Adunan musik....yng mengasyikan..lagu ombak rindu...
Saturday, December 17, 2011
Saturday, October 1, 2011
AluNan - part 18
Tika ini Adi berumur 13 tahun. badannya masih lagi kelihatan kecil dan kelihatan seperti budak sekolah rendah.
Seperti kebiasaan selepas persekolahan, Adi akan mengunjungi studio latihan untuk bertemu
dengan cikgunya.
Apabila sampai di muka pintu, dia tidak terus membuka. Kedengaran suara Latif dan Rauf sedang berbual.
Adi cuba merapatkan telinga dengan pintu studio. Matanya dikecilkan, dia cuba mengamati perbualan antara mereka berdua.
"Bagaimana dengan Sarah dan Adi? Sudah pasti mereka juga hendak bermain bersama di atas pentas?"
"Cikgu sudah ada perancangan untuk mereka berdua. Sarah akan ada konsert dia tersendiri.."
"Bagaimana dengan Adi?"
" Cikgu masih belum yakin dengan kemahiran Adi lagi. Masih banyak yang perlu dia tahu. Buat masa sekarang lebih elok dia belajar lagi.'
"Kalau cikgu kata begitu, saya setuju sahajalah." sokong rauf.
"INI TIDAK ADIL!"
jerit Adi. Mukanya merah. Latif dan Rauf terkejut dengan kehadiran Adi secara tiba-tiba.
"Apa kurangnya saya? Dari dulu sampai sekarang, saya tak pernah dibawa untuk mempersembahkan kemahiran saya...Ini semua tidak adil! Cikgu pilih kasih!!!"
Adi keluar sambil menghempaskan pintu studio. Latif Saari cuba mengejar Adi. Akan tetapi Adi sudah lenyap.
Lenyap terus dari kehidupan Latif Saari.
Saturday, September 3, 2011
ALuNan- Part 17
13 tahun dahulu. Dirumah Latif Saari.
Adi dan Rauf bertumbuk antara satu sama lain. Sarah menjerit-jerit meminta agar mereka berdua berhenti namun masih tidak diendahkan oleh mereka berdua. Apabila melihat perkelahian mereka segera Latif meleraikan mereka.
"Apa nih? Kan cikgu kata jangan berkelahi?" marah Latif.
"Dia yang mulakan dulu! Dia tumbuk saya." Rauf menunding jari.
Adi menepis tangan Rauf.
"Kau yang hina aku! Kau kata aku miskin. Sesuai untuk main alat muzik untuk orang miskin aja!."
"Betullah, kau lihat aku..biola. Mana ada orang miskin main biola. Buktinya kau boleh tengok sendiri dekat tv. Orang miskin main seruling!"
"Tak! Tak betul!" Adi berlari meninggalkan mereka disitu. Latif Saari pandang wajah Rauf.
"Kenapa cikgu tengok macam tu? Betullah kan?" jelas Rauf tidak senang melihat wajah cikgunya. Lalu dia juga pergi meninggalkan cikgunya. Latif menepuk dahi. Tidak tahan dengan karenah anak muridnya. Seketika kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Sarah. Sarah juga hilang. Latif mengeluh.
Latif mendapatkan Adi yang sedang menangis.
"Sini pun kamu. Kenapa menangis? Kamu terasa dengan kata-kata Rauf?" tanya Latif Saari.
"Tentulah." Adi menyapu-nyapu mukanya. Muka Adi sudah kelihatan sembab.
"Kamu hendak cikgu cerita sesuatu? Cerita mengenai keistimewaan yang kamu ada. Kamu tahu tak kekuatan kamu terletak di sini." Latif meletakkan telunjuk jarinya ke dada Adi.
"Hati?"
Latif Saari mengeleng kepalanya.
"Tidak, paru-paru. Kamu boleh menghasilkan bunyi tanpa alat muzik."
"Macam mana?" Adi mula tertarik.
"Melalui siulan. Isitmewakan?"
"Jadinya apa kaitan dengan seruling?" Adi tidak dapat mengaitkan kaitan antara siulan dan alat muziknya.
