Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Musicverein menjadi sesak dengan kehadiran tamu-tamu luar para bangsawan,golongan seni, peminat musik, pelancong asing dan sebilangan orang ternama. Semuanya tidak mahu terlepas dengan acara yang julung-julung kali diadakan itu. Adi menjadi gugup dengan keramaian itu. Wajahnya jelas terpancar kecuakan. Mukanya pucat habis.
Setelah mendaftarkan diri, mereka dibawa ke bahagian dalam dewan musik yang diberi jolokan sebagai Dewan Emas atau masyarakat di sini memanggilnya sebagai Goldener Saal. Adi terpana dengan hiasan dalamannya yang begitu mempersonakan. Ianya sebuah dewan yang cukup indah. Diselaputi dengan warna keemasan. Gantungan lampu chandeliar yang berkilau. Dia merasakan cukup bertuah untuk berada disitu.
"Alice! How are you darling..Sihat sahaja?" seorang lelaki kulit putih berambut belah tepi dan berambut perang muncul menegur Sarah. Wajahnya yang tampan dan kelihatan muda boleh dianggarkan sebaya dengan umur Sarah iaitu 26 tahun. Sarah tiba-tiba menjadi tersipu-sipu malu apabila melihatkan jejaka tersebut.
"Ah, Pete..i sihat..You pun ambil bahagian ke?" tanya Sarah. Peter mengangguk. Dia mengukirkan senyuman yang mampu mencairkan setiap gadis. Ditambah pula lesung pipit yang berada di wajahnya. Sememangnya memukau mana-mana gadis yang melihatnya. "Ah ye, Adi this is my friend, Pete namanya. Fasih berbahasa melayu tau. Peter ini Adi." Sarah memperkenalkan Adi kepada Peter.
"Hi, Pig..." Adi menghulur tangan untuk bersalaman.
"Hey...hey not Pig! Its Pete..P.E.T.E..Pete(Peet)!" marah betul Peter apabila namanya disalah sebut.
"P.E.T.E..Pig kan? Betullah" Adi tidak mahu beralah. Dia rasa dia menyebut dengan betul.
"NO! its different!! Bunyi lain!! Ah..just forget it... just call me Peter.." cadang Peter. Sarah ketawa kecil. Baginya situasi itu agak kelakar. "Pete, I tak tahu pulak you nak ambil bahagian sekali. Kalau awal-awal I tau, I pakai lagi lawa dari hari ini tau." Sarah berseloroh.
"My darling Alice, you pakai apa pun tetap lawa." puji Peter. "I saja nak masuk. Iyalah this is first time competition like this to be held. You pun apa kurangnya? Dah jadi Diva pun masih mahu join" sambung Peter lagi.
"Apalah you ni...I bukan Divalah..Actually I pun macam you juga, saja nak ambil pengalaman masuk pertandingan macam ni.." tutur Sarah. Dia menipu Peter. Sebenarnya dia tidak berminat untuk menyertai cuma kerana ingin membantu Adi sahaja yang membuatkan dia terpaksa menyertainya. Dia jeling ke arah Adi. Adi membuat mata keatas. Penipu. Kata Adi dalam hati.
Seketika kemudian penganjur memberi isyarat kepada semua peserta agar berkumpul di satu tempat. Setelah diberi taklimat dan pengundian, akhirnya pertandingan pun bermula. Jika dikira jumlah kira-kira 30 orang peserta dari pelbagai negara yang mengambil bahagian. Sebahagiannya amat dikenali oleh Sarah. Boleh dikatakan mereka-mereka itu sudah punya nama tersendiri dalam industri musik.
Seorang demi seorang naik ke pentas membuat persembahan mereka. Ada yang bermain biola, harp,piano, tidak kurang juga yang bermain alatan musik tradisional mereka seperti angklung dan Erhu. Masing-masing kelihatan seperti tidak mahu kalah. Dan kelihatan Peter dan Sarah juga berjaya membuat persembahan yang begitu hebat.
