Keesokan harinya, Uncle Robert membawa Adi ke sebuah studio di Mariahilferstrasse . Studio yang diberi nama La Mozart itu antara studio muzik yang terkenal di Vienna. Di situ Adi dibawa berjumpa dengan Viston. Seorang lelaki muda berumur lingkungan 30an. Mukanya sedikit berjambang, rambutnya dirapikan kebelakang dan sentiasa mengenakan cermin mata hitam. Robert mengambil masa yang agak lama semasa berbual dengan Viston. Di sudut studio, Adi bagai orang bodoh melihat-lihat orang didalam studio berkenaan. Dia menghanyun-hayunkan kakinya. Ah bosan sungguh. Mengapalah dia dibawa ke studio ini.
"Adi!" panggil Robert. Segera Adi mendapatkan Robert. "Viston mahu dengar kamu bermain..."
Akhirnya, ada juga sesuatu yang akan lakukannya. Tidaklah dia dilihat bagai seekor kera kesunyian.
Adi mengeluarkan klarinet daripada Propac Pb-319 Bass case. Sebuah jenama Woodbrass yang sememangnya sudah kukuh dalam penjualan barangan berkaitan musik. Dia segera meniup klarinetnya. Tidak sampai seminit dia bermain Viston menyuruhnya untuk berhenti. Dia membuat muka. Menyampah rasanya Adi melihat muka mat salleh dihadapannya.
"Too bad, u must fix your weakness...totally broke man!" ujar Viston. Amboi lagak seperti orang yang hebat tetapi itu sahaja nasihat yang dia bagi? getus hati Adi.
"Kalau Adi nak tahu, si Viston ini mempunyai Perfect Pitch. Dia mempunyai kemahiran untuk mendengar,meniru, menamakan note muzikal. Dia juga boleh mengesan kelemahan kamu." jelas Robert.
Menurut Robert lagi sepanjang dia berada di Vienna maka Vistonlah yang akan melatihnya. Ia tentu akan menjadi hari-hari yang jelik kerana dia tidak suka dengan gaya Viston. Berlagak.
Pada petang itu, Adi dibawa berjumpa dengan seorang kenalan Robert. Seorang gadis berumur lebih kurang bayanya. Cantik, berambut pendek, mukanya bagai pernah dilihat sebelum ini. Akan tetapi macam biasa dia lupa. Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Liyana. Jika Robert sibuk Liyanalah yang akan menemani Adi. Liyana merupakan pelajar di Frankfurt, German. Kini dia sedang menghabiskan cutinya. Itu sebab dia ke kota Vienna, kota kegemarannya.
Hairan Adi dibuatnya. Orang muda macam Liyana sepatutnya menghabiskan masa cuti mereka bersama kawan-kawan tapi dia sanggup menemaninya di Vienna. Apabila ditanya, Liyana hanya menjawab dia tidak kisah.
"Di tempat awak menginap tu ada macam-macam benda menarik yang awak boleh lihat." ujar Liyana.
"Maksud awak di Stepen?" tanya Adi. Dia meringkaskan sahaja nama Stephenplatz kerana susah dia menyebutnya. Liyana ketawa kecil.
"Mari kita jalan-jalan..Kita lawat seluruh kota Vienna nih sampai muntah-muntah.." ajak Liyana.
Masa seharian mereka melawat di sekitar Stephenplatz, lokasi pertama untuk mereka menghabiskan masa. Adi begitu kagum dengan senibina Ghothic yang digarap di sebuah gereja besar disitu. "Itu namanya St. Stephen Cathedral. " Liyana memberi penerangan.
Berbagai-bagai lagi tempat mereka pergi antaranya ialah tempat-tempat bersejarah seperti Haas House, Burgteater, Anchor Clock, Spanish Riding School dan mereka sempat juga singgah ke kompleks kebudayaan terbesar di dunia iaitu Museumsquartier. Semakin lama mereka bersama, Adi semakin mengeksyaki Liyana. Puas dia ingat dimana pernah dia bertemu Liyana. Akan tetapi dia buntu. Dari setiap langkah,percakapan,gaya bagai dia amat mengenali wanita tersebut. Arg , ia benar-benar merunsingkan kepalanya.
No comments:
Post a Comment