"Kan kedua-duanya memerlukan angin untuk menghasilkan bunyi.. Berbeza Rauf dan Sarah, mereka memerlukan tangan untuk buat hasilkan melodi."
"oh..oh saya faham, kalau diorang takde tangan maknanya diorang tak boleh main alat muzik lah ye"
"Ya! Macam tu lah. Kamu memang bijak." Latif Saari ketawa dengan penyataan yang diberikan Adi.
"Kamu kenal tak siapa Fred Lowery?"
Adi mengeleng kepala.
"Dia seorang tukang siul, matanya buta...tapi punyai semangat yng kuat. Itu sebab dia berjaya. Semua orang kenal dia... Cikgu nak kamu jadi macam dia. Tak kiralah apa jenis alat muzik yang kamu main kalau ada keazaman, ia pasti membawa kamu pergi jauh kehadapan."
Adi mengangguk-angguk. Dia kembali bersemangat. Pantas dia memeluk Latif Saari. Tindakan Adi membuatkan LAtif sedikit terkejut. Dia mengusap-usap kepala Adi.
"Terima kasih cikgu..." kata Adi perlahan.
"Terima kasih cikgu..." kata Adi perlahan.
Monday, August 29, 2011
ALuNan- Part 16
Hari itu Rauf, Sarah dan Adi melakukan sidang akhbar.
Mereka menyatakan hasrat untuk menunda tarikh perlaksanaan concerto memperingati Latif Saari.
Padahal mereka tahu, konsert tersebut tidak akan diadakan buat selama-lamanya.
Di hari sidang akhbar tersebut. Mereka menerima pelbagai tohmahan daripada pihak media. Namun lebih baik begitu daripada menghina arwah guru mereka dengan terus melaksanakan konsert tanpa ketiga-tiganya berada di atas satu pentas.
Hari-hari berikutnya Adi sudah tidak menghubungi Rauf mahupun Sarah. Dia meneruskan pekerjaannya seperti biasa. Rauf pula sibuk dengan jadual persembahannya diluar negara. Sarah? Sejak hari persidangan akhbar dia bagaikan melarikan diri, hilang tanpa sebarang khabar. Sungguh kasihan dengan nasib yang menimpa Elena Sarah.
Suatu hari, semasa Adi sedang menonton televisyen di rumahnnya, Ismail bergegas masuk ke dalam rumah. Menutup pintu dengan pantas. Mukanya pucat lesi. Berpeluh-peluh..Badannya mengigil-gigil.
"Tolong Adi...Bantu Aku Adi...." rayu Ismail
AluNan-part 15
"Lepas hari itu,.saya terus berputus asa untuk bermain alat muzik. Hancurnya hati saya pada hari itu maka hancurlah keghairahan terhadap muzik. Semenjak dari hari itu juga saya menanam perasaan benci terhadap muzik. Saya langsung tidak mahu menyentuh alat muzik..Tapi jauh di sudut hati ini masih tidak mampu membenci sepenuhnya...Hakikatnya,saya rindu untuk bermain alat muzik kembali...Itu semangat saya, jiwa saya!"
Adi menitiskan airmata. Perasaan sebak memamah hatinya. Sarah hanya mampu terdiam. Dia memejamkan kedua matanya. Berpisah dengan dunia musik? Dia tidak sanggup melakukannya. Dia membesar dengannya. Segala memorinya tercipta daripada melodi,irama dan alunan. Bagaimana pula dengan Syed Aidil? Dia membuka matanya. Syed Aidil orang yang istimewa.....
"Sini rupanya korang, marilah..Kita ada banyak latihan yang perlu dibuat terutamanya kau Adi." Rauf ketawa kecil. Adi mencebik. Sakit hati mendengar apa yang diujarkan oleh Rauf. Sarah bangkit laju.
"Guys, Akak ada satu benda penting yang perlu diberitahu."
Rauf dan Adi tertanya-tanya. "Apa dia?" serentak Adi dan Rauf bersuara.
