Monday, August 29, 2011

AluNan-part 14 Cinta


Adi di usia 17 tahun.
Masa lapangnya selepas bekerja biasanya dia akan menuju ke kawasan bukit di belakang sebuah sekolah. Dia gemar memerhatikan suasana di sekolah itu. Jauh dalam lubuk hatinya, teringin sekali kembali ke sekolah tapi apakan daya semua itu mustahil baginya. Dia sendiri yang mengambil keputusan untuk berhenti sekolah tidak lama dahulu.

Seperti biasa dia akan bersandar di sebuah batang pokok yang luas untuk berteduh. Disitulah tempatnya melepaskan segala penat lelah bekerja seharian. Dia mula meniup serulingnya sambil itu dia menutup matanya. Angin yang bertiup nyaman disitu menambahkan lagi penghayatan muziknya.

Tiba-tiba dia merasakan seakan ada seseorang menghampirinya. Dia terus berhenti bermain. Apabila dia membuka matanya. Seorang gadis umur sebayanya sedang tersenyum, memerhatikannya. Wajah jelita laksana bulan purnama.

"Awak bermain dengan begitu baik. Sangat merdu."

Mata Adi tidak berhenti berkedip. Hatinya berdetap laju. "Bidadari." kata Adi perlahan.

"Hah? Apa awak cakap?"

"Tak, saya tak cakap apa pun. Er awak nih siapa?"

"Saya Maisarah, pelajar sekolah tu." telunjuk jari Maisarah mengarah ke sekolahnya. "Saya selalu perhatikan awak bermain. Baru kali ni saya beranikan diri untuk tegur awak. Awak memang tak bersekolah ya?" tambah Maisarah lagi sambil duduk disebelah Adi.

"Ya, saya memang tak bersekolah..." kata Adi dengan nada bergetar sedikit.

"Kenapa ya?" tanya Maisarah.

"Sebab...sebab....keluarga saya miskin, mereka tak dapat menyekolahkan saya..." jawab Adi. Dia terpaksa menipu, tetapi hakikatnya dia memang tidak punyai apa-apa....Harta, teman mahupun keluarga. Semua itu telah ditinggalkannya dahulu.

"Kasihan awak." sayu mata Maisarah melihat Adi. "Erm, macam mana kalau kita buat satu perjanjian?" Maisarah cuba mencadangkan sesuatu. Dahi Adi berkerut. "Saya tak faham.." ujar Adi. Maisarah mengambil seruling yang terletak di atas rumput. "Ini, awak mainkan untuk saya setiap hari dan sebagai balasan, saya ajar awak." Maisarah mengemukakan ideanya. Adi menggariskan senyuman. Dia mengangguk. "Baiklah deal!"


Sejak dari hari itu. Hubungan mereka semakin akrab. Setiap kali berjumpa, Adi akan mengalunkan irama serulingnya khas untuk Maisarah. Manakala Maisarah pula menjadi seorang tutor kepada Adi. Mencurah segala ilmu yang dimiliki olehnya. Sebenarnya tidak menjadi masalah untuk Adi belajar kerana dia sememangnya tahu membaca, mengira dan menulis cuma ilmunya sahaja yang kurang.

"Mai yang comel, jom Adi bawak Mai makan aiskrim conneto...Aha.." pelawa Adi. Maisarah memuncungkan bibirnya yang munggil. "Balik-balik eskrem, boring la Adi. Kita makan kek nak? Best skit? Jom, let's go!!" Maisarah menarik lengan Adi. Adi buat-buat mengeras.

"Laa knapa ni?" soal Maisarah. "Kalau Mai makan kek, gemok la Mai nanti... Bila dah gemuk, Adi dapat bayangkan muka Mai macam Patrick cerita Spongebob. Urgh..tak comel, seram...Mai toksah makan kek ye...hehe.." Adi berseloroh. Maisarah mengekek gelak. "Amboi, melampau tu. Makan kek bukan selalu pun. Kalaupun Mai gemuk, tetap comel tau...macam.. ah, macam teletubies.." giliran Maisarah pula berseleroh. Mereka sama-sama ketawa.

"Adi, Mai nak tanya sesuatu boleh? Kenapa Adi tak pulang semula ke rumah? Berjumpa balik dengan Cikgu Latif. Adi tak rindukan cikgu Adi ke?" tanya Maisarah. Dia ingin tahu sangat mengapa Adi tidak balik ke pangkuan gurunya dan lebih rela memilih untuk hidup susah. Adi pandang wajah Maisarah dalam-dalam. Matanya mula berkaca. "Bukan Adi tak nak, tak rindu..tapi Adi malu. Apa cikgu akan katakan nanti pula. Sudahlah melarikan diri, sekarang dah susah baru nak datang, ibarat minta simpati." jelas Adi.

 "Tak... Maisarah tak rasa cikgu Adi macam tu!"

"Sudahlah Mai, lagipun dah ini jalan yang Adi pilih. Adi akui dulu Adi bodoh, terlalu ikut perasaan. Tapi Adi rasa Adi tak patut menyesal. Sebab kalau dulu Adi tak buat tindakan ni, mungkin sekarang Adi tak berjumpa dengan Mai." kata Adi sambil melirikkan senyuman. Maisarah turut tersenyum. Mukanya menjadi merah. Mungkin kerana malu.

