Saturday, June 25, 2011

AluNaN- Part 8


Di dalam sebuah wad khas, Rauf mengeluarkan violinnya. Dihadapannya terdapat seorang gadis
berumur 17 tahun. Mengidap penyakit leukimia. Wajahnya kelihatan pucat dan lesi. "Anis, hari ni abang akan mainkan Sad Romance dari Thao Nguyen Xanh boleh?" tanya Rauf. Rauf pandang tepat wajah Anis yang terlantar di atas katil hospital. Anis mengganguk sahaja. Jika ianya adalah Rauf, apa sahaja boleh. Dia gemar mendengar alunan melodi yang datang dari gesekan biola Rauf. Sungguh memikat.

Rauf meletakkan violinnya dibahu, memperkemaskan kedudukan alatnya itu lalu apabila dia rasa selesa, dia mula menggesek bow pada violin. Alunan merdu keluar dari violinnya..Menderu-deru menikam perasaan...Anis menangis...Rauf membiarkan sahaja..Situasi tersebut sememangnya biasa berlaku...

Tidak lama kemudian. Air matanya pula mengalir...Perasaan sedih tidak dapat dibendung lagi..Hatinya dirasakan kosong, sunyi dan gelap...."Kenapa cikgu?...Kenapa?" desis hati Rauf. 

                               ***

"Baiklah Rauf, ini persembahan pertama kamu..Jangan persiakan peluang yang cikgu berikan..dan cikgu nak kamu buktikan bahawa kamu mampu! okay?" kata Latif Saari kepada Rauf. 

Rauf menganguk. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Walau persembahan hanya di sebuah pasaraya, namun bagi seorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun itu pun sudah cukup gah.

Usai sahaja persembahan, dia mendapatkan cikgunya. 

"Macam mana cikgu?" tanya Rauf.

"Tentulah terbaik!.." jawab Latif. Mereka menyalitkan kedua ibu jari masing-masing. Latif mengosok-gosok kepala Rauf. "Jom, cikgu belanja makan ayam KFC." pelawa Latif. Rauf meloncat-loncat gembira. Senyumannya berbunga. 

                              ***

"Kenapa abang pula yang menangis?" 

Rauf mengesat air matanya..

"Tak ada apalah..Abang menghayati" Rauf cuba menyembunyikan perasaan. Hakikatnya dia memikirkan arwah gurunya. Dia benar-benar rasa rindu pada gurunya itu. Kehilangan arwah sangat dirasai.

"Itulah siapa suruh main lagu sedih-sedih. Kan sama-sama dah menangis." Anis tersengih.

Rauf membalas sengihan Anis.Pesakit leukimia itu mendapat tempat yang istimewa di hati Rauf. 
Setiap kali berada di Malaysia, Rauf pasti akan melawat Anis. Bermain alat musik untuk Anis.Bercerita hal itu dan ini dengan Anis. Segalanya bersama Anis. Hubungan keluarga Anis juga rapat dengan keluarganya Rauf. Malah keluarga mereka juga menyatakan hasrat untuk menyatukan mereka berdua kelak..

Bagi Rauf, Anis umpama adik kandungnya sendiri. Tidak lebih daripada itu...







Sunday, June 5, 2011

ALunan- Part 7



"Boleh tahan rumah kau ye" Rauf melihat sekeliling rumah. Tetapi dia tidak menjejak masuk. Hanya berdiri diluar saja. Adi mencebik "Aku taulah rumah ko tu besar..Orang kayalah katakan"

"Maaf, aku datang sini bukan untuk bergaduh dengan kau." Rauf menghela nafas. "Cikgu Latif dah banyak  memberi jasa untuk kita so aku nak tunaikan satu-satunya permintaan Cikgu. Dan kalau kita settlekan benda nih cepat, tak payahlah mengadap muka masing-masing lagi.. Kau boleh buat hal kau, dan aku buat hal aku" sambung Rauf lagi.

"Eleh, cakap sajalah kau nak tau isi kandungan surat khas tu?" Adi sengih sinis. "Aku dapat rasakan, dalam surat tu, dia mesti ada sebut siapa anak muridnya no.1." Adi cuba memancing emosi.

Rauf masih bersikap tenang. Dia pandang tepat ke wajah Adi."Tak payah kita tahu siapa yang terbaik. Sebabnya, dari dahulu lagi aku tahu akulah orangnya.." kata Rauf dengan wajah "slumber".

