Sunday, April 22, 2012

Alunan - part 32




"Kyaaa!!! Apa ni!!!" jerit Adi. Semua peserta melihat Adi. Adi senyum terpaksa. " Maaf, maaf" dia menunduk-nundukkan tubuhnya seperti orang jepun memberi salam. Mukanya tampak gelisah, manakan tidak dia melihat klarinetnya tiada dalam woodcasenya. Dan yang paling menyakitkan hati, ia digantikan dengan harmonika. Harmonika!!? Bila masa pula ia boleh sesat di dalamnya. Hantu apa lah yang dengki sangat dengannya. Toyol? Apa kejadahnya toyol curi seruling? Nak main? Poorah, pakai baju pun tak reti.

Adi kian resah. "Macam mana ni. habislah aku...lepas ni giliran aku dan Kak Sarah nak buat persembahan.." Adi mengaru-garu kepalanya. "Betullah kak Sarah cakap! Ini mesti kerja Peter..tapi macam mana dia buat?" fikir Adi.

"Hei, kenapa ni? Akak tengok macam orang kematian biawak je." tegur Sarah. Sarah melihat woodcase Adi yang terletak diatas sebuah bangku disitu. Sarah menahan gelak. "Amboi, kamu nak main guna harmonika ke?" tanya Sarah. Adi memberi pandangan tajam kepada Sarah. Sarah senyum. "Nak marah akak pula? Kamu ada bawa flute kan?"

"Tak! Buat apa pula saya bawa dua alat musik..!?" dengus Adi. "To be a professional, Adi kena ada buat persediaan awal tau. Sepatutnya Adi kena ada backup alat musik..." ujar Sarah. 

"Sudahlah, mesti Peter punya kerja kan? Tapi macam mana pula dia buat?...HAAA! Mesti time Adi pergi tandas tadi! Mamat tu, sempat dia ye!" marah Adi.

"Why not u just try this harmonica?" cadang Sarah. "Hah? Boleh blend ke melodi dia?" tanya Adi. 

Sarah mengeleng-geleng kepalanya. Dia lihat wajah Adi dengan lama. Seketika kemudian baru dia cakap. "Adi lupa ke apa yang cikgu ajar?  Untuk mendapatkan keserasian tak semestinya kita perlu mempunyai pertalian darah yang sama tetapi hati ini, Kunci keserasian adalah hati kita. Bila dalam hati kita rasa ianya serasi..maka serasilah, kalau rasa tidak maka tak lah ia. Begitu juga bila kita main alat musik, Tak semestinya piano hanya boleh berganding dengan biola,flute, dan alat okestra yang lain saja kan? Mungkin boleh main bersama Sape? Siapa tahu kan? Janji hati itu perlu percaya." ujar Sarah.

Adi berkerut. "Rasanya cikgu hanya cakap sampai kunci serasi adalah hati kita.. Yang bahagian piano ganding Sape tu takde plak Adi dengar.." ujar Adi sambil ketawa kecil. Sarah mencebik. "Diamlah kau, cepat giliran kita tu... Adi, percayalah pada akak..Even harmonica sekalipun Adi pasti boleh bermain dengan baik." Sarah menaikkan semangat kepada Adi. 

"Heh, siapa kata Adi tak pandai main harmonika..if akak kata piano boleh blend dengan harmonika itu dah cukup meyakinkan Adi." Mereka sama-sama naik diatas pentas. Sebelum memulakan persembahan Adi membisikkan sesuatu di telinga Sarah. Sarah angguk lalu dia mengambil tempat di piano. Penonton mula teruja untuk melihat persembahan mereka. Terutamanya Adi. Tempoh hari dia berjaya mendapatkan perhatian penonton. Adi menyenteng lengannya sedikit, ini kerana baju kot yang dipakai agak menyukarkan lengannya untuk diangkat. Ketat. Apabila melihat ditangan Adi adalah harmonika, penonton menjadi terkejut. Mereka sangka Adi akan main seruling.  

Adi mula meniup harmonikanya. Melodi yang dimainkan sangat lembut dan mendayu. Dia bermain dengan baik walaupun sudah beberapa tahun dia tidak bermainnya. Seketika kemudian Sarah pula memainkan pianonya. Seiring melodi mereka berdua. Gadingan yang mantap. Setelah selesai persembahan walaupun tidak dapat Standing Ovation seperti tempoh hari tetapi mereka mendapat tepukan yang sangat gemuruh. Sarah dan Adi maju ke hadapan pentas lalu tunduk menerima penghormatan mereka. 

Selepas persembahan mereka, Peter dan Natasha Galina pula membuat persembahan. Mereka juga mendapat tepukan yang gemuruh. Mereka berdua memang hebat. Turun sahaja dari pentas, Peter menemui Sarah. "Alice, Adi.. good joob..nicely done!" puji Peter. Adi berpaling, kononnya protes untuk tak bercakap dengan Peter. Peter hairan. "Alice, kenapa dengan dia?" tanya Peter. Sarah senyum-senyum. "Adi..oo Adi..Akak tipu kamu je. Truth is akak yang tukar flute kamu dengan harmonika bukanya Pete." terang Sarah. Peter dan Adi sama-sama membuat terkejut. Adi memberikan jelingan tajamnya.

"Hei, Alice..nakal you ni ye? You burukkan nama I nih.." ujar Peter. "Kenapa pulak akak buat camtu? Patutlah akak cool je..." tanya Adi pula. "Ehehe, jangan marah. Saja nak akak buat camtu nak tengok tahap Adi handle situasi macam ni. Tapi bila akak tengok Adi tenang je. Akak pun jadi lega." ujar Sarah sambil sengih macam kerang busuk lagi basi. "And you plak Pete, sorry sangat-sangat. I jadikan you antogonis tuk plan I nih." tambah Sarah lagi.

Peter geleng kepalanya. "Its okay, you sejak dari dulu suka sangat buat plan tak senonoh." seloroh Peter. Adi mengeluh. Dia tidak faham apa yang bermain dalam minda Sarah. Sarah yang dikenali semasa dia kecil adalah berlainan. Dahulu Sarah seorang yang pendiam, berbeza dengan sekarang. Licik! Ada sahaja perkara yang dirancang oleh Sarah.

Setelah selesai persembahan, dua kumpulan yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya adalah kumpulan Peter,Natasha dan Sarah,Adi. Sarah menarik nafas lega dengan keputusan tersebut. Rancangannya mengikut apa yang difikirkannya. Selepas ini bolehlah dia menarik diri pula. Maka dengan itu sudah pasti antara tiga tempat itu akan menjadi milik Adi. Kemudian bila nama Adi sudah naik, tanpa ragu-ragu lagi mereka boleh membuat konsert bersama seperti yang diingini arwah guru mereka. 

"Saya nak akak bertanding sekali dalam peringkat akhir!" pinta Adi. "Jangan risau, saya tak akan kalah dengan Peter, Natasha mahupun Akak sendiri. Saya akan pastikan esok, sayalah yang akan mendapat tempat yang pertama tu..." tambah Adi sambil menampilkan muka yang bersemangat dan bercita-cita tinggi.

"Kalau tewas?" tanya Sarah. Adi membuat isyarat "tidak" dengan jari telunjuknya. "Tak akan berlaku punya...Kalau tewas pun saya rasa plan akak tetap berbuahkan hasil sebabnya saya dah jadi bualan orang sejak tempoh hari...saya kan terer." ujar Adi. Sarah menyekeh kepala Adi perlahan.
"Perasan.."




Balik sahaja rumah Adi terus mencari katil. Penat. Dia mendepakan tangannya. Lalu menjatuh badannya kebelakang ibarat mahu terjun bungee jumping. Tubuhnya terbenam di katil. Ahh..tilam dirasakan begitu empuk. Dia menguling-guling tubuhnya. "Seroonooknya tidur!!!"

