Sunday, August 28, 2011
AluNan part 11
Adi mengeluarkan klarinet dari sebuah beg. Disapu-sapunyanya bagi mengeluarkan habuk yang sudah lama melekat di alat muzik tersebut. Diambilnya pula seruling pemberian gurunya yng berada disebelahnya. Dibandingkan antara dua. Semenjak dari tadi Ismail setia berada dihadapan Adi...
"Apa beza seruling dan klarinet?" dia melontarkan soalan.
Adi pandang tepat wajah Ismail. Dia mengangkat sedikit tangan yang memegang seruling."Seruling ni, merupakan open pipes...perlukan udara yang banyak untuk meniupnya. Sebab itu bagi siapa-siapa yang baru bermula main seruling akan berasa pening. Alunan dia indah, agak sukar untuk bermain pada peringkat awal, tapi semakin mudah apabila kita sudah mula biasa..."
Ismail menganguk-angguk. Adi mengangkat clarinet pula. "Ini clarinet, close pipes...bagi setengah orang ia sangat mudah dimainkan. Clarinet mampu menghasil pelbagai variasi bunyi berbanding seruling..Mungkin mudah pada mulanya tapi akan sukar bila kita mendalaminya dengan lebih jauh. Bermain dengan clarinet jauh lebih meletihkan berbanding seruling."
"Jadinya, mana yang akan kau main waktu konsert nanti?"
"Tentulah clarinet, tapi masalahnya...aku lebih pandai bermain seruling dari clarinet...Tambah lagi dah lama aku tak bermain clarinet...."
"Jadi kenapa tak pilih seruling aje?"
"Sebab bunyi Clarinet lebih sesuai untuk dipadankan dengan bunyi biola dan piano."
"Cuba ko try main clarinet aku nak dengar." pinta Ismail.
Adi meletakan bibir klarinet pada bibirnya. Lalu ditiupnya. Jari-jemarinya tangkas bergerak antara lubang ke lubang. Dia berhenti bermain.
"Bunyi dia sumbangkan? Macam itik jer."
"Aih, elok jer aku dengar...."
Adi mengeleng-geleng.
"Kenapa kau geleng?"
"Tak ade apalah."
Dia tahu Ismail memang tidak dapat menilai namun kelak yang akan hadir di hari konsert kelak adalah orang-orang lama dalam bidang muzik. Sudah pasti dia akan dikutuk. Sekiranya dia tidak mampu menguasai clarinet dengan baik pasti segala-galanya akan menjadi buruk baginya.
Telefon bimbit Adi berbunyi. Tertera nama "Bongok" di skrin telefon. Segera Adi menjawab.
"Macam mana Adi? Rasanya dah seminggu ni. Mesti sekarang kau dah boleh mainkan? Entah-entah macam pro dah." sindir Rauf.
"Bodoh, aku sejak dari dulu Pro!"
"Baguslah, esok jumpa di studio musik aku. Kita buat latihan sedikit. Sarah pun ada sekali."
"Baiklah..Kau tunggu je dekat situ! Esok aku tunjukkan dekat kau bakat aku yang mampu.." belum sempat Adi habis bercakap telefon sudah dimatikan. "Toyol betul! Sekurang-kurangnya bagilah aku habis bercakap." marah Adi.
Labels:
Alunan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment