Monday, August 29, 2011
ALuNan- Part 16
Hari itu Rauf, Sarah dan Adi melakukan sidang akhbar.
Mereka menyatakan hasrat untuk menunda tarikh perlaksanaan concerto memperingati Latif Saari.
Padahal mereka tahu, konsert tersebut tidak akan diadakan buat selama-lamanya.
Di hari sidang akhbar tersebut. Mereka menerima pelbagai tohmahan daripada pihak media. Namun lebih baik begitu daripada menghina arwah guru mereka dengan terus melaksanakan konsert tanpa ketiga-tiganya berada di atas satu pentas.
Hari-hari berikutnya Adi sudah tidak menghubungi Rauf mahupun Sarah. Dia meneruskan pekerjaannya seperti biasa. Rauf pula sibuk dengan jadual persembahannya diluar negara. Sarah? Sejak hari persidangan akhbar dia bagaikan melarikan diri, hilang tanpa sebarang khabar. Sungguh kasihan dengan nasib yang menimpa Elena Sarah.
Suatu hari, semasa Adi sedang menonton televisyen di rumahnnya, Ismail bergegas masuk ke dalam rumah. Menutup pintu dengan pantas. Mukanya pucat lesi. Berpeluh-peluh..Badannya mengigil-gigil.
"Tolong Adi...Bantu Aku Adi...." rayu Ismail
AluNan-part 15
"Lepas hari itu,.saya terus berputus asa untuk bermain alat muzik. Hancurnya hati saya pada hari itu maka hancurlah keghairahan terhadap muzik. Semenjak dari hari itu juga saya menanam perasaan benci terhadap muzik. Saya langsung tidak mahu menyentuh alat muzik..Tapi jauh di sudut hati ini masih tidak mampu membenci sepenuhnya...Hakikatnya,saya rindu untuk bermain alat muzik kembali...Itu semangat saya, jiwa saya!"
Adi menitiskan airmata. Perasaan sebak memamah hatinya. Sarah hanya mampu terdiam. Dia memejamkan kedua matanya. Berpisah dengan dunia musik? Dia tidak sanggup melakukannya. Dia membesar dengannya. Segala memorinya tercipta daripada melodi,irama dan alunan. Bagaimana pula dengan Syed Aidil? Dia membuka matanya. Syed Aidil orang yang istimewa.....
"Sini rupanya korang, marilah..Kita ada banyak latihan yang perlu dibuat terutamanya kau Adi." Rauf ketawa kecil. Adi mencebik. Sakit hati mendengar apa yang diujarkan oleh Rauf. Sarah bangkit laju.
"Guys, Akak ada satu benda penting yang perlu diberitahu."
Rauf dan Adi tertanya-tanya. "Apa dia?" serentak Adi dan Rauf bersuara.
"Akak nak retired...Akak dah tak mahu terlibat dengan segala yang berkaitan dengan muzik." Sarah sedikit sebak. Dia sudah mengambil keputusan. Walaupun dirasakan berat namun dia harus lakukannya. "But why? Explain to me, why so sudden?Your still young! " soal Rauf. Dia menuntut penjelasan. Dia seolah-olah tidak percaya apa yang didengarnya. Sarah tidak dapat menampung perasaan sedihnya. Air matanya berjurai jatuh.
"I love Aidil very much...he is my future husband! He force me to make a choice. So this is my choice! To be with him. I dont want to lose him!" Sarah menangis teresak-esak. Adi tercengang-cengang. Rauf hanya mampu mengeleng. "Kalau begitu, bagaimana dengan konsert ini kelak?" tanya Rauf.
"Akak percayakan kamu berdua. Kamu berdua boleh jayakannya tanpa akak."
"Mengarut! Ini konsert untuk cikgu! Faham tak? Cikgu nak kita bertiga berada di atas satu stage bersama-sama buat persembahan. Bukan dua bukan seorang. Tapi bertiga!" Rauf menjadi marah.
Sarah berterusan menangis. Adi pula pada mulanya tidak mengerti namun akhirnya dia faham. Dia hanya mampu diam. Rauf pula berlalu pergi dari situ dengan keadaan yang sungguh marah. Lelaki itu, sangatlah kurang ajar. Tidakkah dia tahu Sarah sangat menyayangi dunia musik. Menyuruh Sarah meninggalkan dunia ini ibarat menyuruh Sarah membunuh anak sendiri.
