wei Adi!!! Kau mesti dengar berita nih Adi!!" Ismail lekas menuju ke arah Adi. Adi terkejut, dia mengurut dadanya.. "Pehal dengan kau nih? Main sergah je" tanya Adi.

"Ini...ini dia paper hari ini...Biar aku bacakan...Elisa Sarah dan Rauf Arman bakal membuat konsert
 penghargaan buat Allahyarham Datuk Latif Saari bersama seorang lagi anak didik Allahyarham."

"Elisa Sarah wei..pemuzik yang jelita dan Rauf Arman yang memang superb...!!Dan dan...tapi siapa dia lagi sorang tu ye?" tanya Ismail.

"Manalah aku tahu" Adi cuba buat-buat tidak mengerti.

"Memang patut pun, benda yang ber"klass" macam ni manalah kau tahu, kau cuma minat artis-artis...nyanyi-nyanyi jer..manalah layan pemusik macam ni.. macam aku ni ha"..kata Ismail dengan penuh bangga.

"Yelah kot." Adi mengganguk-angguk malas dia bertekak lidah. Sejak dari tadi dia fikir. Mampukah dia bermain kembali? Tidakkah ia terlalu tergesa-gesa?  Bagaimana pula kalau dia tidak mampu membuat yang terbaik dalam persembahan kelak...Arg..Jika difikir-fikir ia memang memeningkan kepalanya!

DAM! DAM!

Bunyi pintu diketuk dengan kuat. Ismail dan Adi saling berpandangan.

"Kau tengok sapa kat pintu Mail" arah Adi. Ismail bergegas menuju ke pintu. Apabila pintu dibuka...
Rauf Arman berada dihadapannya. 

"Adi ada?"

.......


ALuNAn-Part 5 AMANAT



Setibanya Adi di rumah Cikgu Latif..Kelihatan begitu ramai sekali orang. Antaranya rakan media, rakan artis dan kenalan keluarga yang lain. Dia juga terlihat dua orang yang tidak disenanginya di tengah-tengah keramaian. Adi cuba mengelak dari bertembung. Secara kebetulan Rauf terlihat Adi. Lelaki berkaca-mata itu menjadi merah semerah-merahnya. Meluap-meluap api kemarahannya.

"Apa yang kau buat kat sini!?" Semua orang melihat-lihat. Ada yang tertanya-tanya. Apakah yang sedang berlaku? Adi kelihatan serba salah..

"Aku tanya kau nih, apa yang kau buat kat sini hah? Setelah kau tinggalkan cikgu. Kau ada hak untuk lawat arwah? Pergi kau!! Pergi!!" jerit Rauf. Orang ramai cuba meredakan Rauf. Ada yang cuba melarikan Adi daripada dilihat Rauf. Adi hanya menuruti dengan wajah sunggul.

.......................................................................

Setelah segalanya urusan pengebumian Datuk Latif Saari selesai. Adi, Sarah dan Rauf masih lagi berada di rumah  Datuk Latif Saari. Isteri  Datuk Latif, Rosnah, kelihatan tenang sekali.

"Ada benda yang bonda ingin sampaikan kepada kamu semua." Rosnah membahasakan dirinya bonda kerana sudah lama dia mengenali anak-anak muda tersebut.

Dia memberi isyarat kepada Abdul, peguam keluarga untuk membacakan amanat terakhir Datuk Latif Saari.

"Kami tahu Datuk baru sahaja meninggal dunia...tapi..atas permintaan dia juga, setelah kamu bertiga berkumpul disini..dia mempunyai sesuatu untuk diberitahu kepada kamu semua" jelas Abdul. Kemudian Abdul mengeluarkan sekeping kertas daripada sebuah sampul. Lalu ia membacanya.

"Kepada Anak-Anakku yang ku cintai,

Takkala surat ini dibacakan maka sudah pasti Adi juga berada disitu bukan? Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Adi masih tetap mengingati cikgu.

Tujuan utama cikgu menulis surat ini adalah kerana cikgu mempunyai hajat yang masih belum cikgu dapat tunaikan. Andai anak-anak cikgu masih ingat apakah cita-cita cikgu terhadap kamu bertiga pada masa itu, maka ianya bukanlah satu kejutan yang besar. Tapi cikgu pasti, anak-anak cikgu sudah melupakannya. Tidak mengapalah...biar cikgu ingatkan kembali....