"Ceh, cubalah kau buktikan!" cabar Adi. "Buktikan? Di masa dikonsert kelak. Disitu kita tengok siapa yang paling terbaik." kata Rauf.

Adi gelak besar. " Baiklah Rauf Arman, bagi aku masa seminggu..."

"Baguslah kau setuju...Kami akan menanti..Itu pun kalau kau tak berkarat haha"  sindir Rauf. Lalu dia berjalan meninggalkan kawasan rumah Adi. Adi mengetap bibir. "Jaga kau Rauf." desis Adi.

Ismail yang sejak dari tadi mengintai-intai perbualan Rauf dan Adi keluar mendapatkan Adi.
"Fulawei! Kawan kau Rauf Arman! Pasal kau tak bagitau aku!?..Apahal dia jumpa kau?" tanya Ismail.

"Semasa di rumah anak yatim dahulu..Ada seorang lelaki datang cari budak-budak. Katanya nak mengajar bermain musik. Tapi takde sorang pun yang berminat.Tapi entah macam mana, aku pula yang beriya-riya jumpa dia, nak belajar musik.." cerita Adi.

"Eh? Apa benda yang kau cerita nih" Ismail hairan.

" Aku ingat aku seorang sahaja pelajarnya, rupanya, terdapat dua orang lagi..Elisa Sarah dan Rauf Arman. Sarah juga diambil dari rumah anak yatim yang lain manakala Rauf Arman pula keluarganya sendiri yang hantar kepada lelaki tersebut. Sejak hari itulah kami bertiga belajar bermain alat musik.
Kami diajar bermain alatan musik yang berbeza. Elisa Sarah diajar bermain piano, Rauf Arman biola dan aku pula seruling dan klarinet." cerita Adi lagi dengan panjang lebar.

"Err...Sekejap...Kau...Kau berguru dengan Datuk Latif Saari!?? Gila ko! Biar betul!!!" tercengang Ismail. Perasaan kagum menerjah dalam diri Ismail. Tidak dia sangka selama ini rakannya itu adalah anak didik kepada pemuzik pujaannya...

Saturday, June 4, 2011

ALuNan-Part 6



Semenjak Adi pulang dari Ipoh, dia kelihatan banyak termenung. Ismail mengeleng-geleng kepalanya, dia tidak faham dengan sifat rakannya itu. Sudahlah termenung asyik buat bunyi mengeluh saja. Sungguh menyakitkan hati.

"Wei!! Udah-udah lah tu.. Kalau ye pun nak termenung. Habiskanlah makanan nih dulu." Ismail merengus. Makanan dimulutnya dikunyah laju. 

Adi pandang wajah Ismail, dia tenung sedalam-dalam wajah sahabatnya itu ibarat tiada penghujungnya. Ismail senyum-senyum sambil mengangkat-angkat pinggan makanannya memberi isyarat suruh makan. Adi sengih lalu kembali berpaling ke tempat lain. Ismail terkedu seketika. Hatinya sudah panas. Ismail mengangkat pinggan lalu terus pergi ke dapur, malas melayan karenah rakannya.

"Ismail"...Adi bersuara dalam dengar tak dengar.

...............................................

"Wei...bangun! Bangun!" jerit Ismail. Ismail mengoncang kuat tubuh Adi. Adi kelihatan sungguh tidak bermaya. Badannya kurus, masam, rambut panjang yang kusut. Memakai seluar compang camping. Sangat hina.

"Siapa kau?" tanya Adi sambil membuka sedikit matanya. Kepalanya masih berpinar kesan daripada pengambilan dadah. Ismail dilihatnya kelihatan seperti bayang-bayang. Gelap hitam ditambah pula cahaya matahari terang benderang menyala di belakang Ismail membuatkan Adi sukar melihat muka Ismail dengan jelas.

"Aku Ismail..Kawan kau kat sekolah dulu!" jawab Ismail. 

"Oh..." ...Pandangan menjadi gelap....

....................................................................

"Kalau tak kerana kau Ismail aku mungkin masih tinggal di bawah jambatan itu lagi" desis hati Adi.  

"ADI!!!! Wei Adi!!! Kau mesti dengar berita nih Adi!!" Ismail lekas menuju ke arah Adi. Adi terkejut, dia mengurut dadanya.. "Pehal dengan kau nih? Main sergah je" tanya Adi.

