Monday, August 29, 2011

AluNan-part 15


"Lepas hari itu,.saya terus berputus asa untuk bermain alat muzik. Hancurnya hati saya pada hari itu maka hancurlah keghairahan terhadap muzik. Semenjak dari hari itu juga saya menanam perasaan benci terhadap muzik. Saya langsung tidak mahu menyentuh alat muzik..Tapi jauh di sudut hati ini masih tidak mampu membenci sepenuhnya...Hakikatnya,saya rindu untuk bermain alat muzik kembali...Itu semangat saya, jiwa saya!"

Adi menitiskan airmata. Perasaan sebak memamah hatinya. Sarah hanya mampu terdiam. Dia memejamkan kedua matanya. Berpisah dengan dunia musik? Dia tidak sanggup melakukannya. Dia membesar dengannya. Segala memorinya tercipta daripada melodi,irama dan alunan. Bagaimana pula dengan Syed Aidil? Dia membuka matanya. Syed Aidil orang yang istimewa.....    

"Sini rupanya korang, marilah..Kita ada banyak latihan yang perlu dibuat terutamanya kau Adi." Rauf ketawa kecil. Adi mencebik. Sakit hati mendengar apa yang diujarkan oleh Rauf. Sarah bangkit laju.

"Guys, Akak ada satu benda penting yang perlu diberitahu."

Rauf dan Adi tertanya-tanya. "Apa dia?" serentak Adi dan Rauf bersuara.

"Akak nak retired...Akak dah tak mahu terlibat dengan segala yang berkaitan dengan muzik." Sarah sedikit sebak. Dia sudah mengambil keputusan. Walaupun dirasakan berat namun dia harus lakukannya.  "But why? Explain to me, why so sudden?Your still young! " soal Rauf. Dia menuntut penjelasan. Dia seolah-olah tidak percaya apa yang didengarnya. Sarah tidak dapat menampung perasaan sedihnya. Air matanya berjurai jatuh.

"I love Aidil very much...he is my future husband! He force me to make a choice. So this is my choice! To be with him. I dont want to lose him!" Sarah menangis teresak-esak. Adi tercengang-cengang. Rauf hanya mampu mengeleng. "Kalau begitu, bagaimana dengan konsert ini kelak?" tanya Rauf.

"Akak percayakan kamu berdua. Kamu berdua boleh jayakannya tanpa akak."

"Mengarut! Ini konsert untuk cikgu! Faham tak? Cikgu nak kita bertiga berada di atas satu stage bersama-sama buat persembahan. Bukan dua bukan seorang. Tapi bertiga!" Rauf menjadi marah.

Sarah berterusan menangis. Adi pula pada mulanya tidak mengerti namun akhirnya dia faham. Dia hanya mampu diam. Rauf pula berlalu pergi dari situ dengan keadaan yang sungguh marah. Lelaki itu, sangatlah kurang ajar. Tidakkah dia tahu Sarah sangat menyayangi dunia musik. Menyuruh Sarah meninggalkan dunia ini ibarat menyuruh Sarah membunuh anak sendiri.

No comments:

Post a Comment