"Kamu memang seorang anak muda yang berbakat Latif. Kamu berupakan aset. Bakat kamu itu adalah harta intelek yang tidak akan dapat dimiliki oleh orang lain." puji Encik Daud seorang guru muzik.
Ya. Latif Saari seorang yang amat berbakat dalam bermain alat muzik. Bagi sahajalah apa jenis alat muzik. Dia mampu kuasainya dalam beberapa hari. Di usia 17 tahun itu, dia sering diundang untuk membuat persembahan di majlis-majlis berprestij. Malah sudah beberapa kali dia keluar negara untuk mempersembahkan bakatnya. Dia terlalu pantas mengembangkan kariernya. Dia sememangnya hebat. Bayangkan dia sudah mampu menempa nama pada usia begitu muda.
Walaupun dia begitu masyur namun hakikatnya dia seorang yang pemalu. Lebih-lebih lagi dengan para gadis. Seringkali dia melarikan diri daripada bercakap dengan rakan perempuan di kelasnya. Dan jika bercakap pun dia hanya menjawab sepatah-sepatah apabila ditanya. Sebenarnya dalam diam dia meminati seorang gadis di kelas sebelah. Gadis itu pada pandangannya cukup sempurna. Berkulit putih, gayanya begitu lemah lembut, dan paling penting sekali gadis itu tidak tergedik-gedik seperti gadis lain yang cuba-cuba memikatnya.
"Suatu hari nanti akan ku pastikan kau milikku Rosnah..." Latif ketawa sambil itu dia memerhatikan gadis tersebut membeli makanan di kantin. Di kantin tersebut Latif sudah menempa satu tempat khas yang membolehkan dia bertentangan dengan Rosnah. Rakan-rakan Latif banyak kali cuba memberi semangat kepada Latif untuk cuba memikat Rosnah. Akan tetapi Latif tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dengan Rosnah. Rosnah baginya terlalu hebat untuk didekati.
"Kau nih Latif, kau tu superstar kau tahu. Masakan takut nak bercakap dengan dia?" kata Suhaib salah seorang sahabat setia Latif.
"Kau gila! Jelas sangatlah niat aku kalau aku cuba-cuba nak cakap dengan dia." Latif memberi alasan.
"Habis tu? Kalau kau tak mulakan, macam mana kau nak berkenalan dengan dia. Takkan lah sepanjang tahun kau tengok dia aja. Melepas lah kau." kata Rudi pula.
"Amboi, korang pulak lebih-lebih. Aku dah ada strategi baik punya. Aku rancang dari minggu lepas lagi. Cuma masalahnya aku nak tunggu masa yang begitu sesuai.."
Latif tahu dia tidak boleh tegopoh-gopoh dalam memulakan perhubungan. Ini perlu dilakukan dengan begitu halus,terancang agar semua plannya berjalan dengan lancar.
-----------------------------------
"Latif sudah-sudah lah bermain alat muzik kamu. Mari makan. Ibu ada masak masakan istimewa." jemput Puan Kiah, ibu kepada Latif Saari.
"Sekejap, Latif dah mula dapat rentak. Takut terlupa nanti." kata Latif yang berada di ruang tamu. Dia mengemaskan kedudukan biola pada bahunya. Apabila dia merasa selesa dia mula mengesek bow pada tali-tali biola. Mendayu-dayu alunan muzik keluar dari biolanya. Latif memejamkan matanya. Dia begitu menghayati.
"Latif, Latif. Ada seseorang mencari kamu. Perempuan!" jerit ibunya. Ibunya sebentar tadi berada di dapur laju sahaja berada di muka pintu hadapan. Latif terpinga-pinga. Aduhai, kenapalah ibunya menjerit perkataan perempuan. Dia tahu jarang sekali perempuan mencarinya dirumah. Kalau adapun anak Mak Tejah Sayur . Itu pun dia masih kanak-kanak berumur 5 tahun yang sering datang untuk mendengar dia bermain alat muzik.
Dalam hati Latif tertanya-tanya siapalah pula yang datang mencarinya. Dia melangkah malas menuju ke pintu.
Ibunya kembali ke ruang dapur dan semasa berselisih dengan ibunya, ibunya menepuk bahunya. Sambil itu ibunya sengih dan membuat tanda bagus. Latif kenal benar perangai ibunya itu. Kuat menyakat!