"Ini...ini dia paper hari ini...Biar aku bacakan...Elisa Sarah dan Rauf Arman bakal membuat konsert
 penghargaan buat Allahyarham Datuk Latif Saari bersama seorang lagi anak didik Allahyarham."

"Elisa Sarah wei..pemuzik yang jelita dan Rauf Arman yang memang superb...!!Dan dan...tapi siapa dia lagi sorang tu ye?" tanya Ismail.

"Manalah aku tahu" Adi cuba buat-buat tidak mengerti.

"Memang patut pun, benda yang ber"klass" macam ni manalah kau tahu, kau cuma minat artis-artis...nyanyi-nyanyi jer..manalah layan pemusik macam ni.. macam aku ni ha"..kata Ismail dengan penuh bangga.

"Yelah kot." Adi mengganguk-angguk malas dia bertekak lidah. Sejak dari tadi dia fikir. Mampukah dia bermain kembali? Tidakkah ia terlalu tergesa-gesa?  Bagaimana pula kalau dia tidak mampu membuat yang terbaik dalam persembahan kelak...Arg..Jika difikir-fikir ia memang memeningkan kepalanya!

DAM! DAM!

Bunyi pintu diketuk dengan kuat. Ismail dan Adi saling berpandangan.

"Kau tengok sapa kat pintu Mail" arah Adi. Ismail bergegas menuju ke pintu. Apabila pintu dibuka...
Rauf Arman berada dihadapannya. 

"Adi ada?"

.......


ALuNAn-Part 5 AMANAT



Setibanya Adi di rumah Cikgu Latif..Kelihatan begitu ramai sekali orang. Antaranya rakan media, rakan artis dan kenalan keluarga yang lain. Dia juga terlihat dua orang yang tidak disenanginya di tengah-tengah keramaian. Adi cuba mengelak dari bertembung. Secara kebetulan Rauf terlihat Adi. Lelaki berkaca-mata itu menjadi merah semerah-merahnya. Meluap-meluap api kemarahannya.

"Apa yang kau buat kat sini!?" Semua orang melihat-lihat. Ada yang tertanya-tanya. Apakah yang sedang berlaku? Adi kelihatan serba salah..

"Aku tanya kau nih, apa yang kau buat kat sini hah? Setelah kau tinggalkan cikgu. Kau ada hak untuk lawat arwah? Pergi kau!! Pergi!!" jerit Rauf. Orang ramai cuba meredakan Rauf. Ada yang cuba melarikan Adi daripada dilihat Rauf. Adi hanya menuruti dengan wajah sunggul.

.......................................................................

Setelah segalanya urusan pengebumian Datuk Latif Saari selesai. Adi, Sarah dan Rauf masih lagi berada di rumah  Datuk Latif Saari. Isteri  Datuk Latif, Rosnah, kelihatan tenang sekali.

"Ada benda yang bonda ingin sampaikan kepada kamu semua." Rosnah membahasakan dirinya bonda kerana sudah lama dia mengenali anak-anak muda tersebut.

Dia memberi isyarat kepada Abdul, peguam keluarga untuk membacakan amanat terakhir Datuk Latif Saari.

"Kami tahu Datuk baru sahaja meninggal dunia...tapi..atas permintaan dia juga, setelah kamu bertiga berkumpul disini..dia mempunyai sesuatu untuk diberitahu kepada kamu semua" jelas Abdul. Kemudian Abdul mengeluarkan sekeping kertas daripada sebuah sampul. Lalu ia membacanya.

"Kepada Anak-Anakku yang ku cintai,

Takkala surat ini dibacakan maka sudah pasti Adi juga berada disitu bukan? Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Adi masih tetap mengingati cikgu.

Tujuan utama cikgu menulis surat ini adalah kerana cikgu mempunyai hajat yang masih belum cikgu dapat tunaikan. Andai anak-anak cikgu masih ingat apakah cita-cita cikgu terhadap kamu bertiga pada masa itu, maka ianya bukanlah satu kejutan yang besar. Tapi cikgu pasti, anak-anak cikgu sudah melupakannya. Tidak mengapalah...biar cikgu ingatkan kembali....

 Dengan permintaan terakhir daripada cikgu, cikgu sangat berharap kamu bertiga-tiga berdiri diatas satu pentas dan mengadakan sebuah konsert bersama. Jika ada persengketaan antara kamu bertiga maka cikgu harap lupakan buat sementara waktu. Bersama-samalah kamu tunaikan permintaan cikgu yang terakhir ini. Anak-anak cikgu mampukan?