Adi mula berangan. Matanya tidak berkedip langsung. Dia memikirkan saat kegemilangannya kelak. Akan datang pasti orang ramai menyebut-nyebut namanya. Didada akhbar juga tidak putus-putus membuat artikel mengenainya. Dijemput kesana-kemari untuk membuat persembahan. Kalau dah terlalu banyak nanti, dia fikir dia perlu demand. Siapa yang bayar lebih, dialah yang menjadi first choice. Adi senyum seorang diri. Malahan di masa kegemilangannya nanti, Rauf akan menangis melutut melihat dia lebih berjaya. IN YOUR FACE! Dulu kau kata aku tak hebat kan? Sekarang kau tengok! Silap hari bulan nama kau akan tenggelam di balik nama aku. Adi gelak berdekah-dekah...

Sarah. Ada sebab dia menyuruh Sarah tidak menarik diri. Sebabnya, dia mahu Sarah juga tewas ditangannya. Kalau dengan Sarah pun dia tidak berjaya tewaskan manalah layak dia digelar anak murid cikgu Latif Saari no.1....Esok, esoklah hari permulaan buat segalanya....Kebangkitan lelaki bernama Adi Zikri.


Keesokan harinya, Hari terakhir pertandingan. Empat peserta akan berentap untuk mendapatkan gelaran juara.  Masing-masing dengan bakat mereka yang tersendiri. Semuanya hebat belaka. Peter dan Sarah adalah contoh terbaik. Dua-dua sudah menempa nama di peringkat global.

"Alice, boleh I cakap sesuatu?" Rauf membisik perlahan di telinga Sarah. "Apa dia?" tanya Sarah. Perasaan ingin tahunya melonjak. Dia kenal dengan Peter. Jika dia Peter membisikkan sesuatu ditelinga pasti ada sesuatu yang tidak menyenangkan lelaki tersebut. Peter menunjukkan jarinya kearah Adi yang tidak jauh dari situ. Leka bersiul sambil membersihkan klarinetnya. Sarah mengerut. "Kenapa you tunjuk dia?"

"Dia akan mabuk kalau hati dia benar-benar tak kuat.." ujar Peter. Jelas ayatnya berkias. Dia seperti mahu memberi amaran. Malangnya ia tidak difahami oleh Sarah. "Mabuk? Apa you cakap ni? I tak faham? Mabuk tunggang arak ke?" tanya Sarah. "Bukan mabuk tu...Tak apalah..You akan faham nanti.." kata Peter sambil berlalu dari situ. Sarah kehairanan, apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Peter sebenarnya?

Pertandingan itu berakhir dengan kemenangan diperolehi Adi. Sememangnya mengejutkan. Adi dilihat semakin hebat. Itu tidak dapat dinafikan. Walaupun klarinet bukanlah alat musik pilihan Adi malahan baru-baru ini sahaja dia cuba untuk memahirkannya tetapi pada hari ini dia berjaya mencuri perhatian para juri dan penonton-penonton yang hadir. Menewaskan 3 orang jaguh yang ternama benar-benar sesuatu yang luar biasa. Berpusu-pusu para wartawan mengerumuni Adi. Adi tersenyum-senyum. Dia bangga dengan dirinya. Dia pun tidak sangka dia mampu bermain klarinet dengan baik. Sangat-sangat baik. Tetapi apa yang pasti, dia telah menewaskan Sarah. Target pertamanya sudah tercapai.

Di tengah-tengah kesibukan melayan para wartawan, Sarah menerima panggilan daripada Liyana. Liyana berhasrat untuk mengucap tahniah pada Adi. Bila ditanya mengapa tidak menghubungi terus ke telefon Adi. Liyana memberitahu telefon Adi dimatikan. Sarah mendekati Adi lalu menghulurkan telefon. "Liyana".  Adi menepis. "Akak tak nampak ke saya tengah sibuk layan wartawan!!? Akak boleh tolong jangan ganggu tak." jerit Adi di hadapan para wartawan. Sarah tersentak. Baru sekarang dia faham apa yang dimaksudkan Peter.

"Liyana..akak nak minta maaf."

"Tak apalah akak, saya dengar.. dia sibuk..Juaralah katakan." Liyana mematikan telefonnya.

Sarah menjeling ke arah Adi. Tersengih-sengih menjawab soalan wartawan. Benci!!  Tidak lama kemudian, Sarah menerima lagi panggilan. Nombor yang tidak dikenali. Segera dia menjawab.

"Elisa Sarah kan? Tahu tak Rauf Arman sudah hilang? Tak ada siapa tahu kemana dia pergi. Kali terakhir orang nampak dia, di Pulau Pinang."

Sarah membulatkan matanya. Hilang??? Rauf Arman hilang?....

Tuesday, April 17, 2012

Alunan part 31



Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Musicverein menjadi sesak dengan kehadiran tamu-tamu luar para bangsawan,golongan seni, peminat musik, pelancong asing dan sebilangan orang ternama. Semuanya tidak mahu terlepas dengan acara yang julung-julung kali diadakan itu. Adi menjadi gugup dengan keramaian itu. Wajahnya jelas terpancar kecuakan. Mukanya pucat habis.

Setelah mendaftarkan diri, mereka dibawa ke bahagian dalam dewan musik yang diberi jolokan sebagai Dewan Emas atau masyarakat di sini memanggilnya sebagai Goldener Saal. Adi terpana dengan hiasan dalamannya yang begitu mempersonakan. Ianya sebuah dewan yang cukup indah. Diselaputi dengan warna keemasan. Gantungan lampu chandeliar yang berkilau. Dia merasakan cukup bertuah untuk berada disitu.

"Alice! How are you darling..Sihat sahaja?" seorang lelaki kulit putih berambut belah tepi dan berambut perang muncul menegur Sarah. Wajahnya yang tampan dan kelihatan muda boleh dianggarkan sebaya dengan umur Sarah iaitu 26 tahun. Sarah tiba-tiba menjadi tersipu-sipu malu apabila melihatkan jejaka tersebut.

"Ah, Pete..i sihat..You pun ambil bahagian ke?" tanya Sarah. Peter mengangguk. Dia mengukirkan senyuman yang mampu mencairkan setiap gadis. Ditambah pula lesung pipit yang berada di wajahnya. Sememangnya memukau mana-mana gadis yang melihatnya. "Ah ye, Adi this is my friend, Pete namanya. Fasih berbahasa melayu tau. Peter ini Adi." Sarah memperkenalkan Adi kepada Peter.

"Hi, Pig..."  Adi menghulur tangan untuk bersalaman.

"Hey...hey not Pig! Its Pete..P.E.T.E..Pete(Peet)!" marah betul Peter apabila namanya disalah sebut.

"P.E.T.E..Pig kan? Betullah" Adi tidak mahu beralah. Dia rasa dia menyebut dengan betul.

"NO! its different!! Bunyi lain!! Ah..just forget it... just call me Peter.." cadang Peter. Sarah ketawa kecil. Baginya situasi itu agak kelakar. "Pete, I tak tahu pulak you nak ambil bahagian sekali. Kalau awal-awal I tau, I pakai lagi lawa dari hari ini tau." Sarah berseloroh.

"My darling Alice, you pakai apa pun tetap lawa." puji Peter. "I saja nak masuk. Iyalah this is first time competition like this to be held. You pun apa kurangnya? Dah jadi Diva pun masih mahu join" sambung Peter lagi.

"Apalah you ni...I bukan Divalah..Actually I pun macam you juga, saja nak ambil pengalaman masuk pertandingan macam ni.." tutur Sarah. Dia menipu Peter. Sebenarnya dia tidak berminat untuk menyertai cuma kerana ingin membantu Adi sahaja yang membuatkan dia terpaksa menyertainya. Dia jeling ke arah Adi. Adi membuat mata keatas. Penipu. Kata Adi dalam hati.