Adi semakin cemas. Tidak lama lagi gilirannya pula untuk bermain. Mampukah dia? Peluh mula merembes keluar. Rasa seperti hendak pitam pula fikir Adi. Kedengaran namanya telah disebut. Ahh...Ya Allah, selamatkan daku. Dia melangkah perlahan menuju ke pentas. Kakinya sudah rasa goyang. Macam nak tercabut pula kepala lututnya ini. Jangan salahkan dia pula kalau dia terkencing atas pentas nanti. Dia benar-benar tidak biasa dengan semua ini. Jantungnya mula berdegup laju. Umpama kelajuan keretapi Shinkansen ditambah sound efek bunyi keretapi steam. Gila!
Kini dia berada diatas pentas. Semua mata memerhatikannya. Semuanya tertunggu-tunggu alunan musik dari Adi Zikri.
"Jangan cemas.Kamu boleh lakukannya." tiba-tiba suara seseorang membisik lembut ke telinganya. Entah dari mana datangnya suara itu. Suara itu sangat dikenalinya. Itu suara cikgunya. "Tunjukkan pada dunia bakat kamu. Tunjukkan pada mereka lantunan musik yang sebenar. Tawan hati mereka. Permainankan jiwa mereka..Kamu boleh lakukannya." kata suara itu lagi.
Perasaan cemas Adi mula berkurangan. Bayangan cikgunya tiba-tiba muncul di tepinya. Cikgunya itu pegang sebelah tangan Adi seperti memberi isyarat. Adi mengangguk. Perasaan semangatnya mendadak naik. Dia menghelakan nafasnya.
"Sekarang!!" serentak suaranya bersama suara cikgunya bercakap. Adi mula meniup serulingnya. Jari-jemarinya begitu lincah bermain. Sebuah alunan musik yang cukup mempesona mula bergema di dalam dewan musik tersebut. Tiada seorang pun didalam dewan tersebut mampu mengerdipkan mata mereka. Semuanya telah terpukau. Adi terus khayal bermain. Entah mengapa dia bagai diberi kekuatan luar biasa. Dia bermain dengan sendirinya. Di atas pentas itu kini dia merasakan bagai itu bukan dirinya. Melodi yang dimainkannya sungguh membuai-buai. Ada kalangan penonton mengalirkan air mata. Ia merupakan musik yang benar-benar meruntun hati......
"Cikgu!Cikgu! Saya perlukan nasihat cikgu!" rayu Adi.
"Nak nasihat cikgu?" tanya Latif sambil menanda sesuatu diatas note musik yang dipegangnya.
"Andai kata saya takut bila membuat persembahan atas pentas apa yang perlu saya lakukan? tanya Adi. "Janganlah cemas. Adi kena yakin. Cikgu bagi tips ye. Selalunya cikgu akan cakap macam ni bila setiap kali cikgu nak buat persembahan. Tunjukkan pada dunia bakat kamu. Tunjukkan pada mereka lantunan musik yang sebenar. Tawan hati mereka. Permainankan jiwa mereka! Bila cikgu buat macam tu cikgu akan peroleh kekuatan luar biasa...Adi boleh tiru kalau Adi nak." nasihat Latif. Adi berkerut. Sikit pun dia tak faham.
"Erm..tak apalah cikgu.." Adi mengeluh kecewa. Soalannya bagai tidak terjawab.
Mungkin satu ketika dahulu ia bukanlah jawapan yang dicari Adi tapi kini kata-kata itulah penyelamat dirinya. Benar kata cikgunya. Ia memberi kekuatan yang sangat luar biasa baginya. Sejurus selepas dia berhenti bermain. Seluruh penonton yang berada didalam dewan tersebut bangun dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada Adi. Mereka cukup terharu dengan lantunan musik yang dimainkan Adi. Adi tersenyum gembira. Sejarah baru akan bermula.. Bintang baru akan lahir. Terima kasih Ya Allah! terima kasih Cikgu!!
Turun sahaja dari pentas, ramai yang ingin bersalaman dengannya. Semua ingin memuji persembahannya. Adi menjadi tersipu-sipu. Sarah merapati Adi lalu menepuk belakang Adi perlahan.
