Saturday, April 7, 2012

Alunan - part 28



Elisa Sarah bersama Robert di sebuah cafe di Vienna. Penampilan Sarah di Vienna kelihatan lebih menunjuk-nunjuk berbanding dia berada di Malaysia. Ini sudah jadi kebiasaan bagi Sarah kerana dengan cara ini dia merasakan dia lebih berkeyakinan untuk berada di negara orang. Malahan di Vienna banyak yang mengenali dirinya sebagai Diva Musik. Sebagai seorang diva, dia perlu nampak lebih bergaya dan mewah. Dari berpakaian jenama Chanel, Berbeg tangan jenama Fendi, berkaca mata Dior, Berkasutkan Prada. Semuanya mewah dan berjenama.

Robert gelak kecil. "Dari kecik sampai besar tak pernah berubah. Suka nak tunjuk glamor."

Sarah mencebik. "Ala uncle,dah nama oversea. Ini je pun masa nak pakai barang-barang mahal. Dekat Malaysia bukannya boleh pakai macam ni. Jadi bahan kutuk je."

Robert tersenyum. Memang sejak dari dulu itu sahajalah alasan yang diguna pakai Sarah. Sebenarnya ada juga betul kata Sarah. Kes tempoh hari, sewaktu mula-mula nama Sarah dijulang-julang. Semua orang memerhatikannya. Apa yang dipakai semuanya dilihat. Jika kelihatan mahal, merekalah yang akan jadi tukang mengira akaun. Mengira belanjawan si anak gadis itu. Lepas itu mulalah heboh-heboh kata ia pembaziran. Tidak kurang juga yang jenis berperangai patriot, mereka mengutuk Sarah tidak prihatin terhadap jenama negaralah. Sarah terlalu mengagung orang baratlah. Macam-macam. Oleh sebab itu bila setiap kali Sarah berada di Malaysia, Sarah akan memakai pakaian yang sehabis simple. Semuanya demi menjaga hati peminatnya.

"So how was he? Did he doing okay?" tanya Elisa Sarah. Teringin benar dia untuk mengetahui perkembangan Adi.

"Hmm, Viston kata ada percapaian. But how about u visit him. Tanya dia sendiri." cadang Robert. Sarah mengeluh. Dia perhatikan orang lalu-lalang di luar cafe. Seketika kemudian dia meneguk secawan kopi panas miliknya. "Saya tak pasti kalau dia menerima idea saya atau tidak. Saya bersalah dengan mereka berdua." ujar Sarah. Jelas nampak kerisauan di mukanya.

Robert meletakkan duit dibawah cawan kopinya lalu bangun dari tempat duduk. Sarah mendongak. "Eh, dah nak pergi dah?" tanya Sarah. "Mari, kita jumpa dia." kata Robert.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adi berguling-guling di atas katilnya. Dia terlalu memikirkan Maisarah. Kenapalah dia boleh menyamakan Maisarah dengan Liyana. Mesti ada sebab. Kalau diperhatikan raut wajah keduanya ebab sebelum ini Maisarah bertudung. Jadi itu yang menunjukkan perbezaan ketara. Sudah 6 tahun dia tidak bertemu Maisarah. 6 tahun sudah cukup dia melupakan serba-serbi muka Maisarah. Tidak! Tidak! jerit Adi dalam hati. Apa punya lelakilah fikir Adi. Muka kekasih lama pun boleh dia lupa.

DingDong!

Bunyi loceng rumah ditekan. Adi segera bangun dari katil menuju keluar ke pintu utama. Bila dia buka pintu terkejut besar Adi melihat Sarah berada didepannya. Sarah menumbuk perut Adi. "Haa, macam adik akak?"

Adi sedikit terjungkit. Dia meraba perutnya yang sakit ditumbuk Elisa Sarah. "Eh, Kak Sarah. Macam mana ada dekat Vienna pula?"

"Masuk dalam dulu. Nanti kita cerita." ajak Robert yang berada disisi Sarah sejak dari tadi.

Adi menceritakan pengalamannya sepanjang dia berada di Negara Austria. Tempat-tempat yang dia lawati bersama Liyana. Lagak seperti kanak-kanak berusia 10 tahun. Tidak terlepas juga dia menceritakan pencapaiannya sepanjang dia berada di studio. Dipuji oleh Viston. Elisa Sarah tekun mendengar. Dia terhibur dengan cerita-cerita Adi.

"Jadi, apa pula akak buat dekat Vienna?" tanya Adi. Sarah melihat anak mata Adi. Dia tersenyum. "Esok ajalah akak ceritakan. Banyak benda akak nak ceritakan sebenarnya. Hari ini akak takde mood nak bercerita. Cukuplah sekadar kamu je yang bercerita."

Adi mengeluh. Dia sangat berharap untuk mendengar cerita dari Sarah. Dia ingin tanya kemana selama ini Sarah menghilangkan diri. Adi mengalih perhatiannya ke Robert yang juga duduk berhampiran mereka. Robert sejak dari tadi hanya jadi tukang memerhati sahaja. Tidak banyak bercakap. Ada sesuatu yang ingin ditanya Adi kepada Robert. Sesuatu mengenai Liyana.

"Uncle, boleh saya tanya sesuatu? Siapa Liyana sebenarnya?" tanya Adi.

Robert ketawa. "Why not u just ask her who is she?..Uncle dah janji dengan dia, uncle tak boleh cakap banyak pasal dia. Katanya dia suka jadi misteri." Adi mencebik. Berdalih pula orang tua ini. Tapi perasaan dia kini bertambah kuat terhadap sesuatu. Teka-teki ini pasti akan terjawab kelak.

......................................................................

Keesokan harinya. Robert dan Liyana berada di sebuah taman di sekitar Vienna. Mereka berjalan-jalan mengambil angin disitu. Kawasan itu juga sesuai untuk membincangkan sesuatu. Tenang dan lapang.

"Uncle, esok Yana dah kena balik Jerman. Papa dah panggil. Nanti uncle tolong tengok-tengokkan si Adi ye. Jaga dia, jangan kasi dia terlepas dekat awek lain." Liyana ketawa kecil. Memang dia suka bergurau-gurau dengan si Robert. Baginya Robert dah macam pakciknya sendiri.

"OK, jangan risau pasal tu. Kalau dah balik tu, jangan lupa send my regards to Dato. Mokhtar."

Yana senyum. "Off course uncle." ujar Liyana. "Take care with your journey along you get to German." pesan Robert. Liyana mengangguk. Kemudian dia berjalan menuju ke keretanya yang diletakkan tidak jauh dari situ. Robert hanya memerhati setiap langkah anak gadis itu.

Liyana berpaling. Dia melambai tangannya. Robert turut melambai.

Robert senyum sambil mengeleng kepalanya.

"Maisarah Liyana. Such a sweet child." kata Robert perlahan.

No comments:

Post a Comment