Seketika kemudian penganjur memberi isyarat kepada semua peserta agar berkumpul di satu tempat. Setelah diberi taklimat dan pengundian, akhirnya pertandingan pun bermula. Jika dikira jumlah kira-kira 30 orang peserta dari pelbagai negara yang mengambil bahagian. Sebahagiannya amat dikenali oleh Sarah. Boleh dikatakan mereka-mereka itu sudah punya nama tersendiri dalam industri musik.

Seorang demi seorang naik ke pentas membuat persembahan mereka. Ada yang bermain biola, harp,piano, tidak kurang juga yang bermain alatan musik tradisional mereka seperti angklung dan Erhu. Masing-masing kelihatan seperti tidak mahu kalah. Dan kelihatan Peter dan Sarah juga berjaya membuat persembahan yang begitu hebat.

 Adi semakin cemas. Tidak lama lagi gilirannya pula untuk bermain. Mampukah dia? Peluh mula merembes keluar. Rasa seperti hendak pitam pula fikir Adi. Kedengaran namanya telah disebut. Ahh...Ya Allah, selamatkan daku. Dia melangkah perlahan menuju ke pentas. Kakinya sudah rasa goyang. Macam nak tercabut pula kepala lututnya ini. Jangan salahkan dia pula kalau dia terkencing atas pentas nanti. Dia benar-benar tidak biasa dengan semua ini. Jantungnya mula berdegup laju. Umpama kelajuan keretapi Shinkansen ditambah sound efek bunyi keretapi steam. Gila!

Kini dia berada diatas pentas. Semua mata memerhatikannya. Semuanya tertunggu-tunggu alunan musik dari Adi Zikri.

"Jangan cemas.Kamu boleh lakukannya." tiba-tiba suara seseorang membisik lembut ke telinganya. Entah dari mana datangnya suara itu. Suara itu sangat dikenalinya. Itu suara cikgunya. "Tunjukkan pada dunia bakat kamu. Tunjukkan pada mereka lantunan musik yang sebenar. Tawan hati mereka. Permainankan jiwa mereka..Kamu boleh lakukannya." kata suara itu lagi.

Perasaan cemas Adi mula berkurangan. Bayangan cikgunya tiba-tiba muncul di tepinya. Cikgunya itu  pegang sebelah tangan Adi seperti memberi isyarat. Adi mengangguk. Perasaan semangatnya mendadak naik. Dia menghelakan nafasnya.

 "Sekarang!!" serentak suaranya bersama suara cikgunya bercakap. Adi mula meniup serulingnya. Jari-jemarinya begitu lincah bermain. Sebuah alunan musik yang cukup mempesona mula bergema di dalam dewan musik tersebut. Tiada seorang pun didalam dewan tersebut mampu mengerdipkan mata mereka. Semuanya telah terpukau. Adi terus khayal bermain. Entah mengapa dia bagai diberi kekuatan luar biasa. Dia bermain dengan sendirinya. Di atas pentas itu kini dia merasakan bagai itu bukan dirinya. Melodi yang dimainkannya sungguh membuai-buai. Ada kalangan penonton mengalirkan air mata. Ia merupakan musik yang benar-benar meruntun hati......



"Cikgu!Cikgu! Saya perlukan nasihat cikgu!" rayu Adi.

"Nak nasihat cikgu?" tanya Latif sambil menanda sesuatu diatas note musik yang dipegangnya.

"Andai kata saya takut bila membuat persembahan atas pentas apa yang perlu saya lakukan? tanya Adi. "Janganlah cemas. Adi kena yakin. Cikgu bagi tips ye. Selalunya cikgu akan cakap macam ni bila setiap kali cikgu nak buat persembahan. Tunjukkan pada dunia bakat kamu. Tunjukkan pada mereka lantunan musik yang sebenar. Tawan hati mereka. Permainankan jiwa mereka! Bila cikgu buat macam tu cikgu akan peroleh kekuatan luar biasa...Adi boleh tiru kalau Adi nak." nasihat Latif. Adi berkerut. Sikit pun dia tak faham.

"Erm..tak apalah cikgu.." Adi mengeluh kecewa. Soalannya bagai tidak terjawab.

Mungkin satu ketika dahulu ia bukanlah jawapan yang dicari Adi tapi kini kata-kata itulah penyelamat dirinya. Benar kata cikgunya. Ia memberi kekuatan yang sangat luar biasa baginya. Sejurus selepas dia berhenti bermain. Seluruh penonton yang berada didalam dewan tersebut bangun dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada Adi. Mereka cukup terharu dengan lantunan musik yang dimainkan Adi. Adi tersenyum gembira. Sejarah baru akan bermula.. Bintang baru akan lahir. Terima kasih Ya Allah! terima kasih Cikgu!!

Turun sahaja dari pentas, ramai yang ingin bersalaman dengannya. Semua ingin memuji persembahannya. Adi menjadi tersipu-sipu. Sarah merapati Adi lalu menepuk belakang Adi perlahan.

"Good Good Good Goood Job!!! Macam tulah anak murid cikgu Latif!!" puji Sarah sambil membuat tanda bagus. Adi sengih sambil mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal. "Did i misheard? I thought there are only 2 protege of Latif Saari." Peter secara tiba-tiba muncul di belakang Adi.

"Owh, sorry Pete,  I lupa nak cakap tadi...Yes..Adi Zikri ni adik seguru I. Dulu dia bawa haluan dia sendiri. Sekarang baru dia nak berjinak kembali dengan dunia musik." terang Sarah. Peter melihat wajah Adi dalam-dalam. Lelaki ini sungguh luar biasa fikir Peter. Sekiranya dia tidak berhati-hati dia akan tewas dalam pertandingan ni. Ini tidak akan berlaku. Walau apapun dia mesti menang.

Setelah selesai semua peserta membuat persembahan mereka. Sarah dan Adi disahkan layak untuk ke peringkat seterusnya. Macam apa yang dirancang oleh Sarah. Peter juga tidak terkecuali. Peringkat kedua akan berlangsung dua hari selepas itu. Mereka diberi peluang untuk berlatih dengan rakan duet mereka dalam tempoh tersebut. Selepas pertandingan pada hari itu. Adi dan Sarah duduk berbual disebuah cafe.

"Ceh...ingatkan Pete akan pelawa akak jadi rakan duet dia.!" dengus Sarah sambil mengacau kopi dengan pantas. "Laa, bukan akak plan nak duet dengan saya ke?" tanya Adi kehairanan. "Memanglah,.." jawab Sarah perlahan. "Dah tu?" Adi merenung wajah Sarah. Sarah mencebik. "Ah, sudah la kamu tak faham..Actually dulu kami pernah couple masa belajar dekat universiti." Sarah memulakan ceritanya.

Adi terkejut. Hampir-hampir dia menyembur air yang diminumnya. Couple? Dengan Mat Salleh tu? Sarah perasan muka Adi yang terkejut. "Hei..hei kamu ni kenapa? He is my first love okay. Pete dan akak sama-sama minat musik. Dekat U dulu akak dengan dia selalu membuat persembahan bersama. Akak main piano dan dia main biolanya. Sweet sangat!" tersengih-sengih Sarah menceritakan saat dia bersama Peter. Adi terasa meluat pula mendengarnya.

"But one thing akak perlu bagitahu kamu. Kamu tahu tak sapa yang berduet dengan Pete? Namanya Natasha Galina. Kamu dah tengokkan persembahan dia? Gaya dia main piano sangat bersahaja..Dia sangat terkenal di Rusia. Dan Pete pula, jenis orang yang tidak mahu kalah. Dia juga mungkin akan guna trick yang kotor untuk kalahkan siapa-siapa yang halang dia untuk berjaya. Kamu kena hati-hati sebab akak tengok dia pandang kamu semacam." nasihat Sarah.