"Good Good Good Goood Job!!! Macam tulah anak murid cikgu Latif!!" puji Sarah sambil membuat tanda bagus. Adi sengih sambil mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal. "Did i misheard? I thought there are only 2 protege of Latif Saari." Peter secara tiba-tiba muncul di belakang Adi.
"Owh, sorry Pete, I lupa nak cakap tadi...Yes..Adi Zikri ni adik seguru I. Dulu dia bawa haluan dia sendiri. Sekarang baru dia nak berjinak kembali dengan dunia musik." terang Sarah. Peter melihat wajah Adi dalam-dalam. Lelaki ini sungguh luar biasa fikir Peter. Sekiranya dia tidak berhati-hati dia akan tewas dalam pertandingan ni. Ini tidak akan berlaku. Walau apapun dia mesti menang.
Setelah selesai semua peserta membuat persembahan mereka. Sarah dan Adi disahkan layak untuk ke peringkat seterusnya. Macam apa yang dirancang oleh Sarah. Peter juga tidak terkecuali. Peringkat kedua akan berlangsung dua hari selepas itu. Mereka diberi peluang untuk berlatih dengan rakan duet mereka dalam tempoh tersebut. Selepas pertandingan pada hari itu. Adi dan Sarah duduk berbual disebuah cafe.
"Ceh...ingatkan Pete akan pelawa akak jadi rakan duet dia.!" dengus Sarah sambil mengacau kopi dengan pantas. "Laa, bukan akak plan nak duet dengan saya ke?" tanya Adi kehairanan. "Memanglah,.." jawab Sarah perlahan. "Dah tu?" Adi merenung wajah Sarah. Sarah mencebik. "Ah, sudah la kamu tak faham..Actually dulu kami pernah couple masa belajar dekat universiti." Sarah memulakan ceritanya.
Adi terkejut. Hampir-hampir dia menyembur air yang diminumnya. Couple? Dengan Mat Salleh tu? Sarah perasan muka Adi yang terkejut. "Hei..hei kamu ni kenapa? He is my first love okay. Pete dan akak sama-sama minat musik. Dekat U dulu akak dengan dia selalu membuat persembahan bersama. Akak main piano dan dia main biolanya. Sweet sangat!" tersengih-sengih Sarah menceritakan saat dia bersama Peter. Adi terasa meluat pula mendengarnya.
"But one thing akak perlu bagitahu kamu. Kamu tahu tak sapa yang berduet dengan Pete? Namanya Natasha Galina. Kamu dah tengokkan persembahan dia? Gaya dia main piano sangat bersahaja..Dia sangat terkenal di Rusia. Dan Pete pula, jenis orang yang tidak mahu kalah. Dia juga mungkin akan guna trick yang kotor untuk kalahkan siapa-siapa yang halang dia untuk berjaya. Kamu kena hati-hati sebab akak tengok dia pandang kamu semacam." nasihat Sarah.
"Hah!? Trick kotor!? Macam mana plak akak boleh tuduh dia akan buat camtu??" Adi berkerut dahi. Sebenarnya exboyfriend Sarah ni orangnya macam mana???
"Akak tahulah sebab dulu akak dengan dia memang suka kenakan orang...Dan akak pasti dia akan guna cara yang sama macam dulu.." ketawa Sarah bagai menghalalkan tindakan lelaki itu.
"Macam manalah akak boleh melekat dengan orang macam tu?"
"Sebenar that's the only one bad side of his. Selain itu dia sangat baik. Mungkin nampak macam jahat tapi kamu jangan risau dia takkan benda-benda bodoh macam bunuh atau mencederakan orang. Cuma cara yang dia akan gunakan tu sedikit nakal. You will shock! So be prepare." kata Sarah.
Adi semakin pening. Walaupun tahu Peter akan guna cara kotor tapi Sarah masih boleh ketawa bagai. Adakah Sarah betul-betul serius nak naikkan namanya. Dan apa pula cara kotor yang Peter akan guna kelak? Adakah ia betul-betul berlaku? Kalau macam ini mungkin peluang mereka untuk mendapatkan tempat ke peringkat ketiga menjadi tipis.....
No comments:
Post a Comment