 Dengan permintaan terakhir daripada cikgu, cikgu sangat berharap kamu bertiga-tiga berdiri diatas satu pentas dan mengadakan sebuah konsert bersama. Jika ada persengketaan antara kamu bertiga maka cikgu harap lupakan buat sementara waktu. Bersama-samalah kamu tunaikan permintaan cikgu yang terakhir ini. Anak-anak cikgu mampukan?

Setelah anak-anak cikgu berjaya melaksanakannya. Maka surat khas untuk kalian bertiga akan dibacakan. Didalam surat tersebut mungkin cikgu akan menyatakan mengenai sesuatu kerahsiaan? Siapa tahu kan?..

Walauapapun, semuanya bergantung harap pada Elisa Sarah, Rauf Arman dan Adi Zikri untuk menjayakan sebuah konsert terlebih dahulu....


Akhir kata daripada cikgu...
Jika cikgu pernah membuat salah dan silap kepada kamu bertiga cikgu berharap kamu bertiga sudi memaafkan cikgu sebagaimana cikgu memaafkan kamu bertiga. Salam sayang dari cikgu...

 LATIF SAARI"

Semua yang berada dalam rumah tersebut terdiam. sebentar kemudian, Rauf mula bersuara.

" Adi..kau boleh ke!? Ke bakat kau dah lama berkarat?" sindir Rauf

"Tak sesekali aku bekerjasama dengan kau, sial!" tengking Adi.
"Sudah!! Sudah!!" Sarah cuba meleraikan. "Takkan kamu berdua sanggup ketepikan permintaan terakhir cikgu hanya kerana permusuhan korang berdua yang tak bermakna ni!!" tambah Sarah.

Adi dan Rauf berpaling muka. Masing-masing tidak mahu mengalah....

ALuNan-Part 4



Selama ini Adi tidak pernah bercuti daripada bekerja. Namun kali ini, keadaan tidak mengizinkan dia
untuk mengekalkan rekodnya. Keadaan tergesa-gesa Adi meninggalkan rumah membuatkan Ismail berasa kehairanan...

"Aku takkan ada kat rumah nih dalam tempoh dua tiga hari.."