"Hah!? Trick kotor!? Macam mana plak akak boleh tuduh dia akan buat camtu??" Adi berkerut dahi. Sebenarnya exboyfriend Sarah ni orangnya macam mana???

"Akak tahulah sebab dulu akak dengan dia memang suka kenakan orang...Dan akak pasti dia akan guna cara yang sama macam dulu.." ketawa Sarah bagai menghalalkan tindakan lelaki itu.

"Macam manalah akak boleh melekat dengan orang macam tu?"

"Sebenar that's the only one bad side of his. Selain itu dia sangat baik. Mungkin nampak macam jahat tapi kamu jangan risau dia takkan benda-benda bodoh macam bunuh atau mencederakan orang. Cuma cara yang dia akan gunakan tu sedikit nakal. You will shock! So be prepare." kata Sarah.

Adi semakin pening. Walaupun tahu Peter akan guna cara kotor tapi Sarah masih boleh ketawa bagai. Adakah Sarah betul-betul serius nak naikkan namanya. Dan apa pula cara kotor yang Peter akan guna kelak? Adakah ia betul-betul berlaku? Kalau macam ini mungkin peluang mereka untuk mendapatkan tempat ke peringkat ketiga menjadi tipis.....

Sunday, April 15, 2012

Alunan - part 30



"Apa? Pe..pertandingan musikal!?" Adi tercengang. Kenapa tiba-tiba Sarah baru memberitahunya. Dia belum cukup bersedia. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

"You have 1 weeks untuk bersedia. Lepas tu kita sama-sama akan berentap dalam pertandingan tu. Ingat ini pertandingan yang besar tau. Semua pemuzik handalan akan berkumpul untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik dalam dunia musik." jelas Elisa Sarah.

"Tapi..Kak Sarah..saya masih hijau. Banyak benda yang perlu saya belajar. Tak akanlah secara tiba-tiba saya dimasukkan sekali dalam pertandingan tu. Malulah saya nanti." ujar Adi. Sarah gelak besar. "Hei, apa ni? Belum cuba belum tau. Lagipun akak dah plan dari dulu dah, dengan cara ini nama kau akan dikenali." ujar Sarah.

"Hah? Plan? Sejak bila akak plan?" tanya Adi. Sarah sengih. "Sejak kita buat persediaan untuk konsert arwah cikgu tempoh hari. Sorry. Akak rancang dengan uncle Robert masa tu. Akak fikir its better kalau Adi juga punya nama dalam industri musik kita nih. Akak tak mahu orang meragui kamu. Lagi satu, masa itu, Adi juga masih merangkak-rangkak untuk memulakan kembali apa yang Adi tinggalkan dulu kan? Mustahil semasa konsert nanti Adi akan perform yang terbaik." ujar Sarah panjang lebar. Adi mengangguk. "Ye, ianya secara tiba-tiba. Masa tu saya tak boleh kata tak mahu. Sebabnya arwah cikgu dah banyak terluka kerana saya..Tak akanlah permintaan terakhir arwah ini juga saya mahu tolak.." Adi tunduk. Matanya bergenang setiap kali terkenangkan arwah gurunya Latif Saari.

"Selepas 1 minggu nanti, akak bawa kamu ke Musicverein. Kita akan bertanding di dalam Golden Hall. Salah satu dewan musik yang paling berprestij dalam dunia ni. Dalam pertandingan tu ada tiga peringkat. First, Adi akan bermain musik secara solo. Jika berjaya dalam peringkat pertama maka Adi akan proceed ke peringkat kedua pula. Peringkat kedua Adi perlu berganding dengan peserta lain. Which is me going to have duet with you." kata Sarah sambil gelak.

"Itupun kalau akak berjaya lepas peringkat pertama."Adi mencelah.

"Diamlah. Okay, then dua kumpulan yang terbaik akan dipilih  untuk proceed ke peringkat ketiga. Peringkat ketiga sama dengan peringkat pertama. Bermain secara solo. According tu my brilliant plan, akak akan tarik diri masa peringkat ketiga kelak. Maka masa tu bergantung pada Adi untuk dapat first place, second place or the third place.." ujar Sarah menerangkan serba-serbi mengenai pertandingan yang akan disertai mereka berdua kelak. Adi tersenyum. Begitu besar sekali pengorbanan Elisa Sarah buat dirinya. Sanggup dia menarik diri semata-mata ingin melihat dirinya berjaya. Sedikit sebanyak sikap guru mereka itu ada terdapat pada Elisa Sarah.

"Erm..Saya nak tanya akak ni, Rauf tahu ke akak plan semua ni?" tanya Adi untuk mendapatkan kepastian. Dia ingin tahu kalau-kalau Rauf bersetuju dengan rancangan menaikkan namanya. Kalau lelaki itu juga terlibat dengan perancangan ni maka ia agak mengejutkan.

"Sikit. Akak ada telefon dia hari tu. Akak explain serba sikit tapi akak tak terangkan semua. Kalaulah dia tahu akak buat semua ini untuk kamu pasti dia marah. Haih. " Sarah mengeluh. "Kamu berdua ni sejak dari dulu memang tak boleh nak ngam."

"Mamat bajet bagus tu sememangnya mempunyai sifat yang menjengkelkan." Adi berkerut marah. Hatinya sentiasa panas bila teringatkan musuh tradisinya itu. Entah apalah yang diberangnya tetapi setiap kali berjumpa memang dia akan berasa sakit hati. Mungkinkah disebabkan cemburu?

"Adi, betulkah kamu tak kenal siapa Liyana tu?" tanya Sarah. Adi tersentak. Eh? Tiba-tiba pula sebut  nama anak gadis tu. Aneh.  "Tak, kenapa? Akak kenal ke?" Adi mengeleng kepalanya.

"Sebenar, akak.." belum sempat Sarah menghabiskan butir bicaranya terlebih dahulu Robert mencelah. "Sarah ada appoimentkan hari ini ? Kenapa tak pergi lagi?" tanya Robert. Sarah melihat jam tangannya. "Eh..yelah..ahaha, sorrylah Adi, nanti kita sembang lagi." kelam kabut Sarah dibuatnya. Dia segera meninggalkan kawasan apartmen.

Adi memikirkan sesuatu.Mungkinkah Sarah mengetahui latar belakang Liyana? Perasaan ingin tahu Adi membuak-buak.

                                       *************

Satu minggu merupakan tempoh yang singkat. Adi takut jika dia tidak sempat untuk menajamkan bakatnya. Bertambah sukar apabila ketiadaan Liyana selaku penterjemahnya. Lambat untuk dia faham segala tunjuk ajar yang diberikan Viston. Apapun dia tetap akan berusaha untuk pertandingan itu kelak. Dia tidak mahu menghampakan Sarah. Sarah sudah banyak berbakti untuknya.

Dia difahamkan oleh Viston bahawa pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu merupakan sebuah pertandingan yang besar. Pada hari tersebut, seluruh dunia akan perhatikan Vienna. Ini bermakna dunia juga akan melihat dia. Argh, begitu menakutkan. Berada di sebuah dewan musik yang besar dan memainkan alat musiknya dihadapan ribuan orang. Ia memang sesuatu yang mampu mengecutkan usus perutnya. Tambahan pula ini merupakan kali pertama dia membuat persembahan di atas pentas. Bagaimana kalau dia terkucil gara-gara terlampau gementar. Ia memalukan!!

Adi menampar-nampar kedua pipinya. Sedar! Sedar! Jangan fikir bukan-bukan, kau tu anak murid seorang pemusik tersohor tanah air. Lagipun kalau ini pun kau tak mampu untuk hadapi bagaimana kau nak tewaskan Rauf. Kau mampu Adi! Adi memotivasikan dirinya sendiri.



