Semenjak Adi pulang dari Ipoh, dia kelihatan banyak termenung. Ismail mengeleng-geleng kepalanya, dia tidak faham dengan sifat rakannya itu. Sudahlah termenung asyik buat bunyi mengeluh saja. Sungguh menyakitkan hati.
"Wei!! Udah-udah lah tu.. Kalau ye pun nak termenung. Habiskanlah makanan nih dulu." Ismail merengus. Makanan dimulutnya dikunyah laju.
Adi pandang wajah Ismail, dia tenung sedalam-dalam wajah sahabatnya itu ibarat tiada penghujungnya. Ismail senyum-senyum sambil mengangkat-angkat pinggan makanannya memberi isyarat suruh makan. Adi sengih lalu kembali berpaling ke tempat lain. Ismail terkedu seketika. Hatinya sudah panas. Ismail mengangkat pinggan lalu terus pergi ke dapur, malas melayan karenah rakannya.
"Ismail"...Adi bersuara dalam dengar tak dengar.
...............................................
"Wei...bangun! Bangun!" jerit Ismail. Ismail mengoncang kuat tubuh Adi. Adi kelihatan sungguh tidak bermaya. Badannya kurus, masam, rambut panjang yang kusut. Memakai seluar compang camping. Sangat hina.
"Siapa kau?" tanya Adi sambil membuka sedikit matanya. Kepalanya masih berpinar kesan daripada pengambilan dadah. Ismail dilihatnya kelihatan seperti bayang-bayang. Gelap hitam ditambah pula cahaya matahari terang benderang menyala di belakang Ismail membuatkan Adi sukar melihat muka Ismail dengan jelas.
"Aku Ismail..Kawan kau kat sekolah dulu!" jawab Ismail.
"Oh..." ...Pandangan menjadi gelap....
....................................................................
"Kalau tak kerana kau Ismail aku mungkin masih tinggal di bawah jambatan itu lagi" desis hati Adi.
"ADI!!!! Wei Adi!!! Kau mesti dengar berita nih Adi!!" Ismail lekas menuju ke arah Adi. Adi terkejut, dia mengurut dadanya.. "Pehal dengan kau nih? Main sergah je" tanya Adi.
"Ini...ini dia paper hari ini...Biar aku bacakan...Elisa Sarah dan Rauf Arman bakal membuat konsert
penghargaan buat Allahyarham Datuk Latif Saari bersama seorang lagi anak didik Allahyarham."
"Elisa Sarah wei..pemuzik yang jelita dan Rauf Arman yang memang superb...!!Dan dan...tapi siapa dia lagi sorang tu ye?" tanya Ismail.
"Manalah aku tahu" Adi cuba buat-buat tidak mengerti.
"Memang patut pun, benda yang ber"klass" macam ni manalah kau tahu, kau cuma minat artis-artis...nyanyi-nyanyi jer..manalah layan pemusik macam ni.. macam aku ni ha"..kata Ismail dengan penuh bangga.
"Yelah kot." Adi mengganguk-angguk malas dia bertekak lidah. Sejak dari tadi dia fikir. Mampukah dia bermain kembali? Tidakkah ia terlalu tergesa-gesa? Bagaimana pula kalau dia tidak mampu membuat yang terbaik dalam persembahan kelak...Arg..Jika difikir-fikir ia memang memeningkan kepalanya!
DAM! DAM!
Bunyi pintu diketuk dengan kuat. Ismail dan Adi saling berpandangan.
"Kau tengok sapa kat pintu Mail" arah Adi. Ismail bergegas menuju ke pintu. Apabila pintu dibuka...
Rauf Arman berada dihadapannya.
"Adi ada?"
.......
No comments:
Post a Comment