Friday, February 24, 2012

Alunan - part 26




Rauf tiba di KLIA. Dia mengeluh panjang. Begitu lama dia mengambil rehat di Malaysia tapi kini dia perlu bekerja kembali. Banyak konsertnya tertunda gara-gara urusan yang tidak pasti di Malaysia ini. Antaranya persembahan peringatan untuk gurunya. Gila. Penaja-penaja konsertnya sungguh marah dengan tindakan Rauf yang tiba-tiba menunda semua konsertnya malahan lebih menambahkan kemarahan mereka ialah mereka mendapat tahu Rauf akan membuat konsert peringatan buat gurunya. Kontrak sudah ditandatangani. Ia perlu dipatuhi sebagaimana perjanjian itu sudah termaktub. Dahulukan apa yang dahulu. Ah peduli apa fikir Rauf. Baginya gurunya itu adalah segala. Dialah yang utama.

Rauf mengambil ruangan duduk first class didalam pesawat Malaysian Airlines Boeing 747-400P. Setahu Rauf, pesawat ini adalah yang terpantas yang dimiliki oleh Mas berbanding pesawat-pesawat yang lain dalam syarikat ini.  Ia boleh mencapai kelajuan 918 km/sejam. Untuk perjalanan ke Hong Kong ia akan mengambil masa kira-kira 3 jam. Ia bukanlah satu tempoh yang lama. Sedangkan dari KL hendak ke negeri-negeri pantai timur kadangkala menjangkau lebih dari 8 jam bergantung pada situasi dan kenderaan yang dinaiki.

Tidak sampai 10 minit dia berada di dalam pesawat tersebut, telefon bimbit Galaxy S2nya menerima panggilan. Tertera nama "Kak Sarah". Rauf segera menjawab.

"Baru sekarang call, Akak kat mana ni?" soal Rauf. Selepas itu dia diam. Dia mendengar butir-butir percakapan Elisa Sarah. Rauf tersenyum dan gelak kecil.

"Take care in Vienna" jawab Rauf.

Setelah menghabiskan perbualannya. Rauf menarik nafas lega. Sungguh dia tidak sangka dengan kakak segurunya itu. Sekarang dia boleh tumpu untuk mencari Anis pula. Entah kemanalah mereka membawanya pergi.

Setibanya dia di Hong Kong, begitu ramai peminat-peminat sudah menunggu di lapangan Hong Kong itu. Masing-masing mahu bersalam dan bergambar dengannya. Dalam sesak-sesak itu, sudah menjadi kebiasaan orang-orangnya untuk menghalang dan menjaganya. Dia juga sempat untuk menandatangani dan bersalaman dengan peminatnya. Itu sebagai tanda penghargaan dia buat peminat. Situasi begini jangan haraplah dia dapat rasa di Malaysia. Hanya segilintir sahaja yang mengenali Rauf Arman. Itupun semuanya datang dari golongan elit. Ini yang membuatkan dirinya agak terkilan.

Selepas beberapa hari berada di Hong Kong, melakukan beberapa buah persembahan dan menghadiri  beberapa temu bual dengan para media di sana. Akhirnya Rauf mempunyai masa untuk berehat sebelum dia bertolak ke Perancis pula.  Kalau di Hong Kong, satu tempat yang dia tak akan tertinggal untuk pergi ialah Kowloon Park. Taman ini berdekatan dengan Masjid Kowloon. Dipenuhi dengan rimbunan pokok-pokok dan bunga-bunga. Memang sangat menyenangkan. Lantas tanpa membuang masa, dia mengeluarkan biolanya lalu dimain di taman tersebut. Orang ramai di sekitar taman tersebut yang terdengar gesekan alunan biolanya mula mengerumuninya.

Rauf terus bermain. Dia tidak peduli dengan kehadiran orang ramai. Saat dia berhenti, orang ramai bertepuk tangan. Ada yang bersalam-salaman dengannya. Baginya mengenalinya mula mendapatkan tanda tangannya. Rauf tidak lokek untuk melayan peminatnya. Tiba-tiba dalam ramai-ramai itu dia terlihat satu susuk tubuh yang amat dia kenali. Walaupun dia memakai knit hat tapi Rauf pasti dia ialah ...

"Anis!!"

Anis cuba melarikan diri. Segera Rauf mengejar lalu memaut bahu Anis.

"Lepaskan Anis!" pinta Anis.

"Look at me Anis!!" Rauf memusing tubuh Anis menghadapnya dengan kasar. "Kenapa Anis tiba-tiba menghilangkan diri dari hospital tu?"

Anis menitiskan air matanya. "Anis tak nak abang Rauf tengok Anis macam ini....Anis tak nak jadi beban abang...."

Rauf menyentuh kepala Anis. "You are not my burden....sebaliknya Anislah sumber inspirasi abang"
pujuk Rauf. Sebaik sahaja Rauf mengalihkan tangannya dari kepala Anis. Anis segera membetulkan topi knit berwarna ungunya. Topi itu sebenarnya melindungi kepalanya daripada terlihat botak.

"Anis rindu alunan biola abang...itu sebabnya bila terdengar bunyi biola, Anis laju je ke sini. Tak sangka pula abang yang main...." ujar Anis

Rauf gelak. "Tau pun rindu. So Anis berubat di sini?" tanya Rauf.

Anis diam sebentar, seketika kemudian dia mengganguk. "Abang lama lagi ke dekat Hong Kong?"

"Esok abang dah kena bertolak ke France...this whole week i pretty busy but lepas ni boleh la abang lawat Anis. "

Anis senyum. Kalaulah Rauf tahu bahawa dia sudah tidak punya masa....

No comments:

Post a Comment