Didalam keretapi perjalanan menuju ke Ipoh...Adi mengusap-usap serulingnya...Dia kelihatan agak muram.Pandangan tepat ke arah seruling tetapi fikirannya jauh ke tempat lain. Dia meletakkan seruling tersebut dimulutnya. Jari jemarinya diletakkan pada setiap lubang. Kemudian dia mula meniup. 

~~~~~ Bunyi merdu keluar dari seruling tersebut...sangat mengkhayalkan. Orang lain yang turut berada didalam keretapi tersebut memerhatikannnya. Dia tidak mengendahkannya sebaliknya terus leka bermain serulingnya. Alunan seruling semakin rancak berbunyi. Fikirannya mula menerawang jauh ke ruang angkasa yang luas. Memori-memori silam mula bermain-main. Kisah lama kini terungkap kembali....

"Ini Adi Zikri, seruling nih Cikgu tempah khas buat kamu..." Latif Saari memberikan alat seruling yang agak berkilau. 

Adi tidak berkata apa-apa sebalik merampas lalu berlari laju meninggalkan cikgunya. Latif
senyum, dia kenal benar dengan sifat Adi Zikri, kasar, kadang-kadang bersikap rebel. Berbeza sikapnya dengan dua orang anak muridnya yang lain. Sarah lebih bersifat lemah lembut manakala
Rauf pula sering bersikap dingin dan berlagak macho namun punyai peradaban yang tinggi
terhadap orang tua.

Di sudut rumah jauh daripada dua orang rakan segurunya. Adi leka membelek seruling pemberian gurunya. Ianya merupakan seruling kayu yang cantik. Ira-ira kayu menambahkan lagi nilai estetika pada seruling tersebut. Seketika kemudian Rauf menghampirinya. Ah, si Rauf budak yang paling dia benci untuk dilihat. Mengapalah harus dia yang menjadi rakan segurunya. Mengapa tidak orang lain. Dasar orang kaya sombong, berlagak. Hati Adi mula menyumpah-nyumpah Rauf.

"Cantik seruling. Mana dapat?" tanya Rauf.

"Beli dekat pasar." cura Adi.

"Oh yakah? Eloklah tu..budak pasar dengan barang pasar..." sindir Rauf. Adi menjadi berang.

"Engkau nih kan!!" Adi mula melenting. Dia berlari hendak menumbuk muka Rauf. Segera Latif Saari menghalang tindakan Adi. Tangannya pantas menangkap tangan Adi. Rauf menjelir lidah lalu dia bergerak meninggalkan Latif dan Adi berdua. Adi mengetap bibir. Marah sungguh dia.

"Hei, cuba kamu bawa bersabar.. Tiap-tiap hari nak bergaduh saja kamu ni." tegur Latif.  Adi memuncungkan bibirnya. Mana mungkin dia nak bersabar dengan Rauf.  "Adi tak boleh tengok muka dia. Kalau tengok je mesti nak kasi penumbuk sekali" dengus Adi.

Latif mengeluh. Kenapalah nakal sangat perangainya. Latif mengosok-gosok kepala Adi. Dia merapatkan Adi ke badannya. "Jom cikgu belanja aiskrim. Biar reda sikit marah kamu tu." ajak Rauf. Adi mendongak kepalanya. "Okay set! Aiskrim coklat vanilla tau." kata Adi setuju. Latif menggariskan senyuman, dia mengangguk sahaja dengan permintaan anak kecil itu.

.......................................................

"Encik, bangun cik...dah sampai dah nih..." Adi tersentak, seorang wanita mengejutnya daripada tidur.
Dia menyapu-nyapu mukanya....
Segera dia turun daripada keretapi berkenaan. Dia mengeluh panjang....
"Cikgu, Adi Zikri dah balik" Adi bersuara kecil...





ALuNan- Part 3



Beijing China


"Maafkan saya Tuan, saya menerima panggilan dari Malaysia. Katanya penting." kata seorang penolong peribadinya. Fikri.

"Siapa dia?" tanya Rauf. "Entahlah...saya tidak tahu" balas Fikri.

Pantas dia mengambil telefon bimbit tersebut dari tangan Fikri .
"Hello, siapa nih?...Kak Sarah?..Kenapa nih Kak Sarah?......Cuba Kak Sarah tenang....satu persatu..
Cikgu?...Ye Cikgu ? Kenapa ngan Cikgu Latif?..WHAT!!"

Telefon jatuh dari gengamannya.... Fikri  terkejut.

"Fikri dapatkan saya flight petang nih, saya nak balik Malaysia" tegas Rauf.

"Tapi tuan macam mana dengan persembahan nih?" soal Fikri.

"Cancel!!!" jerit Rauf.

...............................

Malaysia


Sarah menangis teresak-esak...Kesedihan dialaminya tidak dapat ditanggung lagi..
Cikgu Latif umpama seorang bapa baginya. Dialah tempat mengadu dan bergurau senda..


"Sarah..ini dipanggil sebagai Treble Clef.., dan ini pulak Quarter Note..." jelas Latif Saari.

Sarah menggaru-garu kepalanya..Nota musik yang ditunjukkan oleh Latif agak memeningkannya..
"Sarah tak reti." kata Sarah.

"Takpe..satu per satu...Lama-lama boleh lah tuh" kata Latif tenang. "Penting ke nota-nota musik nih?"
tanya Sarah.

"Sangat penting..Nota musik ibaratkan lirik lagu...Kalau takde lirik maka lagu tidak dipanggil lagu.....ia hanya tinggal melodi." jelas Latif Saari. Sarah
mengganguk-angguk. Hari itu merupakan hari-hari yang pertama dia menuntut ilmu musik daripada seorang
pemuzik agung..