Setelah anak-anak cikgu berjaya melaksanakannya. Maka surat khas untuk kalian bertiga akan dibacakan. Didalam surat tersebut mungkin cikgu akan menyatakan mengenai sesuatu kerahsiaan? Siapa tahu kan?..

Walauapapun, semuanya bergantung harap pada Elisa Sarah, Rauf Arman dan Adi Zikri untuk menjayakan sebuah konsert terlebih dahulu....


Akhir kata daripada cikgu...
Jika cikgu pernah membuat salah dan silap kepada kamu bertiga cikgu berharap kamu bertiga sudi memaafkan cikgu sebagaimana cikgu memaafkan kamu bertiga. Salam sayang dari cikgu...

 LATIF SAARI"

Semua yang berada dalam rumah tersebut terdiam. sebentar kemudian, Rauf mula bersuara.

" Adi..kau boleh ke!? Ke bakat kau dah lama berkarat?" sindir Rauf

"Tak sesekali aku bekerjasama dengan kau, sial!" tengking Adi.
"Sudah!! Sudah!!" Sarah cuba meleraikan. "Takkan kamu berdua sanggup ketepikan permintaan terakhir cikgu hanya kerana permusuhan korang berdua yang tak bermakna ni!!" tambah Sarah.

Adi dan Rauf berpaling muka. Masing-masing tidak mahu mengalah....

ALuNan-Part 4



Selama ini Adi tidak pernah bercuti daripada bekerja. Namun kali ini, keadaan tidak mengizinkan dia
untuk mengekalkan rekodnya. Keadaan tergesa-gesa Adi meninggalkan rumah membuatkan Ismail berasa kehairanan...

"Aku takkan ada kat rumah nih dalam tempoh dua tiga hari.."