"Rauf! Tak usah kau berlagak sangat dengan aku. Kau ingat aku kisah ke kau buat persembahan dekat shopping mall tu! Sikit pon aku tak hairan!!" Adi menjelir lidahnya. Tidak padan dengan tubuh yang kecil bila bercakap mahu gah sahaja. Ada sahaja perkara yang ingin dia gaduhkan bersama Rauf.

Rauf jeling. Dia senyum sinis. Sambil itu dia membersihkan biolanya supaya kelihatan bersih dan berkilat. Melihatkan Rauf tak berkata apa-apa, Adi menjadi lebih sakit hati . "Hoi! Cakaplah sesuatu!!" jerit Adi lantang. "Tak ada gunanya aku bergaduh dengan si dungu macam kau. Tak matang langsung." ujar Rauf. "Daripada bergaduh meh sini aku ceritakan sesuatu."

"Hah!?" Adi terkejut. Selalunya Rauf tidak macam ni. Dia mendekati Rauf. Lantas dia duduk bersebelahan dengan Rauf. Rauf berterusan mengosok biolanya. Dia membuat seolah-olah Adi tiada disitu. "Hei! Tadi nak cerita sesuatu! Cepatlah cerita!" kata Adi berang.

"Kau tahu tak kenapa aku lebih suka duduk dekat rumah ni berbanding dengan rumah aku?" Rauf mula membuka mulut. Adi mengeleng kepalanya. "Manalah aku tahu! Mungkin sebab rumah kau ada hantu kot? Rumah cikgu tak ada." Adi gelak besar.

"Kepala hotak kau! Jangan teka bukan-bukan boleh tak?"

"Kau tanya aku, aku jawablah. Haha"

Rauf mengeluh. Pening kepala melayan karenah Adi. Dia berhenti melakukan aktivitinya. Kemudian dia pandang tepat pada wajah Adi.

"Aku benci dengan mak ayah aku. Mereka hanya memikirkan kerjaya berbanding aku. Kau tengoklah kalaupun aku tinggal disini selama seminggu ada diorang ambil kisah? Tak ada! Diorang buang aku." Rauf meluahkan perasaannya.

Adi melontar pandangannya ke luar laman. "Sekurang-kurang kau ada mak ayah. Aku tak pernah rasa macam mana perasaan punya mak ayah."  

"Kau tahu apa? Kau tak rasa perasaan dipinggirkan. Diabaikan! Ia...ia sangat sakit.." Rauf meraut dadanya. Dia menangis. Adi senyap. Dia membiarkan sahaja Rauf menangis. Adi fikir apakah dia lebih beruntung daripada Rauf? Tapi dia tak punya mak ayah. Mereka kata mak ayahnya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan. Entah bagaimanalah rupa mak ayahnya......

"Hei, kenapa nangis-nangis nih?" tanya Sarah. Sarah menghampiri Rauf. Dia mengosok belakang Rauf. "Tadi akak terdengar perbualan kamu berdua. Jelas kamu berdua bercerita mengenai ibu dan ayah kan? Hendak tahu sesuatu? Ayah akak seorang pemabuk, baran, kaki pukul. Ibu akak dah lama meninggal. Sebelum akak dan adik beradik akak dihantar ke rumah jagaan anak-anak yatim dulu, akak dan adik beradik yang lain sering sahaja dipukul oleh ayah. Sepanjang hari kami berdoa supaya ayah ditarik nyawa. Tapi kemudian sesuatu telah berlaku. Ayah menjadi seorang yang lain.  Pada hari itu dia menangis. Dia peluk kami.Dia merayu untuk dimaafkan. Dia sempat berpesan pada akak dan adik beradik akak, supaya jangan jadi macam dirinya. ...Lepas tu lintah darat muncul. Ayah akak segera menyembunyikan kami dalam kabinet di dapur. Kami lihat ayah bertengkar dengan orang-orang jahat tu. Kemudian ayah akak ditikam mati. Masa tu baru akak sedar betapa berharganya punya ibubapa...." cerita Sarah. Dia mengesat airmata yang jatuh mengalir di pipinya.

"Apapun kita masih mempunyai Cikgu yang boleh kita anggap sebagai mak ayah kan? Dan.." Sarah segera mengambil tangan Rauf dan Adi. Dia merapatkan tangan mereka didalam gengaman kedua tangannya. "Selagi kita bertiga kekal bersama, itu pun sudah memadai." tambah Sarah lagi.

"Jangan risau, selagi Adi tak kalahkan Rauf maka selagi itu Adi akan berada disini." kata Adi pada Sarah. Sarah tersenyum. Rauf mencebik.

Friday, April 13, 2012

Alunan - part 29



Rauf cuba-cuba untuk mencari jalan keluar di balik kabus tebal yang menyebulunginya. Mukanya pucat  lesi tampak tidak bermaya. Peluh-peluh mula merembes keluar. Nafasnya tercungap-cungap. Tiba-tiba dibalik kabus yang tebal itu dia terlihat susuk tubuh yang dikenalinya. Lantas dia menjerit.

"Anis!!" akan tetapi jeritannya itu tidak berhasil. Anis meninggalkannya. Dia berlari menuju ke arah Anis. "Anis tunggu!!"

Kabus tebal menghilang. Dia dapati dia berseorangan di dalam kegelapan. Dia terduduk. Dia menangis. Entah mengapalah dia berasa sungguh takut. Badannya mengigil kuat. Suasana dirasakan sangat dingin.

"Tuan! bangun tuan!" Fikri cuba membangunkan Rauf. Rauf akhirnya tersedar dari mimpi. Dia segera duduk. Cepat-cepat dia beristighfar. Dia lihat muka Fikri. Fikri sengih. "Maaf Tuan, tadi masa tuan tidur tuan jerit-jerit, siap mengeletar lagi tu..Itu sebab saya kejutkan tuan."

Rauf membaringkan tubuhnya kembali. Dia menarik selimut yang terluncut jauh dari tubuhnya itu. "Dah, keluar dari bilik aku. Nak tidur pun tak senang." Faham benar Fikri akan perangai bossnya itu. Sentiasa tegas tapi sebenarnya berjiwa lembut.

Pagi itu Rauf menerima panggilan dari seseorang. Meminta ia pulang ke Malaysia kerana ada perkara mustahak hendak diberitahu. Rauf cemas. Dia tahu sesuatu sudah terjadi sebab orang yang menghubunginya itu adalah salah seorang daripada ahli keluarga Anis. Cepat-cepat dia booking tiket dari Australia ke Malaysia. Sepanjang dalam flight itu dia berdoa. Keresahan menguasai dirinya. Dalam mindanya hanya memikirkan Anis sahaja.

Sampai sahaja di Malaysia segera dia mengambil flight ke Pulau Pinang pula. Kerana situlah lokasi pertemuannya nanti. Memang penat. Tetapi demi Anis dia sanggup melupakan kepenatannya. Bila tiba di Pulau Pinang, dia menghubungi kembali orang tersebut. Mereka akhirnya bersetuju untuk berjumpa di Batu Ferringhi. Lelaki bertubuh gempal dan berkaca mata hitam menunggu kehadiran Rauf dengan penuh sabar. Wajahnya yang masam memerhatikan setiap orang yang lalu-lalang di kawasan tersebut. Apabila dia terlihat kelibat Rauf segera dia mengangkat tangan memberi isyarat.
Rauf berlari anak menghampiri lelaki itu.

"Rauf, abang Edry minta maaf kerana buat Rauf terkejar-kejar kesini. Sebabnya abang Edry hendak berjumpa dengan Rauf ialah pasal Anis." Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, Rauf menjerit. "Kenapa dengan Anis!? Apa dah jadi dengan dia!!?"