AluNan-part 14 Cinta
Adi di usia 17 tahun.
Masa lapangnya selepas bekerja biasanya dia akan menuju ke kawasan bukit di belakang sebuah sekolah. Dia gemar memerhatikan suasana di sekolah itu. Jauh dalam lubuk hatinya, teringin sekali kembali ke sekolah tapi apakan daya semua itu mustahil baginya. Dia sendiri yang mengambil keputusan untuk berhenti sekolah tidak lama dahulu.
Seperti biasa dia akan bersandar di sebuah batang pokok yang luas untuk berteduh. Disitulah tempatnya melepaskan segala penat lelah bekerja seharian. Dia mula meniup serulingnya sambil itu dia menutup matanya. Angin yang bertiup nyaman disitu menambahkan lagi penghayatan muziknya.
Tiba-tiba dia merasakan seakan ada seseorang menghampirinya. Dia terus berhenti bermain. Apabila dia membuka matanya. Seorang gadis umur sebayanya sedang tersenyum, memerhatikannya. Wajah jelita laksana bulan purnama.
"Awak bermain dengan begitu baik. Sangat merdu."
Mata Adi tidak berhenti berkedip. Hatinya berdetap laju. "Bidadari." kata Adi perlahan.
"Hah? Apa awak cakap?"
"Tak, saya tak cakap apa pun. Er awak nih siapa?"
"Saya Maisarah, pelajar sekolah tu." telunjuk jari Maisarah mengarah ke sekolahnya. "Saya selalu perhatikan awak bermain. Baru kali ni saya beranikan diri untuk tegur awak. Awak memang tak bersekolah ya?" tambah Maisarah lagi sambil duduk disebelah Adi.
"Ya, saya memang tak bersekolah..." kata Adi dengan nada bergetar sedikit.
"Kenapa ya?" tanya Maisarah.
"Sebab...sebab....keluarga saya miskin, mereka tak dapat menyekolahkan saya..." jawab Adi. Dia terpaksa menipu, tetapi hakikatnya dia memang tidak punyai apa-apa....Harta, teman mahupun keluarga. Semua itu telah ditinggalkannya dahulu.
"Kasihan awak." sayu mata Maisarah melihat Adi. "Erm, macam mana kalau kita buat satu perjanjian?" Maisarah cuba mencadangkan sesuatu. Dahi Adi berkerut. "Saya tak faham.." ujar Adi. Maisarah mengambil seruling yang terletak di atas rumput. "Ini, awak mainkan untuk saya setiap hari dan sebagai balasan, saya ajar awak." Maisarah mengemukakan ideanya. Adi menggariskan senyuman. Dia mengangguk. "Baiklah deal!"
Sejak dari hari itu. Hubungan mereka semakin akrab. Setiap kali berjumpa, Adi akan mengalunkan irama serulingnya khas untuk Maisarah. Manakala Maisarah pula menjadi seorang tutor kepada Adi. Mencurah segala ilmu yang dimiliki olehnya. Sebenarnya tidak menjadi masalah untuk Adi belajar kerana dia sememangnya tahu membaca, mengira dan menulis cuma ilmunya sahaja yang kurang.
"Mai yang comel, jom Adi bawak Mai makan aiskrim conneto...Aha.." pelawa Adi. Maisarah memuncungkan bibirnya yang munggil. "Balik-balik eskrem, boring la Adi. Kita makan kek nak? Best skit? Jom, let's go!!" Maisarah menarik lengan Adi. Adi buat-buat mengeras.
"Laa knapa ni?" soal Maisarah. "Kalau Mai makan kek, gemok la Mai nanti... Bila dah gemuk, Adi dapat bayangkan muka Mai macam Patrick cerita Spongebob. Urgh..tak comel, seram...Mai toksah makan kek ye...hehe.." Adi berseloroh. Maisarah mengekek gelak. "Amboi, melampau tu. Makan kek bukan selalu pun. Kalaupun Mai gemuk, tetap comel tau...macam.. ah, macam teletubies.." giliran Maisarah pula berseleroh. Mereka sama-sama ketawa.