Didalam keretapi perjalanan menuju ke Ipoh...Adi mengusap-usap serulingnya...Dia kelihatan agak muram.Pandangan tepat ke arah seruling tetapi fikirannya jauh ke tempat lain. Dia meletakkan seruling tersebut dimulutnya. Jari jemarinya diletakkan pada setiap lubang. Kemudian dia mula meniup. 

~~~~~ Bunyi merdu keluar dari seruling tersebut...sangat mengkhayalkan. Orang lain yang turut berada didalam keretapi tersebut memerhatikannnya. Dia tidak mengendahkannya sebaliknya terus leka bermain serulingnya. Alunan seruling semakin rancak berbunyi. Fikirannya mula menerawang jauh ke ruang angkasa yang luas. Memori-memori silam mula bermain-main. Kisah lama kini terungkap kembali....

"Ini Adi Zikri, seruling nih Cikgu tempah khas buat kamu..." Latif Saari memberikan alat seruling yang agak berkilau. 

Adi tidak berkata apa-apa sebalik merampas lalu berlari laju meninggalkan cikgunya. Latif
senyum, dia kenal benar dengan sifat Adi Zikri, kasar, kadang-kadang bersikap rebel. Berbeza sikapnya dengan dua orang anak muridnya yang lain. Sarah lebih bersifat lemah lembut manakala
Rauf pula sering bersikap dingin dan berlagak macho namun punyai peradaban yang tinggi
terhadap orang tua.

Di sudut rumah jauh daripada dua orang rakan segurunya. Adi leka membelek seruling pemberian gurunya. Ianya merupakan seruling kayu yang cantik. Ira-ira kayu menambahkan lagi nilai estetika pada seruling tersebut. Seketika kemudian Rauf menghampirinya. Ah, si Rauf budak yang paling dia benci untuk dilihat. Mengapalah harus dia yang menjadi rakan segurunya. Mengapa tidak orang lain. Dasar orang kaya sombong, berlagak. Hati Adi mula menyumpah-nyumpah Rauf.

"Cantik seruling. Mana dapat?" tanya Rauf.

"Beli dekat pasar." cura Adi.

"Oh yakah? Eloklah tu..budak pasar dengan barang pasar..." sindir Rauf. Adi menjadi berang.

"Engkau nih kan!!" Adi mula melenting. Dia berlari hendak menumbuk muka Rauf. Segera Latif Saari menghalang tindakan Adi. Tangannya pantas menangkap tangan Adi. Rauf menjelir lidah lalu dia bergerak meninggalkan Latif dan Adi berdua. Adi mengetap bibir. Marah sungguh dia.

"Hei, cuba kamu bawa bersabar.. Tiap-tiap hari nak bergaduh saja kamu ni." tegur Latif.  Adi memuncungkan bibirnya. Mana mungkin dia nak bersabar dengan Rauf.  "Adi tak boleh tengok muka dia. Kalau tengok je mesti nak kasi penumbuk sekali" dengus Adi.

Latif mengeluh. Kenapalah nakal sangat perangainya. Latif mengosok-gosok kepala Adi. Dia merapatkan Adi ke badannya. "Jom cikgu belanja aiskrim. Biar reda sikit marah kamu tu." ajak Rauf. Adi mendongak kepalanya. "Okay set! Aiskrim coklat vanilla tau." kata Adi setuju. Latif menggariskan senyuman, dia mengangguk sahaja dengan permintaan anak kecil itu.

.......................................................

"Encik, bangun cik...dah sampai dah nih..." Adi tersentak, seorang wanita mengejutnya daripada tidur.
Dia menyapu-nyapu mukanya....
Segera dia turun daripada keretapi berkenaan. Dia mengeluh panjang....
"Cikgu, Adi Zikri dah balik" Adi bersuara kecil...





ALuNan- Part 3



Beijing China


"Maafkan saya Tuan, saya menerima panggilan dari Malaysia. Katanya penting." kata seorang penolong peribadinya. Fikri.

"Siapa dia?" tanya Rauf. "Entahlah...saya tidak tahu" balas Fikri.

Pantas dia mengambil telefon bimbit tersebut dari tangan Fikri .
"Hello, siapa nih?...Kak Sarah?..Kenapa nih Kak Sarah?......Cuba Kak Sarah tenang....satu persatu..
Cikgu?...Ye Cikgu ? Kenapa ngan Cikgu Latif?..WHAT!!"

Telefon jatuh dari gengamannya.... Fikri  terkejut.

"Fikri dapatkan saya flight petang nih, saya nak balik Malaysia" tegas Rauf.

"Tapi tuan macam mana dengan persembahan nih?" soal Fikri.

"Cancel!!!" jerit Rauf.

...............................

Malaysia


Sarah menangis teresak-esak...Kesedihan dialaminya tidak dapat ditanggung lagi..
Cikgu Latif umpama seorang bapa baginya. Dialah tempat mengadu dan bergurau senda..


"Sarah..ini dipanggil sebagai Treble Clef.., dan ini pulak Quarter Note..." jelas Latif Saari.

Sarah menggaru-garu kepalanya..Nota musik yang ditunjukkan oleh Latif agak memeningkannya..
"Sarah tak reti." kata Sarah.

"Takpe..satu per satu...Lama-lama boleh lah tuh" kata Latif tenang. "Penting ke nota-nota musik nih?"
tanya Sarah.

"Sangat penting..Nota musik ibaratkan lirik lagu...Kalau takde lirik maka lagu tidak dipanggil lagu.....ia hanya tinggal melodi." jelas Latif Saari. Sarah
mengganguk-angguk. Hari itu merupakan hari-hari yang pertama dia menuntut ilmu musik daripada seorang
pemuzik agung..

