Saturday, June 4, 2011

ALuNAn-Part 5 AMANAT



Setibanya Adi di rumah Cikgu Latif..Kelihatan begitu ramai sekali orang. Antaranya rakan media, rakan artis dan kenalan keluarga yang lain. Dia juga terlihat dua orang yang tidak disenanginya di tengah-tengah keramaian. Adi cuba mengelak dari bertembung. Secara kebetulan Rauf terlihat Adi. Lelaki berkaca-mata itu menjadi merah semerah-merahnya. Meluap-meluap api kemarahannya.

"Apa yang kau buat kat sini!?" Semua orang melihat-lihat. Ada yang tertanya-tanya. Apakah yang sedang berlaku? Adi kelihatan serba salah..

"Aku tanya kau nih, apa yang kau buat kat sini hah? Setelah kau tinggalkan cikgu. Kau ada hak untuk lawat arwah? Pergi kau!! Pergi!!" jerit Rauf. Orang ramai cuba meredakan Rauf. Ada yang cuba melarikan Adi daripada dilihat Rauf. Adi hanya menuruti dengan wajah sunggul.

.......................................................................

Setelah segalanya urusan pengebumian Datuk Latif Saari selesai. Adi, Sarah dan Rauf masih lagi berada di rumah  Datuk Latif Saari. Isteri  Datuk Latif, Rosnah, kelihatan tenang sekali.

"Ada benda yang bonda ingin sampaikan kepada kamu semua." Rosnah membahasakan dirinya bonda kerana sudah lama dia mengenali anak-anak muda tersebut.

Dia memberi isyarat kepada Abdul, peguam keluarga untuk membacakan amanat terakhir Datuk Latif Saari.

"Kami tahu Datuk baru sahaja meninggal dunia...tapi..atas permintaan dia juga, setelah kamu bertiga berkumpul disini..dia mempunyai sesuatu untuk diberitahu kepada kamu semua" jelas Abdul. Kemudian Abdul mengeluarkan sekeping kertas daripada sebuah sampul. Lalu ia membacanya.

"Kepada Anak-Anakku yang ku cintai,

Takkala surat ini dibacakan maka sudah pasti Adi juga berada disitu bukan? Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Adi masih tetap mengingati cikgu.

Tujuan utama cikgu menulis surat ini adalah kerana cikgu mempunyai hajat yang masih belum cikgu dapat tunaikan. Andai anak-anak cikgu masih ingat apakah cita-cita cikgu terhadap kamu bertiga pada masa itu, maka ianya bukanlah satu kejutan yang besar. Tapi cikgu pasti, anak-anak cikgu sudah melupakannya. Tidak mengapalah...biar cikgu ingatkan kembali....

 Dengan permintaan terakhir daripada cikgu, cikgu sangat berharap kamu bertiga-tiga berdiri diatas satu pentas dan mengadakan sebuah konsert bersama. Jika ada persengketaan antara kamu bertiga maka cikgu harap lupakan buat sementara waktu. Bersama-samalah kamu tunaikan permintaan cikgu yang terakhir ini. Anak-anak cikgu mampukan?

Setelah anak-anak cikgu berjaya melaksanakannya. Maka surat khas untuk kalian bertiga akan dibacakan. Didalam surat tersebut mungkin cikgu akan menyatakan mengenai sesuatu kerahsiaan? Siapa tahu kan?..

Walauapapun, semuanya bergantung harap pada Elisa Sarah, Rauf Arman dan Adi Zikri untuk menjayakan sebuah konsert terlebih dahulu....


Akhir kata daripada cikgu...
Jika cikgu pernah membuat salah dan silap kepada kamu bertiga cikgu berharap kamu bertiga sudi memaafkan cikgu sebagaimana cikgu memaafkan kamu bertiga. Salam sayang dari cikgu...

 LATIF SAARI"

Semua yang berada dalam rumah tersebut terdiam. sebentar kemudian, Rauf mula bersuara.

" Adi..kau boleh ke!? Ke bakat kau dah lama berkarat?" sindir Rauf

"Tak sesekali aku bekerjasama dengan kau, sial!" tengking Adi.
"Sudah!! Sudah!!" Sarah cuba meleraikan. "Takkan kamu berdua sanggup ketepikan permintaan terakhir cikgu hanya kerana permusuhan korang berdua yang tak bermakna ni!!" tambah Sarah.

Adi dan Rauf berpaling muka. Masing-masing tidak mahu mengalah....

No comments:

Post a Comment