"Adi, Mai nak tanya sesuatu boleh? Kenapa Adi tak pulang semula ke rumah? Berjumpa balik dengan Cikgu Latif. Adi tak rindukan cikgu Adi ke?" tanya Maisarah. Dia ingin tahu sangat mengapa Adi tidak balik ke pangkuan gurunya dan lebih rela memilih untuk hidup susah. Adi pandang wajah Maisarah dalam-dalam. Matanya mula berkaca. "Bukan Adi tak nak, tak rindu..tapi Adi malu. Apa cikgu akan katakan nanti pula. Sudahlah melarikan diri, sekarang dah susah baru nak datang, ibarat minta simpati." jelas Adi.
"Tak... Maisarah tak rasa cikgu Adi macam tu!"
"Sudahlah Mai, lagipun dah ini jalan yang Adi pilih. Adi akui dulu Adi bodoh, terlalu ikut perasaan. Tapi Adi rasa Adi tak patut menyesal. Sebab kalau dulu Adi tak buat tindakan ni, mungkin sekarang Adi tak berjumpa dengan Mai." kata Adi sambil melirikkan senyuman. Maisarah turut tersenyum. Mukanya menjadi merah. Mungkin kerana malu.
Lama-kelamaan hubungan mereka diketahui oleh ibu bapa Maisarah. Ibu bapa Maisarah membantah keras hubungan mereka berdua. Semuanya berkaitan status. Walaupun kedengaran seperti cliche, tapi itulah yang berlaku pada Adi. Mereka tidak berkenan dengan Adi. Adi miskin, tidak bersekolah pula tu. Mereka anggap Adi seperti tiada masa depan yang cerah.
"Kau tu tak layak untuk anak aku! Kau faham tak!?Dah lah miskin! bengap!, tak bersekolah!. Ada hati dekat anak aku. Konon nak ambil hati anak aku dengan main seruling...Sedar diri sikit, main seruling tak bawak kemana...Tak mampu sara anak orang tahu tak!? "
Adi terpaksa menelan segala cercaan keluarga Maisarah. Dia tidak cepat melenting.Ada benarnya kata-kata keluarga Maisarah. Dia tidak layak untuk Maisarah. Kadang-kala bapa mengupah orang untuk membelasah Adi. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk minta putus. Bukan kerana dia sudah mengalah tetapi kerana untuk menjaga air muka Maisarah dan keluarga. Fikir Adi lagi, dia dan Maisarah masih muda. Maisarah juga ada komitmennya pada pelajaran. Kalau boleh dia tidak mahu menjadi batu penghalang buat Maisarah. Dia mahu Maisarah berjaya dalam hidup.
Dia perlu berjumpa dengan Maisarah. Dia ingin menyatakan hasratnya untuk memtuskan perhubungan mereka.
"Mai, kita kena putus.." jelas Adi. Maisarah terkejut. "Kenapa ni awak? Sebab mak ayah Mai ke?" teka Maisarah.
"Sudahlah Mai...Adi dah tak cintakan Mai lagi...." ujar Adi. Dia cuba-cuba untuk menipu. "Awak tahu tak yang awak ni penipu yang buruk..? Adi, Mai cintakan Adi...tak mungkin Mai dapat hidup tanpa Adi.."
"Cukup! Mai.. betul kata ayah awak. Kita terlalu muda untuk semua ni. Adi pun bukan ada apa-apa untuk diberikan pada Mai. Adi miskin! Tak berharta! Masa depan Mai akan musnah kalau bersama Adi. Adi rasa Mai patut cari lelaki yang lain yang lebih layak...." kata Adi pada Maisarah.
"Kenapa Adi? Kenapa hanya Mai saja yang bersusah payah pertahankan hubungan kita? Kenapa Adi boleh putus asa macam ni sekali. Ye, Mai tahu Adi miskin dan takda apa2.. Tapi bukan tu yang Mai pandang pada Adi...." hujah Mai.
Adi tunduk. Seketika kemudian. Adi meletakkan kedua tangannya pada bahu Maisarah. Dia lihat wajah Maisarah. Wajah ini mungkin tidak dapat dia lihat lagi selepas ini.
