Sunday, March 25, 2012
Alunan - part 27
"Great! You did a great job! You quite fast to learning something..." puji Viston. Adi tersipu-sipu. Memang pantang sungguh bila dirinya dipuji. Mulalah dia perasan. Dari jauh kedengaran Liyana bertepuk-tangan. Liyana menghampiri Viston. Selepas bercakap-cakap sesuatu dengan Viston, Liyana memaut lengan Adi.
"Thank you Mr Viston, now he'll be mine..." kata Liyana pada Viston. "Jom!" Liyana menarik Adi keluar dari studio.
"Kenapa dengan awak ni? Bukan masih terlalu awal ke untuk saya berhenti berlatih?" tanya Adi. Dia pelik kenapa latihan dia pada hari ini diberhentikan awal.
"Ala, cukuplah empat hari awak berlatih bersungguh-sungguh. Hari ini ambil masa untuk berehat pulak." jelas Liyana.
Baru Adi sedar masa berlalu dengan begitu pantas. Rupanya dia dah berada di Vienna dekat 6 hari lamanya. Dalam enam hari itu, dia asyik berlatih di studio. Siang dan malamnya hanyalah disitu. Liyana dan Robert sering kali bergilir untuk menemaninya. Tiada keluhan dari mereka, malah mereka gembira untuk bersama-sama dengannya sepanjang dia berada di studio. Ini membuatkan dirinya rasa serba salah. Mengapalah mereka begitu bersusah payah.
"Today we will visit Salzburg, tempat pengambaran cerita Sound of the Music! waah..saya pasti awak tak pernah dengar cerita tu kan? Ia sebuah filem muzikal klasik. Best! Awak patut tengok " keceriaan dan keterujaan jelas terpancar diwajah gadis itu.
"Owh okay.." jawab Adi sepatah. Terus terang dia katakan bahawa dia tidak berminat untuk tahu.
Perjalanan dari Vienna ke Salzburg mengambil masa 3jam. Satu jangkamasa yang mampu membuatkan mereka lenguh punggung.
Adi memerhatikan Liyana tekun memandu. Sebenarnya Adi cuba membaca gerak-geri anak gadis itu. Dia rasa seperti ada sesuatu mengenai Liyana. Tapi dia tidak pasti apakah ia. Liyana mengerling Adi. Dia senyum.
"Haa ni kenapa? Tenung-tenung orang semacam." Liyana menjadi hairan.
Adi cepat mengalih perhatiannya keluar tingkap. Liyana gelak kecil.
"Liyana, entah kenapalah saya rasa macam mengenali awak..." Adi menceritakan apa yang terbuku didalam hatinya.
Liyana senyap. Dia tidak memberikan apa-apa respon. Matanya terus tertacap pada jalan raya. Melihatkan Liyana membisu dia juga turut membisu. Setiap kali di perhentian mereka hanya bercakap sepatah-sepatah. Akan tetapi semasa di sebuah cafe, Liyana ada bercakap sesuatu. Sesuatu yang cukup berteka-teki.
"Adi, jika awak ada sebuah barang yang berharga yang cukup awak sayang, selepas itu awak kehilangannya..tidak lama kemudian awak jumpanya kembali dengan rupa yang tidak sama lagi seperti asalnya...apakah awak masih menghargai barang tu?"
Adi menghirup kopi panasnya segera dia menjawab.
"Entahlah.."
Liyana mencebik. Sejak itu dia terus tak bercakap dengan Adi. Adi menjadi pelik. Kenapalah wanita susah sangat untuk difahami. Akhirnya setelah 3 jam perjalanan mereka tiba di Salzburg. Suasana di Salburg cukup indah dan menyamankan. Disamping itu ia dikelilingi bukit dan gunung-ganang menambahkan lagi nilai-nilai keindahan disitu. Ianya cukup memukau. Adi terpegun seketika, biarlah dia menikmati pemandangan sekali dalam seumur hidup. Melihat bandar itu dikelilingi Banjaran Alp membuatkan dia bersyukur pada Tuhan yang Maha Esa memberikan dia peluang untuk melihat alam ciptaanNYA.
"Muka awak jelas awak sangat teruja. Memang tak boleh blah lah awak ni. Apapun welcome to Salzburg! Tempat kelahiran Wolfgang Mozart. Pemuzik tersohor.." Liyana membuat gaya seperti penyambut tetamu.
Adi terkejut. "Sini..? Sini tempat Mozart beranak?". Liyana ketawa besar "Beranak? Lahirlah! Apa punya bahasa awak pakai ni?.Yup sinilah dia...Jom...kita pergi Tasik Wolfgang. Dekat situ bolehlah kita menikmati lagi panorama tempat ni. Saya ada bawak kamera ni..Kita boleh snap gambar banyak-banyak.." ajak Liyana. "Tapi saya malulah nak bergambar." ujar Adi. Liyana menolak jarinya ke kepala Adi. "Amboi, takyah malu-malu..bukan senang tau nak kesini."
Selain tasik Wolfgang, merata tempat mereka pergi. Akhirnya mereka berhenti singgah disebuah cafe.
Sepanjang hari itu, Liyana sangat ceria. Kadang-kala tindakan Liyana membuatkan Adi berasa tidak selesa. Iyelah, berduaan dengan seorang gadis di sebuah bandar yang jauh dari tanah air. Di tarik dan diheret pula merata tempat, dipaksa bergambar atas bukan kerelaan hatinya. Sungguh merimaskan!
Tetapi anehnya, dalam merimaskan itu ada suatu perasaan yang muncul dalam hatinya. Rindu. Dia merindukan seseorang. Seseorang yang pernah mencuri hatinya. Seseorang yang pernah mengembirakan hari-harinya.
"Awak mengelamun ye?" tersengih Liyana melihat Adi. Liyana menyisip rambutnya kebelakang telinga lalu dia merapatkan kerusinya dengan kerusi Adi. "Lihat ni, sempat lagi mamat belakang tu buat peace. Tak guna betul. Saja nak merosakkan gambar kita berdua.Hehe" Liyana memperlihatkan kepada Adi gambar-gambar yang ditangkap olehnya. Adi tidak dapat mengfokuskan percakapan Liyana. Dia sedang melayan perasaannya. Secara tiba-tiba aja perasaan rindunya itu membuak-buak.
"Maisarah" tersembul keluar nama kekasih lamanya. Dia menutup mulutnya. Mukanya menjadi merah. Liyana senyum. "Aih, tiba-tiba keluar nama Maisarah...Awek ke?"
Adi tunduk. "Ia cerita lama. Maaf."
Subscribe to:
Posts (Atom)