Terkejut besar dia apabila yang berada di hadapan pintu adalah Rosnah. Gadis yang dipuja-pujanya selalu. Ah sudah, apa mimpi dia hari ini? Dia cuba mencubit pehanya, sakit, ternyata ini bukan mimpi tapi realiti.
"Awak, saya nak pulangkan ini." Rosnah menghulurkan sebuah buku nota. " Maaflah, saya curi-curi pinjam buku awak. Sebenarnya bukan Anis yang hendak pinjam buku awak tapi saya. Saya dapat tahu awak memang hebat dalam penulisan. Itu sebablah saya pinjam." jelas Rosnah. Wah, hati Latif berbunga-bunga. Syukur pada tuhan, ia bagai satu takdir. Anis, Anis kau memang terbaik. Kau rakan aku the best of the best! Jerit Latif dalam hati.
"Oh yeke? Tak apalah." lantas dia terus mengambil buku notanya. Oh tidak. Latif terlupa dia pemalu orangnya. Tambahan pula di hadapannya ialah gadis yang paling dia minati. Mahu cakap apa?
"Terima kasih ya awak." senyum Rosnah. Senyuman yang membunuh. Latif mampu pengsan sekarang sekiranya dia tidak kuat. Hatinya berdegup-dengup . Peluh mula mengalir keluar. Dia tidak menyangka dia akan berdepan dengan situasi ini. Dia tidak bersedia langsung. Latif cuba senyum.
"Ya, ya..err..kalau nak pinjam lagi, janganlah guna orang tengah dah. Awak boleh terus datang jumpa saya." Nasib baiklah dia tidak gagap pada hari itu. Kalau tidak malu sahajalah. Kau memang hebat, Latif puji diri sendiri. Latif sebenarnya cuba berlagak tenang padahal sebenarnya dia rasa seperti dia berada di medan perang. Hatinya berdegup kencang.
Rosnah mengganguk. "Okay."
Latif tersenyum lebar di dalam hati. Yes! Tiba-tiba dia merasakan tersangat lega. Semacam satu beban telah terlepas.
-----------------------------------------------
Di dalam kelas Latif kerap tersenyum dan tersengih berseorangan. Rakan-rakannya memang hairan dengan sikap Latif.
"Kau nih kenapa? Sejak akhir-akhir nih asyik tersengih-sengih saja." Rudi menyatakan kehairanannya.
Latif pandang muka Rudi. Agak lama dia pandang tanpa berkata sesuatu. Rudi berkerut. Kenapa dengan mamat ni? Angau bercinta ke? Rudi menampar-nampar muka Latif. Tiba-tiba Latif tersedar. Dia meloncat.
"Oi! Oi! Tak ada kerja lain ke? Dok tampaq muka orang, nanti bila orang tampaq balik, menangis."
marah Latif. Rudi dan Suhaib yang juga berada di situ ketawa.
"Angau kau dah makin menjadi-jadi. Itulah, aku suruh kau jumpa kemudian bercakap dengan dia, kau tak nak. Sekarang dah jadi gila semacam." kata Suhaib.
Latif ketawa. "Sudah tidak perlu. Simpan sahaja kata-kata korang tu. Aku kini dalam proses mengenal hati budi. Sekarang, kami saling berutus surat." kata Latif dengan begitu bangga.
"Ye lah tu Latif, Ingat kami nak percaya sangatlah." Suhaib mati-mati tidak percaya. Iyalah siapa percaya, sebelum ni bukan main malu nak berjumpa, tiba-tiba sekarang berutus surat pula.
Anis mendekati meja Latif. Dia menghulur sepucuk surat kepada Latif. Latif menyambut lalu cepat-cepat menyeluknya ke dalam poket. Suhaib dan Rudi saling berpandangan. Latif mendongak sedikit dan mendada. Dia dengan bangganya berkata "Sekarang baru percaya ya."
------------------------------------------------------
Walaupun sudah lama mereka saling berutus surat. Akan tetapi hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang sahabat. Latif bermonolog.
"Sekolah sudah mahu tamat. Aku dan Rosnah masih lagi macam ini. Nak berjumpa, bagitahu aku suka dia, aku yang pula takut. Aku kena buat sesuatu."