"Janji pada Adi, lepas nih Mai belajar sungguh-sungguh ye.. Lupakan Adi, cari hidup yang baru. Patuh pada ibu bapa...dan carilah orang yang lebih sesuai dengan Mai." ujar Adi. Air mata Maisarah mengalir laju. Adi menyapu airmata Maisarah yang sudah membasahi pipi.
"Tolong...tolong jangan menangis.., Adi terseksa tengok bidadari Adi menangis...Adi buat ini sebab Adi sayangkan Mai. Maafkan Adi ye..Selamat tinggal." kata Adi. . Adi memalingkan tubuhnya, dia berjalan menuju ke motorsikalnya. Mai menangkap tangan Adi. Adi merentap melepaskan tangannya dari gengaman Maisarah. Dia terus berjalan tanpa menoleh. Maisarah menjerit nama Adi.
"Tolong...tolong jangan menangis.., Adi terseksa tengok bidadari Adi menangis...Adi buat ini sebab Adi sayangkan Mai. Maafkan Adi ye..Selamat tinggal." kata Adi. . Adi memalingkan tubuhnya, dia berjalan menuju ke motorsikalnya. Mai menangkap tangan Adi. Adi merentap melepaskan tangannya dari gengaman Maisarah. Dia terus berjalan tanpa menoleh. Maisarah menjerit nama Adi.
Apabila berada dekat dengan motosikalnya barulah Adi melihat wajah Maisarah. "Adi akan sentiasa mendoakan kejayaan Mai!!!! Maisarah sentiasa dalam hati Adi!" jerit Adi. Maisarah melutut menangis teresak-esak. "Adi...jangan pergi please..Mai sayang Adi.." tersekat-sekat suara Maisarah.
"Terbang dan terus terbang dan capai cita-cita awak si comelku." desis Adi. Dia tahu Maisarah tidak mendengar. Tapi cukuplah hanya kedengaran di telinganya. Lalu dia menyala enjin motosikalnya dan berlalu pergi meninggalkan Maisarah yang menangis dalam keadaan teresak-esak.
Mujurlah pada satu hari, Ismail terserempak dengan Adi. Dialah yang menyelamatkan Adi dari hidup dalam kegelapan. Ismail seorang rakan yang baik. Perlahan-lahan dia bantu Adi untuk bangkit. Menikmati kembali kehidupan, sekiranya Adi tidak bertembung dengan Ismail, mungkin Adi kini menjadi mayat yang terus membusuk di bawah jambatan.
Irish Alunan Seruling, Violin, Keyboard dan Drum..>.< merdu
Pendengarkan alunan seruling yng dimainkan....wah terpikat terus.
Sunday, August 28, 2011
AluNan-part 13
Di kawasan luar dewan. Adi mengambil tempat yang agak sunyi. Terlindung daripada penglihatan manusia. Dia mengeluh sambil melihat kedua telapak tangannya lalu dia meraup wajahnya. Dia menunduk.
"Loser..."
"Janganlah kata macam tu."
Adi mendongak. Melihat Elisa Sarah berdiri tegak dihadapannya. Sarah kemudian duduk di sebelah Adi.
"Selama ni mana kamu menghilang Adi? Hilang tanpa khabar. Buatkan semua orang tertanya-tanya." tanya Sarah. Adi diam. Dia lebih gemar membiarkan perkara itu menjadi misteri. Sarah umpama mengerti. Dia turut diam. Seketika kemudian Sarah kembali bersuara.
"Macam mana kehidupan Adi sekarang?Senang? atau sedang-sedang?"
"Semenjak saya melarikan diri pada hari itu, saya tidak pernah merasai kesenangan..Ia perjalanan hidup yang perit."
"Jadi kenapa kamu terus hilang, tidak pulang kembali?" Sarah tertanya-tanya.
Lama Adi melihat langit. Melihat sekumpulan awan berarak ditiup angin. Kemudiannya barulah dia menjawab persoalan yang diaju Sarah.
"Pada usia begitu muda, mana mungkin seseorang boleh memikirkan sesuatu yang rasional. Semuanya mengikut perasaan." kata Adi. "Maaf, akak tak bermaksud untuk mengungkit....Hmm baiklah, mari kita bercerita yang happy-happy jer. Sekarang Adi dah berpunya?.."