Lama-kelamaan hubungan mereka diketahui oleh ibu bapa Maisarah. Ibu bapa Maisarah membantah keras hubungan mereka berdua. Semuanya berkaitan status. Walaupun kedengaran seperti cliche, tapi itulah yang berlaku pada Adi. Mereka tidak berkenan dengan Adi. Adi miskin, tidak bersekolah pula tu. Mereka anggap Adi seperti tiada masa depan yang cerah.

"Kau tu tak layak untuk anak aku! Kau faham tak!?Dah lah miskin! bengap!, tak bersekolah!. Ada hati dekat anak aku. Konon nak ambil hati anak aku dengan main seruling...Sedar diri sikit, main seruling tak bawak kemana...Tak mampu sara anak orang tahu tak!? "

Adi terpaksa menelan segala cercaan keluarga Maisarah. Dia tidak cepat melenting.Ada benarnya kata-kata keluarga Maisarah. Dia tidak layak untuk Maisarah. Kadang-kala bapa mengupah orang untuk membelasah Adi. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk minta putus. Bukan kerana dia sudah mengalah tetapi kerana untuk menjaga air muka Maisarah dan keluarga. Fikir Adi lagi, dia dan Maisarah masih muda. Maisarah juga ada komitmennya pada pelajaran. Kalau boleh dia tidak mahu menjadi batu penghalang buat Maisarah. Dia mahu Maisarah berjaya dalam hidup.

Dia perlu berjumpa dengan Maisarah. Dia ingin menyatakan hasratnya untuk memtuskan perhubungan mereka.

"Mai, kita kena putus.." jelas Adi. Maisarah terkejut. "Kenapa ni awak? Sebab mak ayah Mai ke?" teka Maisarah. 

"Sudahlah Mai...Adi dah tak cintakan Mai lagi...." ujar Adi. Dia cuba-cuba untuk menipu. "Awak tahu tak yang awak ni penipu yang buruk..? Adi, Mai cintakan Adi...tak mungkin Mai dapat hidup tanpa Adi.."

"Cukup! Mai.. betul kata ayah awak. Kita terlalu muda untuk semua ni. Adi pun bukan ada apa-apa untuk diberikan pada Mai. Adi miskin! Tak berharta! Masa depan Mai akan musnah kalau bersama Adi. Adi rasa Mai patut cari lelaki yang lain yang lebih layak...." kata Adi pada Maisarah. 

"Kenapa Adi? Kenapa hanya Mai saja yang bersusah payah pertahankan hubungan kita? Kenapa Adi boleh putus asa macam ni sekali. Ye, Mai tahu Adi miskin dan takda apa2.. Tapi bukan tu yang Mai pandang pada Adi...." hujah Mai.

Adi tunduk. Seketika kemudian. Adi meletakkan kedua tangannya pada bahu Maisarah. Dia lihat wajah Maisarah. Wajah ini mungkin tidak dapat dia lihat lagi selepas ini. 

"Janji pada Adi, lepas nih Mai belajar sungguh-sungguh ye.. Lupakan Adi, cari hidup yang baru. Patuh pada ibu bapa...dan carilah orang yang lebih sesuai dengan Mai." ujar Adi. Air mata Maisarah mengalir laju. Adi menyapu airmata Maisarah yang sudah membasahi pipi.

"Tolong...tolong jangan menangis.., Adi terseksa tengok bidadari Adi menangis...Adi buat ini sebab Adi sayangkan Mai. Maafkan Adi ye..Selamat tinggal." kata Adi. . Adi memalingkan tubuhnya, dia berjalan menuju ke motorsikalnya. Mai menangkap tangan Adi. Adi merentap melepaskan tangannya dari gengaman Maisarah. Dia terus berjalan tanpa menoleh. Maisarah menjerit nama Adi. 

Apabila berada dekat dengan motosikalnya barulah Adi melihat wajah Maisarah. "Adi akan sentiasa mendoakan kejayaan Mai!!!! Maisarah sentiasa dalam hati Adi!" jerit Adi. Maisarah melutut menangis teresak-esak. "Adi...jangan pergi please..Mai sayang Adi.." tersekat-sekat suara Maisarah. 

"Terbang dan terus terbang dan capai cita-cita awak si comelku." desis Adi. Dia tahu Maisarah tidak mendengar. Tapi cukuplah hanya kedengaran di telinganya. Lalu dia menyala enjin motosikalnya dan berlalu pergi meninggalkan Maisarah yang menangis dalam keadaan teresak-esak.

Sejak dari perpisahannya dengan Maisarah, dia menjadi tidak tentu arah. Diberhentikan kerja kerana prestasinya yang teruk. Hidupnya musnah teruk. Disamping dia telah menjadi seorang penagih dadah......

Mujurlah pada satu hari, Ismail terserempak dengan Adi. Dialah yang menyelamatkan Adi dari hidup dalam kegelapan. Ismail seorang rakan yang baik. Perlahan-lahan dia bantu Adi untuk bangkit. Menikmati kembali kehidupan, sekiranya Adi tidak bertembung dengan Ismail, mungkin Adi kini menjadi mayat yang terus membusuk di bawah jambatan.

No comments:

Post a Comment