Pemuzik tersebut mengajar Sarah dan rakan segurunya yang lain dengan gigih walaupun pada ketika itu
merupakan zaman kegemilangannya dan sentiasa sibuk dengan kumpulan okestranya namun ada sahaja masa
untuknya mengajar ketiga-tiga anak didiknya itu. Itulah dia Latif Saari yang Sarah kenali. Tidak kira apa pasti dia akan menumpukan perhatian kepada anak didiknya lebih daripada sesiapa. Pemergian Latif Saari
benar-benar menghentam kepalanya...Benar meruntun jiwa raganya...

Hatinya tidak lepas berkata-kata
"KATAKAN IA TIDAK BENAR.....WAHAI TUHANKU"
Hakikatnya tuhan itu berkuasa untuk mencipta dan mematikan setiap nyawa....

Friday, June 3, 2011

ALuNan-Part 2 14 tahun kemudian...


"Kenapalah hidup kau macam ni Adi..?" Adi bermonolog di atas katil.
Sekali sekala kedengaran dia mengeluh... Adi kini bekerja sebagai budak pejabat.
Oleh sebab itu dia sering mengeluh dengan hidupnya yang dirasakan susah...
Dia merapatkan kedua belah matanya serapat-rapatnya...

Kenangan silam kembali bertaut.....

"Kenapa cikgu? Kenapa saya diajar bermain seruling??..Kenapa pula Rauf  diberi main biola?" bentak Adi
..Dia sememangnya agak iri hati dengan Rauf, kerana baginya biola adalah lebih berprestij berbanding seruling.

Latif tersenyum...
"Adi, kenapa Sarah tak pernah membantah bila cikgu menyuruhnya bermain piano?" 

"Piano dan Biola jauh lebih terkenal berbanding seruling!!!" Adi cuba berhujah. Walaupun alasannya
jelas tidak logik.

"Mana kamu tahu?" tanya Latif.

"Sebabnya orang lebih menumpukan perhatian kepada diorang bila diorang mula bermain alat musik
 berbanding saya." kata Adi.

"Itu sebab kamu sumbang bila main seruling" sampuk Rauf. Sebenarnya kata-kata Rauf benar
kerana Adi ketika itu masih merangkak-rangkak untuk bermain seruling sedangkan Sarah dan Rauf
sudah jauh ke hadapan mempelajari alat musik masing-masing....

Pap! 

Bunyi pintu terkuak...
"Adi! Wei Adi kau ada dalam bilik?" Jerit Ismail, rakan serumah Adi.

"ye..ye"
Adi terjaga dari lamunan. Dia segera melangkah keluar...
"Kenapa jerit-jerit nih?" tanya Adi.

"Duduklah dulu..." Ismail ketika itu berada diatas kerusi di meja makan.. Adi mengambil tempatnya.
"Ini ha Adi, surat khabar hari nih" Ismail menghulurkan surat khabar...

Adi terpinga-pinga. "A..apa benda?" "Cuba kau baca nih" Ismail menunjukkan sebuah tajuk di surat khabar 
tersebut. "DATUK LATIF SAARI MENINGGAL DUNIA"

"Aku sedih wei, aku minat gila dengan dia..." kata Ismail.. Adi tak berkata apa-apa. Entah bagaimana airmatanya jatuh menitis. "Pasal ngan kau nih? Rupanya kau jauh lebih minat Datuk Latif dari aku ye?"

Ismail tak mengerti...tidak pernah tahu mengenai hubungan Adi dan Latif Saari...Ini kerana
Adi tak pernah bercerita mengenainya...Dan kisah kematian Latif Saari benar-benar mengejutkan
Adi......





ALuNan-Part 1 PROLOG


Latif Saari seorang pemuzik handalan. Namanya sering disebut-sebut semasa zaman kegemilangannya...
Dia telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh pelosok dunia....Bukan itu sahaja, kumpulan Okestra
bimbingannya juga selalu sahaja diundang untuk membuat persembahan di dewan-dewan musik antarabangsa...

Dalam pada itu, beliau mempunyai 3 orang anak didiknya yang masih lagi muda....
Elisa Sarah, berumur 12 tahun...diajarnya untuk bermain piano dan latihan vokal...
Rauf Arman, berumur 10 tahun..dan berkaca mata..diajar untuk bermain violin dan yang terakhir sekali ialah 
Adi Zikri berumur 9 tahun diajar untuk bermain flute...

Masing-masing tidak mempunyai ibu dan ayah kecuali Rauf seorang yang kaya namun terpinggir akibat kedua ibu bapanya selalu sahaja sibuk bekerja sehingga mengabaikannya...Dan menyerahkan tugas menjaga anak mereka kepada Latif Saari yang juga kenalan rapat kedua ibu bapanya....

Setiap hari Latif akan menjemput Sarah dan Adi dari rumah anak yatim..
Manakala Rauf akan datang sendiri dihantar oleh pemandunya....

Maka dari setiap hari itu jugalah..Latif dengan penuh tekun mengajar ketiga-tiga anak muridnya
itu bermain alatan musik. Walaubagaimanapun Adi,Sarah dan Rauf sering kali bergaduh. Terutamanya
antara Adi dan Rauf...

Masing-masing ingin menunjukkan yang terbaik....dan ingin mendapatkan gelaran
 "Anak Murid NO.1"






Aku Nak Melalak!!!

Blog ini umumnya bukan utk sesiapa tapi saje sekadar
memuaskan hati nih..

Sebab dah lama tak mengarang cerita so...inilah dia...
Tempat aye mengarang sebuah kisah...Novel ke, cerpen ke...semua aye muatkan dekat sini...
original dari aye sndiri...>.<



(Minta maaf jika hasil penulisan aye ini tidak matang...sebbnya aye mmng tak pndai mengarang..)