Adi sekali lagi diam...
Ini benar-benar pahit, kalau boleh dia ingin melupai terus kisah percintaannya dahulu....
Dia sudah terkena.....
AluNan - part 12
Di studio muzik milik Rauf. Rauf Arman dan Adi Zikri dari tadi, diam memerhati antara satu sama lain. Staf dan pembantu-pembantu mereka kehairanan. Sarah langsung tidak memperdulikan mereka berdua. Dia leka bermain piano. Rauf geleng kepala dan senyum.
"Kau tau tak kau akan bermain atas nama Datuk Latif Saari? Kalau boleh aku tak nak ada cacat cela bila kau main alat muzik kau nanti." kata Rauf sinis.
"Eleh, kau lihat aje nanti. Silap hari bulan mereka akan lebih kagum dengan bakat aku. Masa tu kau akan dipingirkan...tau tak? DI-PIN-GIR-KAN!.." Adi Zikri gelak besar.
Rauf meletakkan biolanya ke bahunya. Lalu dia mengesek. Staf-staf persembahan yang berada di dalam studio bertepuk tangan. Adi jelik dengan mereka-mereka itu. Hipokrit habis! Bertambah jelik bila dia melihat Rauf Arman bermain biola.
"Ceh menunjuk!."
Sarah mengubah rentak pianonya seiring dengan alunan biola Rauf. Suasana lebih gamat. Suara-suara alunan keluar mententeramkan seluruh dewan. Adi rasa tercabar lalu dia meletakkan klarinet di bibirnya. Dia mula meniup. Sejurus lepas itu seluruh dewan menjadi senyap. Adi berhenti bermain.
"Apasal berhenti?"
Tiba-tiba Rauf ketawa berdekah-dekah. Ketawanya bagai ingin menunjukkan bahawa dia sudah menang. "Kau betul-betul perlukan latihan yang banyak Adi...Hancur habis!" kata Rauf.
Mereka-mereka didalam dewan tersebut semuanya turut tertawa.
Muka Adi menjadi merah menahan malu.....
AluNan part 11
Adi mengeluarkan klarinet dari sebuah beg. Disapu-sapunyanya bagi mengeluarkan habuk yang sudah lama melekat di alat muzik tersebut. Diambilnya pula seruling pemberian gurunya yng berada disebelahnya. Dibandingkan antara dua. Semenjak dari tadi Ismail setia berada dihadapan Adi...
"Apa beza seruling dan klarinet?" dia melontarkan soalan.
Adi pandang tepat wajah Ismail. Dia mengangkat sedikit tangan yang memegang seruling."Seruling ni, merupakan open pipes...perlukan udara yang banyak untuk meniupnya. Sebab itu bagi siapa-siapa yang baru bermula main seruling akan berasa pening. Alunan dia indah, agak sukar untuk bermain pada peringkat awal, tapi semakin mudah apabila kita sudah mula biasa..."
Ismail menganguk-angguk. Adi mengangkat clarinet pula. "Ini clarinet, close pipes...bagi setengah orang ia sangat mudah dimainkan. Clarinet mampu menghasil pelbagai variasi bunyi berbanding seruling..Mungkin mudah pada mulanya tapi akan sukar bila kita mendalaminya dengan lebih jauh. Bermain dengan clarinet jauh lebih meletihkan berbanding seruling."
"Jadinya, mana yang akan kau main waktu konsert nanti?"
"Tentulah clarinet, tapi masalahnya...aku lebih pandai bermain seruling dari clarinet...Tambah lagi dah lama aku tak bermain clarinet...."
"Jadi kenapa tak pilih seruling aje?"
"Sebab bunyi Clarinet lebih sesuai untuk dipadankan dengan bunyi biola dan piano."
"Cuba ko try main clarinet aku nak dengar." pinta Ismail.
Adi meletakan bibir klarinet pada bibirnya. Lalu ditiupnya. Jari-jemarinya tangkas bergerak antara lubang ke lubang. Dia berhenti bermain.
"Bunyi dia sumbangkan? Macam itik jer."
"Aih, elok jer aku dengar...."
Adi mengeleng-geleng.
"Kenapa kau geleng?"
"Tak ade apalah."