Edry menanggalkan cermin mata hitamnya. "Dia baru sahaja meninggal kelmarin." Mata Rauf bergenang. Jenaka apakah ini? Dia meletakkan kedua tangannya di kepala. Dia menunduk. Dia betul-betul tidak dapat menerima kenyataan ini. Tidak! Tidak! Tolong....seseorang tolong katakan ia mimpi!! Rauf menjerit-jerit."Kau tipukan!!?? Penipu!!! Bawak aku berjumpa dengan Anis!!! Bawak Akuuu!!!!!!!" Edry segera memaut badan Rauf supaya lelaki itu mampu bertenang. "Rauf!!! Dengar sini, kita tak mampu melawan takdir. Ajal maut sudah menjadi ketentuan tuhan."

Rauf menangis teresak-esak. Dia tak peduli apa pandangan orang yang berlalu-lalang itu terhadapnya. Mereka tahu apa.... Mereka tak tahu betapa berharganya Anis buatnya.

Anis....

************************

Rauf melawat pusara perkuburan Anis. Setelah membaca surah Yassin di pusara arwah, segera dia mengambil air mawar untuk dituangkan diatas pusara tersebut. Tindakan itu diperhatikan oleh Edry yang merupakan sepupu kepada Anis dan  sahabat rapat kepada Rauf. Fikiran Rauf masih bercelaru. Baru tempoh hari dia berjanji untuk berjumpa dengan Anis. Tetapi alangkah terkilannya apabila dia tidak dapat menunaikan janjinya. Lebih menyedihkan apabila dia tidak ada bersama Anis disaat-saat Anis menghebuskan nafas-nafas terakhirnya.

Mata Rauf bergenangkan air mata. Dia mula terbayang-bayangkan wajah anak gadis itu. Suaranya, tingkah-lakunya yang lincah. Dia merasakan bagai baru semalam dia berjumpa dengan Anis...
Kenangan silam kembali bertaut....

**********************

Rauf setia menanti Anis pulang dari sekolah. Sejak dari pukul 1 lagi dia sudah sampai di luar pagar sekolah dengan keretanya Nissan Fairlady. Apabila dia lihat budak-budak lain sudah banyak pulang lagi dia gelisah. Dia memerhatikan jam tangannya.

"2 petang dah ni...Mana pulak budak ni?" gumam Rauf seorang diri. Terjeling-jeling dia kedalam sekolah. Seketika kemudian, Anis berlari anak keluar dari kawasan sekolah mendapatkan Rauf.

"Maaf bang Rauf, ada kelas tusyen tadi. Maklumlah tahun ni SPM kan?" sengih Anis. Dia menyeka peluh didahi lalu laju je dia masuk kedalam kenderaan Rauf. Rauf mengeleng kecil. Dia juga turut masuk. "Jom, Berbaskin Robbins.." ajak Anis. "Tadi mama Anis call tau, dia nak Anis balik awal." Rauf mula menyalakan enjin keretanya. Anis memaut lengan Rauf. Dia mengoncang perlahan tubuh Rauf. "Ala..bolehla.lepas tu boleh kita straightlah balik rumah...Dah lama tau tak makan aiskrim. Rindu." Rauf tidak mampu menolak permintaan anak gadis itu. Dia mengangguk. Anis bersorak riang. Kereta Rauf menderum menyusuri jalan.

"Cepatlah habiskan Aiskrim tu....makan terhegeh-hegeh. Tengok ni.." Rauf menunjukkan skrin telefon bimbitnya. "Mama call dah tu..Apa abang nak cakap?"

"Rilek la, makan tak boleh cepat-cepat. Mana nak ada feel. Pasal mama tu jangan risaulah. Pandai lah Anis mereka ayat. Ini pelajar pintarlah..BM dapat A++ tau." Anis mula mendabik dada. Sebenarnya dia sengaja untuk lambat menghabiskan aiskrimnya agar dia dapat meluangkan lebih masa bersama Rauf. Bukan selalu dia dapat bermanja-manja dengan Rauf. Rauf sering sahaja sibuk dengan urusannya. Jarang berada di Malaysia. Rauf menyekeh kepala Anis. "Eih apa ni..?" Anis terkejut. Dia pegang kepalanya. "Eleh, macamlah abang tak tau...saja lah tu lambat makan..." Rauf memberi pandangan sinis. Anis mencebik.

Apabila mereka hendak beredar dari Baskin Robbins. Anis mula menunjukkan tanda kepeningan. "Abang..." kata-kata terakhir Anis sebelum dia jatuh pensan. "Eh...Anis!!" Rauf segera mendapatkan Anis.

--------------------------

Rauf melihat wayar-wayar berlingkar di katil wad Anis. Anis disahkan menghidap penyakit Leukimia.
Sebuah penyakit yang mampu membawa maut. Melihatkan wajah sayu dan sunggul Rauf, Anis mengukir senyuman. "Abang...Abang jangan risau...Anis akan terus berjuang untuk hidup..Anis tidak akan mengaku kalah..Anis nak berjaya macam abang...Anis nak.." Rauf menghampiri katil Anis. Dia menangis....."Maafkan abang...Maafkan Abang..."

Anis tidak pernah melihat lelaki sekeras Rauf menangis sebelum ini. Sebelum ini Rauf dikenali dengan sikap keegoaannya. Lelaki seego Rauf telah menangis untuknya pada hari itu. Anis menjadi tersentuh. Lalu dia turut menangis.

Perlahan dia menyentuh tangan Rauf. "Abang tak perlu minta maaf. Abang tak apa-apa salah pun."

*****************************************

Tanpa disedari airmata Rauf mengalir keluar. Dia menanggalkan cermin mata yang dipakai lalu dia menyeka air matanya.. Setelah disarung kembali cermin mata pada kedudukan asal, dia bangkit berdiri. Edry menghampiri Rauf. Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek sakunya.

"Nah, Anis hendak Abang memberikan ini kepada kamu sejurus selepas kematiannya. Bacalah." Edry menghulurkan sekeping kertas yang dilipat kemas.Rauf membuka lipatan. Matanya tertumpu pada tulisan-tulisan halus yang ditulis rapi diatas kertas tersebut.

"Kehadapan Abang Rauf yang Anis sangat sayang..

 Pertama sekali Anis ingin mintak maaf sangat-sangat dekat Abang Rauf pasal melarikan diri pada tempoh hari. Itu semua idea Anis. Anis tak mahu segala urusan Abang terganggu. Anis tahu Abang sangat sibukkan? Dan Anis taknak Abang sedih disaat-saat Anis menghembus nafas terakhir Anis...
Itu semua akan merencatkan karier abang....

Abang Rauf, janji dengan Anis satu perkara boleh?
Walaupun dengan ketiadaan Anis kelak..Abang teruskan berkarya...Teruskan bermain musik boleh?
Janganlah pula sebab kematian Anis maka Abang dah tak mampu untuk bermain biola......Anis berharap tidak berlaku macam tu...Anis akan sedih kalau itu yang terjadi....Ingat tau! Janji ni!

Akhir kata...
Abang terfikir tak kenapa Anis minta jasad Anis dikuburkan di Pulau Pinang? Ehehe...Sebab dulu, di sini lah tempat dimana Anis bertemu Abang. Tempat dimana keluarga kita berdua menjadi rapat. ^^
Ia memang ditakdirkan bukan? Apapun Anis minta Abang mampu jaga diri Abang dengan baik. Sebab Anis dah tak ada nak tengok-tengok Abang sayang Anis lagi dah. Don be notty okay?
Hmm bila saat Anis tulis surat ini Anis teringat kata-kata Abang pada Anis dulu.

"If there's a bond between us, i hope the song was the one to tied us together "

PS: takmo sedih-sedih okay? Life must go on...Anis harap Abang Rauf success!

LOVE U BIG BROTHER.. >.<

By ur pretty princess..

ANIS SURAYA BINTI DATUK DAUD..