Pemuzik tersebut mengajar Sarah dan rakan segurunya yang lain dengan gigih walaupun pada ketika itu
merupakan zaman kegemilangannya dan sentiasa sibuk dengan kumpulan okestranya namun ada sahaja masa
untuknya mengajar ketiga-tiga anak didiknya itu. Itulah dia Latif Saari yang Sarah kenali. Tidak kira apa pasti dia akan menumpukan perhatian kepada anak didiknya lebih daripada sesiapa. Pemergian Latif Saari
benar-benar menghentam kepalanya...Benar meruntun jiwa raganya...

Hatinya tidak lepas berkata-kata
"KATAKAN IA TIDAK BENAR.....WAHAI TUHANKU"
Hakikatnya tuhan itu berkuasa untuk mencipta dan mematikan setiap nyawa....

Friday, June 3, 2011

ALuNan-Part 2 14 tahun kemudian...


"Kenapalah hidup kau macam ni Adi..?" Adi bermonolog di atas katil.
Sekali sekala kedengaran dia mengeluh... Adi kini bekerja sebagai budak pejabat.
Oleh sebab itu dia sering mengeluh dengan hidupnya yang dirasakan susah...
Dia merapatkan kedua belah matanya serapat-rapatnya...

Kenangan silam kembali bertaut.....

"Kenapa cikgu? Kenapa saya diajar bermain seruling??..Kenapa pula Rauf  diberi main biola?" bentak Adi
..Dia sememangnya agak iri hati dengan Rauf, kerana baginya biola adalah lebih berprestij berbanding seruling.

Latif tersenyum...
"Adi, kenapa Sarah tak pernah membantah bila cikgu menyuruhnya bermain piano?" 

"Piano dan Biola jauh lebih terkenal berbanding seruling!!!" Adi cuba berhujah. Walaupun alasannya
jelas tidak logik.

"Mana kamu tahu?" tanya Latif.

"Sebabnya orang lebih menumpukan perhatian kepada diorang bila diorang mula bermain alat musik
 berbanding saya." kata Adi.

"Itu sebab kamu sumbang bila main seruling" sampuk Rauf. Sebenarnya kata-kata Rauf benar
kerana Adi ketika itu masih merangkak-rangkak untuk bermain seruling sedangkan Sarah dan Rauf
sudah jauh ke hadapan mempelajari alat musik masing-masing....

Pap! 

Bunyi pintu terkuak...
"Adi! Wei Adi kau ada dalam bilik?" Jerit Ismail, rakan serumah Adi.

"ye..ye"
Adi terjaga dari lamunan. Dia segera melangkah keluar...
"Kenapa jerit-jerit nih?" tanya Adi.

"Duduklah dulu..." Ismail ketika itu berada diatas kerusi di meja makan.. Adi mengambil tempatnya.
"Ini ha Adi, surat khabar hari nih" Ismail menghulurkan surat khabar...

Adi terpinga-pinga. "A..apa benda?" "Cuba kau baca nih" Ismail menunjukkan sebuah tajuk di surat khabar 
tersebut. "DATUK LATIF SAARI MENINGGAL DUNIA"

"Aku sedih wei, aku minat gila dengan dia..." kata Ismail.. Adi tak berkata apa-apa. Entah bagaimana airmatanya jatuh menitis. "Pasal ngan kau nih? Rupanya kau jauh lebih minat Datuk Latif dari aku ye?"

Ismail tak mengerti...tidak pernah tahu mengenai hubungan Adi dan Latif Saari...Ini kerana
Adi tak pernah bercerita mengenainya...Dan kisah kematian Latif Saari benar-benar mengejutkan
Adi......





ALuNan-Part 1 PROLOG


Latif Saari seorang pemuzik handalan. Namanya sering disebut-sebut semasa zaman kegemilangannya...
Dia telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh pelosok dunia....Bukan itu sahaja, kumpulan Okestra
bimbingannya juga selalu sahaja diundang untuk membuat persembahan di dewan-dewan musik antarabangsa...

Dalam pada itu, beliau mempunyai 3 orang anak didiknya yang masih lagi muda....
Elisa Sarah, berumur 12 tahun...diajarnya untuk bermain piano dan latihan vokal...
Rauf Arman, berumur 10 tahun..dan berkaca mata..diajar untuk bermain violin dan yang terakhir sekali ialah 
Adi Zikri berumur 9 tahun diajar untuk bermain flute...

Masing-masing tidak mempunyai ibu dan ayah kecuali Rauf seorang yang kaya namun terpinggir akibat kedua ibu bapanya selalu sahaja sibuk bekerja sehingga mengabaikannya...Dan menyerahkan tugas menjaga anak mereka kepada Latif Saari yang juga kenalan rapat kedua ibu bapanya....

Setiap hari Latif akan menjemput Sarah dan Adi dari rumah anak yatim..
Manakala Rauf akan datang sendiri dihantar oleh pemandunya....

Maka dari setiap hari itu jugalah..Latif dengan penuh tekun mengajar ketiga-tiga anak muridnya
itu bermain alatan musik. Walaubagaimanapun Adi,Sarah dan Rauf sering kali bergaduh. Terutamanya
antara Adi dan Rauf...

Masing-masing ingin menunjukkan yang terbaik....dan ingin mendapatkan gelaran
 "Anak Murid NO.1"






Aku Nak Melalak!!!

Blog ini umumnya bukan utk sesiapa tapi saje sekadar
memuaskan hati nih..

Sebab dah lama tak mengarang cerita so...inilah dia...
Tempat aye mengarang sebuah kisah...Novel ke, cerpen ke...semua aye muatkan dekat sini...
original dari aye sndiri...>.<



(Minta maaf jika hasil penulisan aye ini tidak matang...sebbnya aye mmng tak pndai mengarang..)