Saturday, October 1, 2011

AluNan - part 18



Adi turun daripada sebuah bas sekolah. Wajahnya ceria. 
Tika ini Adi berumur 13 tahun. badannya masih lagi kelihatan kecil dan kelihatan seperti  budak sekolah rendah.

Seperti kebiasaan selepas persekolahan, Adi akan mengunjungi studio latihan untuk bertemu 
dengan cikgunya.

Apabila sampai di muka pintu, dia tidak terus membuka. Kedengaran suara Latif dan Rauf sedang berbual.
Adi cuba merapatkan telinga dengan pintu studio. Matanya dikecilkan, dia cuba mengamati perbualan antara mereka berdua.

"Bagaimana dengan Sarah dan Adi? Sudah pasti mereka juga hendak bermain bersama di atas pentas?"

"Cikgu sudah ada perancangan untuk mereka berdua. Sarah akan ada konsert dia tersendiri.."

"Bagaimana dengan Adi?"

" Cikgu masih belum yakin dengan kemahiran Adi lagi. Masih banyak yang perlu dia tahu. Buat masa sekarang lebih elok dia belajar lagi.'

"Kalau cikgu kata begitu, saya setuju sahajalah." sokong rauf.

"INI TIDAK ADIL!"

jerit Adi. Mukanya merah. Latif dan Rauf terkejut dengan kehadiran Adi secara tiba-tiba.

"Apa kurangnya saya? Dari dulu sampai sekarang, saya tak pernah dibawa untuk mempersembahkan kemahiran saya...Ini semua tidak adil! Cikgu pilih kasih!!!"

Adi keluar sambil menghempaskan pintu studio. Latif Saari cuba mengejar Adi. Akan tetapi Adi sudah lenyap.
Lenyap terus dari kehidupan Latif Saari.