.................."


Rauf tersenyum. Dia gelak kecil. "Budak ni...Ko tau tak ko dah buat aku menangis..." Setelah melipat kembali kertas tersebut, dia berjalan meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Wajahnya mengukir senyuman. Betul kata Anis. Hidup harus diteruskan. Musik perlu dimainkan....

Saturday, April 7, 2012

Alunan - part 28



Elisa Sarah bersama Robert di sebuah cafe di Vienna. Penampilan Sarah di Vienna kelihatan lebih menunjuk-nunjuk berbanding dia berada di Malaysia. Ini sudah jadi kebiasaan bagi Sarah kerana dengan cara ini dia merasakan dia lebih berkeyakinan untuk berada di negara orang. Malahan di Vienna banyak yang mengenali dirinya sebagai Diva Musik. Sebagai seorang diva, dia perlu nampak lebih bergaya dan mewah. Dari berpakaian jenama Chanel, Berbeg tangan jenama Fendi, berkaca mata Dior, Berkasutkan Prada. Semuanya mewah dan berjenama.

Robert gelak kecil. "Dari kecik sampai besar tak pernah berubah. Suka nak tunjuk glamor."

Sarah mencebik. "Ala uncle,dah nama oversea. Ini je pun masa nak pakai barang-barang mahal. Dekat Malaysia bukannya boleh pakai macam ni. Jadi bahan kutuk je."

Robert tersenyum. Memang sejak dari dulu itu sahajalah alasan yang diguna pakai Sarah. Sebenarnya ada juga betul kata Sarah. Kes tempoh hari, sewaktu mula-mula nama Sarah dijulang-julang. Semua orang memerhatikannya. Apa yang dipakai semuanya dilihat. Jika kelihatan mahal, merekalah yang akan jadi tukang mengira akaun. Mengira belanjawan si anak gadis itu. Lepas itu mulalah heboh-heboh kata ia pembaziran. Tidak kurang juga yang jenis berperangai patriot, mereka mengutuk Sarah tidak prihatin terhadap jenama negaralah. Sarah terlalu mengagung orang baratlah. Macam-macam. Oleh sebab itu bila setiap kali Sarah berada di Malaysia, Sarah akan memakai pakaian yang sehabis simple. Semuanya demi menjaga hati peminatnya.

"So how was he? Did he doing okay?" tanya Elisa Sarah. Teringin benar dia untuk mengetahui perkembangan Adi.

"Hmm, Viston kata ada percapaian. But how about u visit him. Tanya dia sendiri." cadang Robert. Sarah mengeluh. Dia perhatikan orang lalu-lalang di luar cafe. Seketika kemudian dia meneguk secawan kopi panas miliknya. "Saya tak pasti kalau dia menerima idea saya atau tidak. Saya bersalah dengan mereka berdua." ujar Sarah. Jelas nampak kerisauan di mukanya.

Robert meletakkan duit dibawah cawan kopinya lalu bangun dari tempat duduk. Sarah mendongak. "Eh, dah nak pergi dah?" tanya Sarah. "Mari, kita jumpa dia." kata Robert.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adi berguling-guling di atas katilnya. Dia terlalu memikirkan Maisarah. Kenapalah dia boleh menyamakan Maisarah dengan Liyana. Mesti ada sebab. Kalau diperhatikan raut wajah keduanya ebab sebelum ini Maisarah bertudung. Jadi itu yang menunjukkan perbezaan ketara. Sudah 6 tahun dia tidak bertemu Maisarah. 6 tahun sudah cukup dia melupakan serba-serbi muka Maisarah. Tidak! Tidak! jerit Adi dalam hati. Apa punya lelakilah fikir Adi. Muka kekasih lama pun boleh dia lupa.

DingDong!

Bunyi loceng rumah ditekan. Adi segera bangun dari katil menuju keluar ke pintu utama. Bila dia buka pintu terkejut besar Adi melihat Sarah berada didepannya. Sarah menumbuk perut Adi. "Haa, macam adik akak?"

Adi sedikit terjungkit. Dia meraba perutnya yang sakit ditumbuk Elisa Sarah. "Eh, Kak Sarah. Macam mana ada dekat Vienna pula?"

"Masuk dalam dulu. Nanti kita cerita." ajak Robert yang berada disisi Sarah sejak dari tadi.

Adi menceritakan pengalamannya sepanjang dia berada di Negara Austria. Tempat-tempat yang dia lawati bersama Liyana. Lagak seperti kanak-kanak berusia 10 tahun. Tidak terlepas juga dia menceritakan pencapaiannya sepanjang dia berada di studio. Dipuji oleh Viston. Elisa Sarah tekun mendengar. Dia terhibur dengan cerita-cerita Adi.

"Jadi, apa pula akak buat dekat Vienna?" tanya Adi. Sarah melihat anak mata Adi. Dia tersenyum. "Esok ajalah akak ceritakan. Banyak benda akak nak ceritakan sebenarnya. Hari ini akak takde mood nak bercerita. Cukuplah sekadar kamu je yang bercerita."

Adi mengeluh. Dia sangat berharap untuk mendengar cerita dari Sarah. Dia ingin tanya kemana selama ini Sarah menghilangkan diri. Adi mengalih perhatiannya ke Robert yang juga duduk berhampiran mereka. Robert sejak dari tadi hanya jadi tukang memerhati sahaja. Tidak banyak bercakap. Ada sesuatu yang ingin ditanya Adi kepada Robert. Sesuatu mengenai Liyana.

"Uncle, boleh saya tanya sesuatu? Siapa Liyana sebenarnya?" tanya Adi.

Robert ketawa. "Why not u just ask her who is she?..Uncle dah janji dengan dia, uncle tak boleh cakap banyak pasal dia. Katanya dia suka jadi misteri." Adi mencebik. Berdalih pula orang tua ini. Tapi perasaan dia kini bertambah kuat terhadap sesuatu. Teka-teki ini pasti akan terjawab kelak.

......................................................................

Keesokan harinya. Robert dan Liyana berada di sebuah taman di sekitar Vienna. Mereka berjalan-jalan mengambil angin disitu. Kawasan itu juga sesuai untuk membincangkan sesuatu. Tenang dan lapang.

"Uncle, esok Yana dah kena balik Jerman. Papa dah panggil. Nanti uncle tolong tengok-tengokkan si Adi ye. Jaga dia, jangan kasi dia terlepas dekat awek lain." Liyana ketawa kecil. Memang dia suka bergurau-gurau dengan si Robert. Baginya Robert dah macam pakciknya sendiri.

"OK, jangan risau pasal tu. Kalau dah balik tu, jangan lupa send my regards to Dato. Mokhtar."

Yana senyum. "Off course uncle." ujar Liyana. "Take care with your journey along you get to German." pesan Robert. Liyana mengangguk. Kemudian dia berjalan menuju ke keretanya yang diletakkan tidak jauh dari situ. Robert hanya memerhati setiap langkah anak gadis itu.

Liyana berpaling. Dia melambai tangannya. Robert turut melambai.

Robert senyum sambil mengeleng kepalanya.

"Maisarah Liyana. Such a sweet child." kata Robert perlahan.

Thursday, April 5, 2012

DIA : EPISOD 4

Di sebuah kedai buku. Aku suka pergi ke kedai buku yang terletak berhampiran dekat rumah aku..
Tujuannya untuk membelek buku-buku novel terkini. Sedang memerhati satu persatu susunan buku-buku novel di rak. Mata aku tertacap pada sebuah buku. Novel yang aku cari!Tinggal satu je...Baik aku ambil cepat. Lantas tangan aku segera untuk mencapai buku tersebut akan tetapi dalam masa yang sama ada tangan lain yang lebih laju. PULAK dah!!!