"Akak nak retired...Akak dah tak mahu terlibat dengan segala yang berkaitan dengan muzik." Sarah sedikit sebak. Dia sudah mengambil keputusan. Walaupun dirasakan berat namun dia harus lakukannya. "But why? Explain to me, why so sudden?Your still young! " soal Rauf. Dia menuntut penjelasan. Dia seolah-olah tidak percaya apa yang didengarnya. Sarah tidak dapat menampung perasaan sedihnya. Air matanya berjurai jatuh.
"I love Aidil very much...he is my future husband! He force me to make a choice. So this is my choice! To be with him. I dont want to lose him!" Sarah menangis teresak-esak. Adi tercengang-cengang. Rauf hanya mampu mengeleng. "Kalau begitu, bagaimana dengan konsert ini kelak?" tanya Rauf.
"Akak percayakan kamu berdua. Kamu berdua boleh jayakannya tanpa akak."
"Mengarut! Ini konsert untuk cikgu! Faham tak? Cikgu nak kita bertiga berada di atas satu stage bersama-sama buat persembahan. Bukan dua bukan seorang. Tapi bertiga!" Rauf menjadi marah.
Sarah berterusan menangis. Adi pula pada mulanya tidak mengerti namun akhirnya dia faham. Dia hanya mampu diam. Rauf pula berlalu pergi dari situ dengan keadaan yang sungguh marah. Lelaki itu, sangatlah kurang ajar. Tidakkah dia tahu Sarah sangat menyayangi dunia musik. Menyuruh Sarah meninggalkan dunia ini ibarat menyuruh Sarah membunuh anak sendiri.
AluNan-part 14 Cinta
Adi di usia 17 tahun.
Masa lapangnya selepas bekerja biasanya dia akan menuju ke kawasan bukit di belakang sebuah sekolah. Dia gemar memerhatikan suasana di sekolah itu. Jauh dalam lubuk hatinya, teringin sekali kembali ke sekolah tapi apakan daya semua itu mustahil baginya. Dia sendiri yang mengambil keputusan untuk berhenti sekolah tidak lama dahulu.
Seperti biasa dia akan bersandar di sebuah batang pokok yang luas untuk berteduh. Disitulah tempatnya melepaskan segala penat lelah bekerja seharian. Dia mula meniup serulingnya sambil itu dia menutup matanya. Angin yang bertiup nyaman disitu menambahkan lagi penghayatan muziknya.
Tiba-tiba dia merasakan seakan ada seseorang menghampirinya. Dia terus berhenti bermain. Apabila dia membuka matanya. Seorang gadis umur sebayanya sedang tersenyum, memerhatikannya. Wajah jelita laksana bulan purnama.
"Awak bermain dengan begitu baik. Sangat merdu."
Mata Adi tidak berhenti berkedip. Hatinya berdetap laju. "Bidadari." kata Adi perlahan.
"Hah? Apa awak cakap?"
"Tak, saya tak cakap apa pun. Er awak nih siapa?"
"Saya Maisarah, pelajar sekolah tu." telunjuk jari Maisarah mengarah ke sekolahnya. "Saya selalu perhatikan awak bermain. Baru kali ni saya beranikan diri untuk tegur awak. Awak memang tak bersekolah ya?" tambah Maisarah lagi sambil duduk disebelah Adi.
"Ya, saya memang tak bersekolah..." kata Adi dengan nada bergetar sedikit.
"Kenapa ya?" tanya Maisarah.
"Sebab...sebab....keluarga saya miskin, mereka tak dapat menyekolahkan saya..." jawab Adi. Dia terpaksa menipu, tetapi hakikatnya dia memang tidak punyai apa-apa....Harta, teman mahupun keluarga. Semua itu telah ditinggalkannya dahulu.
"Kasihan awak." sayu mata Maisarah melihat Adi. "Erm, macam mana kalau kita buat satu perjanjian?" Maisarah cuba mencadangkan sesuatu. Dahi Adi berkerut. "Saya tak faham.." ujar Adi. Maisarah mengambil seruling yang terletak di atas rumput. "Ini, awak mainkan untuk saya setiap hari dan sebagai balasan, saya ajar awak." Maisarah mengemukakan ideanya. Adi menggariskan senyuman. Dia mengangguk. "Baiklah deal!"