Tiba majlis graduasi sekolahnya, Latif diminta membuat sebuah persembahan. Dia menaiki pentas. Dengan berbaju kot hitam, bertali leher kupu-kupu. Di tangan kanan, dipegang erat biolanya. Seperti biasa, dia membetulkan kedudukan biolanya. Lalu dia berkata "Khas Untuk MU." Rosnah yang duduk di salah sebuah meja didalam dewan tersebut menjadi merah muka. Dia tahu Latif merujuk padanya.
Lantas Latif memainkan alat muziknya. Sungguh mengkhayalkan. Dia bermain dengan bersungguh-sungguh.
Rosnah tunduk. Dia berasa sebak tanpa sebab. Dia mengesat airmatanya. Jauh lubuk hatinya, dia berasa sangat gembira. Dia sangat suka apabila Latif bermain biola. Tambahan pula alunan biola itu dituju khas buatnya. Dia sangat-sangat tersentuh.
Sesudah Latif memainkan biolanya,
Latif mara menuju ke mikrofon. Dia mengetuk beberapa kali mikrofon tersebut untuk mengetahui mikrofonnya itu berfungsi atau tidak. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu dihelanya.
"Selama ini mungkin awak menganggap saya tidak lebih dari seorang sahabat. Tapi saya nak awak tahu, saya kalau boleh inginkan lebih dari itu..."
Semua orang yang berada didalam dewan menjadi terpinga-pinga. Mereka tidak tahu apa yang cuba diungkap oleh Latif. Bagi LAtif, ini sahaja peluangnya. Dia langsung tidak kira apa yang akan terjadi pada dirinya selepas ini. Apa yang penting dia perlu luahkan. Luahkan perasaannya.
"Awak, mungkin masa awak menulis surat tu awak tidak rasa apa-apa. Tapi saya nak awak tahu, setiap detik, setiap huruf dan perkataan yang saya tulis pada surat-surat tu, jantung saya berdegup laju, selaju keretapi di landasannya..Saya ...sering berharap awak jatuh hati pada saya. Dan awak...Saya Nak Awak tahu saya Cinta pada Awak. Saya cinta Rosnah Azlina binti Idris!"
Semua didalam dewan tersebut terkejut besar. Rosnah berlari keluar. Dia sungguh tidak sangka. Latif yang dikenalinya itu pemalu. Ah kalaulah tiada orang sudah pasti dia juga berkata begitu pada Latif.Di luar, dia menyorok satu tempat. Di situ dia menangis. Entah mengapa dia mesti menangis dia pun tidak pasti. Adakah sebab terharu?
Latif turut berlari keluar. Ramai yang cuba menahannya sebenarnya. Tapi entah mengapa mereka melepaskan Latif begitu sahaja. Di luar dewan, Latif tercari-cari Rosnah. Apabila dia nampak Rosnah duduk bawah sebatang pokok, dia senyum. Laju menuju ke arah Rosnah. Tetapi dalam hatinya dia risau. Kalau-kalau Rosnah membenci dirinya. Rosnah akan menjauhi dirinya. Oh tidak, dia tidak sanggup.
Apabila sampai di hadapan Rosnah. Dia senyum.
"Awak...maafkan saya. Jangan menangis." Latif cuba memujuk.
Rosnah bangun, dia penepuk-nepuk pasir dan debu dipunggungnya. Dia mengetap bibir, kononnya dia marah. Tiba-tiba dia menyekeh kepala Latif. Latif menjerit sedikit. Rosnah tersenyum.
"Macam perempuan. Awak ni kan! Awak buat saya malu tahu tak. Depan cikgu-cikgu, kawan-kawan...ee geram saya." Rosnah cuba buat-buat marah.
"Saya cuba nasib. Tapi tak sangka umpan tak mengena." Latif bagai mengalah.
"Siapa kata tak mengena?" muka Rosnah menjadi merah.
"Hah?" Latif buat-buat tidak faham.
"Amboi dia, sudahlah malukan orang. Sekarang buat-buat tak faham pula? Saya pun cintakan awaklah. Sejak dari hari pertama kita berutus surat." kata Rosnah.
Latif senyum girang lalu dia melompat. Sudah lama di tunggu saat-saat ini. Akhirnya Rosnah menerima cintanya. Sudah pasti selepas ini dia akan menjaga Rosnah sebaik-baiknya sehingga hujung nyawa.
---------------TAMAT--------------------
No comments:
Post a Comment