Tngan itu milik seorang gadis.  Dia melihat aku. Dia senyum~ "ehehe, maaf saya dah pegang dulu." lalu laju je dia pergi ke kaunter untuk pembayaran. Erk...Aku tak dapat berkata apa-apa. Dalam hati sebenarnya dah menangis teriak-teriak.... Tak guna punya pompuan...Aku akan ingat muka dia sampai bila-bila...eeee geram...

Akhirnya aku akur lalu keluar dari kedai buku tersebut (dengan tangan kosoong~~~~). Bila aku keluar je, aku nampak gadis tu berdiri depan aku. Dia senyum. Ceh Buat apa ko senyum tu ha? Sronok lah dapat beli buku tu kannnn~~~ dalam hati aku cakap camtuh~

"Saya sebenarnya serba salah.." kata gadis tu. "tak apalah...novel je pun..." ahhh..apa yang aku cakap ni...ye sebenarnya aku akui, bila tiba kena bercakap, aku memang lemah....aku tak pandai bercakap...
Orang kata introvert memang camni. Lemah dalam komunikasi...Kalau bercakap bnyk orang lain tak akan faham...

Aku pun berpusing dari arahnya. Malas nak cakap...dah la perasaan kecewa ada lagi.

"Awak..." gadis tu panggil lagi. Aku toleh. Dia sengih-sengih. "Saya Lia. Awak Afi kan?"

eh, dia tau nama aku?

"Macam mana awak tau nama saya? Kita satu sekolah ye?" aku menduga.

"Mestilah...awak senior saya...sya bawah awak setahun~" terang Lia.  Gadis comel dan muka seakan budak-budak tu membuatkan aku fikir dia sepatutnya bawah aku dua atau tiga tahun...Macam budak form2-form1.

Hari itu merupakan hari perkenalan aku dan Lia...
Dan sejak hari itu kami mula berkawan~

DIA : EPISOD 3

Rizal. Rakan rapat aku. Seorang yang bijak dan hebat. Menjadi harapan para guru. Keputusan periksannya selalu aja melangkaui aku. Aku sentiasa berharap suatu hari nanti aku dapat mengatasi dia.
Namun semakin aku rasa aku dapat mengalahkan dia, semakin jauh pulak dia tinggalkan aku. Memang siot je rasa...Takpelah satu hari nanti...tunggu jelah....

Yang paling menghairankan aku, dia bukanlah jenis yang rajin.. Sama je macam aku pemalas. Tak suka bukak buku. Study last minit jugak. Tetapi mungkin tuhan kurniakan dia otak yang cepat pick-up, thats why dia sgt terer...aku lebih suka gelarkan orang macam ni sebagai GENIUS....tak payah blajar pon boleh score tinggi-tinggi...

Airil, sorang lagi kawan aku. Muka kacaknya satu aset penting baginya. Setiap kali berjalan dengannya pasti perasaan cemburu menyelubungi aku..BAAaah! Mcm mana tak cemburu kalau semua gadis-gadis sekolah ni pewwit2 dekat dia..Diorang buta ke...aku sebelah ni diorang buat mcm takde...haha...elok pon...tak kacak siapa yang minat pulak kan?...

Lagenda pernah mengatakan bahawa Airil pernah bercinta 3 orang sekali dalam satu masa. Hebat kan? Kalau couple tu jgn ckplah...dah bnyak kali.. Tapi Airil pernah bagitau, semuanya tu bukannya serius. Hanya sekadar suka-suka. Hmmm Kasanova la ni ye~ Dalam hatinya hanya tertarik pada seorang perempuan...tapi sayangnya perempuan tu tak pernah balas cintanya....Ironi, muka kacak yng mampu menarik semua gadis suka pada dia tak mampu menarik hati seorang gadis yng betul2 dia suka..

Hmm......tiba-tiba aku teringat pada Nisa...Aku sendiri pun tak dapat menambat hati dia...

Wednesday, April 4, 2012

DIA : EPISOD 2

"Afi! Cepat tunjukkan kita lukisan terbaru awak!" muka Nisa nampak seperti bersungguh-sngguh untuk tengok lukisan terbaru aku. Memang dia macam ini. Setiap kali aku lukis pasti dialah yang akan teruja untuk lihat.

Aku mengeluarkan sekeping kertas lukisan dari sebuah fail yang besar. "Ini ha, tak lawa pun.."
Aku memang suka merendah diri. Sejak dari kecil memang sifat aku begitu. Hinggakan aku rasa sikap aku ini adalah kelemahan aku sendiri. Sikap inilah yang menjadikan aku rasa kurang yakin pada diri sendiri, sikap ini jugalah yang menghalang untuk aku melangkau dari apa yang aku ada.....Sungguh memalukan...

"Lawalah~ comel2 kartun awak buat..pandai eh awak lukis.." setiap kali melihat lukisan aku memang tidak putus-putus pujian dikeluarkan dari mulutnya. Ergh, aku tak pasti sama ada dia ikhlas puji atau tak..Tapi aku peduli apa. Janji dapat lihat senyuman dia tu pun dah cukup. Aku ambil ia sebagai pujian~

"Afi, teruskan melukis ye..nnti dah jadi terkenal jgan pulak lupakan kita.." kata Nisa. Fullstop...

Aku hanya senyum. Ntah kenapalah setiap kali aku bercakap dengan Nisa aku jadi macam ni.
Satu saat tu bila nak bercakap dengan dia, aku akan tertunduk~
Bukan kerana malu tapi ntahla...satu perasaan yang susah aku nak cakap.
Nisa dengan aku pun sebenarnya tak pernah bersembang perkara yang panjang-panjang. Jika ada pun melalui laman sosial di internet. Memang aku terasa aku ni loser ~...

Balik saja rumah, aku membaringkan badanku ke atas katil...
Suatu hari nanti aku akan takle Nisa....
haha...aku ketawa seorang diri. 
Sudah bertahun aku bercakap benda yang sama...
Dari awal Nisa belum berkawan dengan aku hinggalah aku berjaya bercakap dan berkawan dengannya....

Mungkin Tuhan hanya menghadkan perhubungan aku dan dia sampai situ saja kut...
Apapun aku patut bersyukur sebab sebelum ni Nisa langsung tak pernah bercakap dengan aku...
cuma sejak akhir-akhir ni, macam ada satu keajaiban. Nisa bercakap dengan aku lalu makin lama semakin akrab pulak...huhu~

DIA : EPISOD 1

Bas berhenti di perkarangan rumah. Aku segera naik sambil itu sempat menoleh ke belakang untuk membalas lambaian ibu ku. 

Sampai saja di sekolah, aku segera mengambil tempat duduk. Masih awal lagi fikir ku. Tiba-tiba terlintas sesuatu di kepalaku. Hari ini ada kelas BM...ada kelas BM maknanya ada Cikgu Siti yang garang...Kerja sekolah dia! Aku segera membuka beg sekolah lalu mengeluarkan buku BM. Aku membelek satu demi satu helaian muka surat buku BM.."Alhamdulillah nasib baiklah siap.."

Garang Cikgu Siti tu tak boleh dibawa main. Sekali dia menjerit mampu mengegarkan seluruh sekolah. Janganlah buat silap skit, pasti diherdiknya. Itu memang menakutkan. 

Tetapi itu tidak mematah semngatku untuk belajar. Maklumlah baru sahaja darjah 1, masih awal lagi untuk berputus asa...

Aku memerhatikan Lin, yang berada tidak jauh dari tempat dudukku. Gadis secantik itu manalah padan denganku..
Ada sekali tu, dia pegang tangan aku. Rasa macam kena renjatan....First time dipegang oleh gadis~

"Lin..."

Itu kenangan dahulu~ tika aku masih belum mengenal erti Akil Baligh~ Masih belum kena erti PENGKHIANATAN~ belum kenal erti CINTA yang sebenar~

...........................................................................................................