Sejak dari hari itu. Hubungan mereka semakin akrab. Setiap kali berjumpa, Adi akan mengalunkan irama serulingnya khas untuk Maisarah. Manakala Maisarah pula menjadi seorang tutor kepada Adi. Mencurah segala ilmu yang dimiliki olehnya. Sebenarnya tidak menjadi masalah untuk Adi belajar kerana dia sememangnya tahu membaca, mengira dan menulis cuma ilmunya sahaja yang kurang.
"Mai yang comel, jom Adi bawak Mai makan aiskrim conneto...Aha.." pelawa Adi. Maisarah memuncungkan bibirnya yang munggil. "Balik-balik eskrem, boring la Adi. Kita makan kek nak? Best skit? Jom, let's go!!" Maisarah menarik lengan Adi. Adi buat-buat mengeras.
"Laa knapa ni?" soal Maisarah. "Kalau Mai makan kek, gemok la Mai nanti... Bila dah gemuk, Adi dapat bayangkan muka Mai macam Patrick cerita Spongebob. Urgh..tak comel, seram...Mai toksah makan kek ye...hehe.." Adi berseloroh. Maisarah mengekek gelak. "Amboi, melampau tu. Makan kek bukan selalu pun. Kalaupun Mai gemuk, tetap comel tau...macam.. ah, macam teletubies.." giliran Maisarah pula berseleroh. Mereka sama-sama ketawa.
"Adi, Mai nak tanya sesuatu boleh? Kenapa Adi tak pulang semula ke rumah? Berjumpa balik dengan Cikgu Latif. Adi tak rindukan cikgu Adi ke?" tanya Maisarah. Dia ingin tahu sangat mengapa Adi tidak balik ke pangkuan gurunya dan lebih rela memilih untuk hidup susah. Adi pandang wajah Maisarah dalam-dalam. Matanya mula berkaca. "Bukan Adi tak nak, tak rindu..tapi Adi malu. Apa cikgu akan katakan nanti pula. Sudahlah melarikan diri, sekarang dah susah baru nak datang, ibarat minta simpati." jelas Adi.
"Tak... Maisarah tak rasa cikgu Adi macam tu!"
"Sudahlah Mai, lagipun dah ini jalan yang Adi pilih. Adi akui dulu Adi bodoh, terlalu ikut perasaan. Tapi Adi rasa Adi tak patut menyesal. Sebab kalau dulu Adi tak buat tindakan ni, mungkin sekarang Adi tak berjumpa dengan Mai." kata Adi sambil melirikkan senyuman. Maisarah turut tersenyum. Mukanya menjadi merah. Mungkin kerana malu.
Lama-kelamaan hubungan mereka diketahui oleh ibu bapa Maisarah. Ibu bapa Maisarah membantah keras hubungan mereka berdua. Semuanya berkaitan status. Walaupun kedengaran seperti cliche, tapi itulah yang berlaku pada Adi. Mereka tidak berkenan dengan Adi. Adi miskin, tidak bersekolah pula tu. Mereka anggap Adi seperti tiada masa depan yang cerah.
"Kau tu tak layak untuk anak aku! Kau faham tak!?Dah lah miskin! bengap!, tak bersekolah!. Ada hati dekat anak aku. Konon nak ambil hati anak aku dengan main seruling...Sedar diri sikit, main seruling tak bawak kemana...Tak mampu sara anak orang tahu tak!? "
Adi terpaksa menelan segala cercaan keluarga Maisarah. Dia tidak cepat melenting.Ada benarnya kata-kata keluarga Maisarah. Dia tidak layak untuk Maisarah. Kadang-kala bapa mengupah orang untuk membelasah Adi. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk minta putus. Bukan kerana dia sudah mengalah tetapi kerana untuk menjaga air muka Maisarah dan keluarga. Fikir Adi lagi, dia dan Maisarah masih muda. Maisarah juga ada komitmennya pada pelajaran. Kalau boleh dia tidak mahu menjadi batu penghalang buat Maisarah. Dia mahu Maisarah berjaya dalam hidup.
Dia perlu berjumpa dengan Maisarah. Dia ingin menyatakan hasratnya untuk memtuskan perhubungan mereka.
