Sampai saja di sekolah, aku segera mengambil tempat duduk. Masih awal lagi fikir ku. Tiba-tiba terlintas sesuatu di kepalaku. Hari ini ada kelas BM...ada kelas BM maknanya ada Cikgu Siti yang garang...Kerja sekolah dia! Aku segera membuka beg sekolah lalu mengeluarkan buku BM. Aku membelek satu demi satu helaian muka surat buku BM.."Alhamdulillah nasib baiklah siap.."
Garang Cikgu Siti tu tak boleh dibawa main. Sekali dia menjerit mampu mengegarkan seluruh sekolah. Janganlah buat silap skit, pasti diherdiknya. Itu memang menakutkan.
Tetapi itu tidak mematah semngatku untuk belajar. Maklumlah baru sahaja darjah 1, masih awal lagi untuk berputus asa...
Aku memerhatikan Lin, yang berada tidak jauh dari tempat dudukku. Gadis secantik itu manalah padan denganku..
Ada sekali tu, dia pegang tangan aku. Rasa macam kena renjatan....First time dipegang oleh gadis~
"Lin..."
Itu kenangan dahulu~ tika aku masih belum mengenal erti Akil Baligh~ Masih belum kena erti PENGKHIANATAN~ belum kenal erti CINTA yang sebenar~
...........................................................................................................
No comments:
Post a Comment