Selama ini Adi tidak pernah bercuti daripada bekerja. Namun kali ini, keadaan tidak mengizinkan dia
untuk mengekalkan rekodnya. Keadaan tergesa-gesa Adi meninggalkan rumah membuatkan Ismail berasa kehairanan...
"Aku takkan ada kat rumah nih dalam tempoh dua tiga hari.."
Didalam keretapi perjalanan menuju ke Ipoh...Adi mengusap-usap serulingnya...Dia kelihatan agak muram.Pandangan tepat ke arah seruling tetapi fikirannya jauh ke tempat lain. Dia meletakkan seruling tersebut dimulutnya. Jari jemarinya diletakkan pada setiap lubang. Kemudian dia mula meniup.
~~~~~ Bunyi merdu keluar dari seruling tersebut...sangat mengkhayalkan. Orang lain yang turut berada didalam keretapi tersebut memerhatikannnya. Dia tidak mengendahkannya sebaliknya terus leka bermain serulingnya. Alunan seruling semakin rancak berbunyi. Fikirannya mula menerawang jauh ke ruang angkasa yang luas. Memori-memori silam mula bermain-main. Kisah lama kini terungkap kembali....
"Ini Adi Zikri, seruling nih Cikgu tempah khas buat kamu..." Latif Saari memberikan alat seruling yang agak berkilau.
Adi tidak berkata apa-apa sebalik merampas lalu berlari laju meninggalkan cikgunya. Latif
senyum, dia kenal benar dengan sifat Adi Zikri, kasar, kadang-kadang bersikap rebel. Berbeza sikapnya dengan dua orang anak muridnya yang lain. Sarah lebih bersifat lemah lembut manakala
Rauf pula sering bersikap dingin dan berlagak macho namun punyai peradaban yang tinggi
terhadap orang tua.
Di sudut rumah jauh daripada dua orang rakan segurunya. Adi leka membelek seruling pemberian gurunya. Ianya merupakan seruling kayu yang cantik. Ira-ira kayu menambahkan lagi nilai estetika pada seruling tersebut. Seketika kemudian Rauf menghampirinya. Ah, si Rauf budak yang paling dia benci untuk dilihat. Mengapalah harus dia yang menjadi rakan segurunya. Mengapa tidak orang lain. Dasar orang kaya sombong, berlagak. Hati Adi mula menyumpah-nyumpah Rauf.
"Cantik seruling. Mana dapat?" tanya Rauf.
"Beli dekat pasar." cura Adi.
"Oh yakah? Eloklah tu..budak pasar dengan barang pasar..." sindir Rauf. Adi menjadi berang.
"Engkau nih kan!!" Adi mula melenting. Dia berlari hendak menumbuk muka Rauf. Segera Latif Saari menghalang tindakan Adi. Tangannya pantas menangkap tangan Adi. Rauf menjelir lidah lalu dia bergerak meninggalkan Latif dan Adi berdua. Adi mengetap bibir. Marah sungguh dia.
"Hei, cuba kamu bawa bersabar.. Tiap-tiap hari nak bergaduh saja kamu ni." tegur Latif. Adi memuncungkan bibirnya. Mana mungkin dia nak bersabar dengan Rauf. "Adi tak boleh tengok muka dia. Kalau tengok je mesti nak kasi penumbuk sekali" dengus Adi.
Latif mengeluh. Kenapalah nakal sangat perangainya. Latif mengosok-gosok kepala Adi. Dia merapatkan Adi ke badannya. "Jom cikgu belanja aiskrim. Biar reda sikit marah kamu tu." ajak Rauf. Adi mendongak kepalanya. "Okay set! Aiskrim coklat vanilla tau." kata Adi setuju. Latif menggariskan senyuman, dia mengangguk sahaja dengan permintaan anak kecil itu.
.......................................................
"Encik, bangun cik...dah sampai dah nih..." Adi tersentak, seorang wanita mengejutnya daripada tidur.
Dia menyapu-nyapu mukanya....
Segera dia turun daripada keretapi berkenaan. Dia mengeluh panjang....
"Cikgu, Adi Zikri dah balik" Adi bersuara kecil...

No comments:
Post a Comment