Dia tahu Ismail memang tidak dapat menilai namun kelak yang akan hadir di hari konsert kelak adalah orang-orang lama dalam bidang muzik. Sudah pasti dia akan dikutuk. Sekiranya dia tidak mampu menguasai clarinet dengan baik pasti segala-galanya akan menjadi buruk baginya.
Telefon bimbit Adi berbunyi. Tertera nama "Bongok" di skrin telefon. Segera Adi menjawab.
"Macam mana Adi? Rasanya dah seminggu ni. Mesti sekarang kau dah boleh mainkan? Entah-entah macam pro dah." sindir Rauf.
"Bodoh, aku sejak dari dulu Pro!"
"Baguslah, esok jumpa di studio musik aku. Kita buat latihan sedikit. Sarah pun ada sekali."
"Baiklah..Kau tunggu je dekat situ! Esok aku tunjukkan dekat kau bakat aku yang mampu.." belum sempat Adi habis bercakap telefon sudah dimatikan. "Toyol betul! Sekurang-kurangnya bagilah aku habis bercakap." marah Adi.
Saturday, August 13, 2011
Trailer Untuk ALunan~
hehe boring-boring tak tau buat ape...so ay try bwat satu trailer utk citer ALuNan
ALuNAn-Part10 PiliHan
"Ayang kena pilih, antara musik atau abang.."
Kata-kata Syed Aidil membuatkan Sarah terdiam. Sukar baginya untuk memilih antara dua.
Musik adalah dunianya,kehidupannya manakala Syed Aidil...sinar cahaya hidupnya. Dia berlagak tenang. Dihirupnya seteguk dua minuman Mango Lassie....
"Tolong, jangan buat Sarah pilih. Sarah sukakan musik...Sarah tak boleh hidup tanpanya"
Muka Syed Aidil bertukar merah, Dia pandang tepat ke arah muka Sarah.
"Tak boleh hidup? Sudahlah! Dari dulu lagi, ayang memang pentingkan kerjaya ayang...Selalu aja pergi oversea...Abang ditinggalkan kesunyian dekat Malaysia ni!...We got no time to spend together.."
Sarah diam...terus membatu...
Friday, August 5, 2011
AluNan - Part 9
Elisa Sarah mengurut-urut dahinya. Terlalu banyak hal perlu diuruskannya.Terdapat banyak kertas-kertas yang bergelandangan diatas meja kerjanya. Dia menyandarkan badannya di atas kerusi rumahnya.Telefon bimbitnya berdering secara tiba-tiba, memainkan nada muzik Greatest Love of All nyanyian Whitney Houston. Sarah sedikit terjungkit.....Dia menekan punat pada telefon bimbitnya....
"Hello? Jumpa? Boleh, dekat mana? Okay"talian dimatikan..Sarah mengeluh..
Cepat-cepat dia mengemas segala kesemakan yang berada diatas meja...ambil kunci kereta,
Lalu Sarah bangun mengambil baju kotnya di tepi pintu...Dap! Pintu ditutup rapat
meninggalkan rumah yang sunyi tak berpenghuni.....
Di tepi sebuah tasik. Seorang lelaki berumur lingkungan 30 tahun. Rambutnya disisip kebelakang.
Sedikit berjambang dan bertubuh tegap. Lelaki itu sedang menunggu seseorang....
Riak mukanya bagai tidak sabar menantikan ketibaan orang tersebut. Sesekali dia melihat-lihat
jam tangannya.
Apabila melihat Elisa Sarah yang berada tidak jauh darinya, dia mengangkat tangan. Melambai-lambai.
Sarah senyum. Dia berlari anak mendekati lelaki tersebut.
"Dah lama tunggu..?"
"Tak ada lama sangat abang tunggu.." Lelaki itu senyum kecil.
Senyuman itulah yang membuat hati Sarah tertawan, manis dan menenangkan....Mampu menghilangkan segala masalah yang kusut di dalam kepalanya. Itulah dia kelebihan yang ada pada Syed Aidil.
"Jom," pelawa Syed Aidil.
"Nak pergi mana?" tanya Sarah
"Dinner, from this morning I never get a change to eat something..Lapar" Adu Syed Aidil.
"Kesian, okaylah jom.."
Mereka berjalan seiring....meninggalkan tasik tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)