"Mai, kita kena putus.." jelas Adi. Maisarah terkejut. "Kenapa ni awak? Sebab mak ayah Mai ke?" teka Maisarah.
"Sudahlah Mai...Adi dah tak cintakan Mai lagi...." ujar Adi. Dia cuba-cuba untuk menipu. "Awak tahu tak yang awak ni penipu yang buruk..? Adi, Mai cintakan Adi...tak mungkin Mai dapat hidup tanpa Adi.."
"Cukup! Mai.. betul kata ayah awak. Kita terlalu muda untuk semua ni. Adi pun bukan ada apa-apa untuk diberikan pada Mai. Adi miskin! Tak berharta! Masa depan Mai akan musnah kalau bersama Adi. Adi rasa Mai patut cari lelaki yang lain yang lebih layak...." kata Adi pada Maisarah.
"Kenapa Adi? Kenapa hanya Mai saja yang bersusah payah pertahankan hubungan kita? Kenapa Adi boleh putus asa macam ni sekali. Ye, Mai tahu Adi miskin dan takda apa2.. Tapi bukan tu yang Mai pandang pada Adi...." hujah Mai.
Adi tunduk. Seketika kemudian. Adi meletakkan kedua tangannya pada bahu Maisarah. Dia lihat wajah Maisarah. Wajah ini mungkin tidak dapat dia lihat lagi selepas ini.
"Janji pada Adi, lepas nih Mai belajar sungguh-sungguh ye.. Lupakan Adi, cari hidup yang baru. Patuh pada ibu bapa...dan carilah orang yang lebih sesuai dengan Mai." ujar Adi. Air mata Maisarah mengalir laju. Adi menyapu airmata Maisarah yang sudah membasahi pipi.
"Tolong...tolong jangan menangis.., Adi terseksa tengok bidadari Adi menangis...Adi buat ini sebab Adi sayangkan Mai. Maafkan Adi ye..Selamat tinggal." kata Adi. . Adi memalingkan tubuhnya, dia berjalan menuju ke motorsikalnya. Mai menangkap tangan Adi. Adi merentap melepaskan tangannya dari gengaman Maisarah. Dia terus berjalan tanpa menoleh. Maisarah menjerit nama Adi.
"Tolong...tolong jangan menangis.., Adi terseksa tengok bidadari Adi menangis...Adi buat ini sebab Adi sayangkan Mai. Maafkan Adi ye..Selamat tinggal." kata Adi. . Adi memalingkan tubuhnya, dia berjalan menuju ke motorsikalnya. Mai menangkap tangan Adi. Adi merentap melepaskan tangannya dari gengaman Maisarah. Dia terus berjalan tanpa menoleh. Maisarah menjerit nama Adi.
Apabila berada dekat dengan motosikalnya barulah Adi melihat wajah Maisarah. "Adi akan sentiasa mendoakan kejayaan Mai!!!! Maisarah sentiasa dalam hati Adi!" jerit Adi. Maisarah melutut menangis teresak-esak. "Adi...jangan pergi please..Mai sayang Adi.." tersekat-sekat suara Maisarah.
"Terbang dan terus terbang dan capai cita-cita awak si comelku." desis Adi. Dia tahu Maisarah tidak mendengar. Tapi cukuplah hanya kedengaran di telinganya. Lalu dia menyala enjin motosikalnya dan berlalu pergi meninggalkan Maisarah yang menangis dalam keadaan teresak-esak.
Mujurlah pada satu hari, Ismail terserempak dengan Adi. Dialah yang menyelamatkan Adi dari hidup dalam kegelapan. Ismail seorang rakan yang baik. Perlahan-lahan dia bantu Adi untuk bangkit. Menikmati kembali kehidupan, sekiranya Adi tidak bertembung dengan Ismail, mungkin Adi kini menjadi mayat yang terus membusuk di bawah jambatan.
Irish Alunan Seruling, Violin, Keyboard dan Drum..>.< merdu
Pendengarkan alunan seruling yng dimainkan....wah terpikat terus.
Subscribe to:
Posts (Atom)
