Sunday, April 15, 2012

Alunan - part 30



"Apa? Pe..pertandingan musikal!?" Adi tercengang. Kenapa tiba-tiba Sarah baru memberitahunya. Dia belum cukup bersedia. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

"You have 1 weeks untuk bersedia. Lepas tu kita sama-sama akan berentap dalam pertandingan tu. Ingat ini pertandingan yang besar tau. Semua pemuzik handalan akan berkumpul untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik dalam dunia musik." jelas Elisa Sarah.

"Tapi..Kak Sarah..saya masih hijau. Banyak benda yang perlu saya belajar. Tak akanlah secara tiba-tiba saya dimasukkan sekali dalam pertandingan tu. Malulah saya nanti." ujar Adi. Sarah gelak besar. "Hei, apa ni? Belum cuba belum tau. Lagipun akak dah plan dari dulu dah, dengan cara ini nama kau akan dikenali." ujar Sarah.

"Hah? Plan? Sejak bila akak plan?" tanya Adi. Sarah sengih. "Sejak kita buat persediaan untuk konsert arwah cikgu tempoh hari. Sorry. Akak rancang dengan uncle Robert masa tu. Akak fikir its better kalau Adi juga punya nama dalam industri musik kita nih. Akak tak mahu orang meragui kamu. Lagi satu, masa itu, Adi juga masih merangkak-rangkak untuk memulakan kembali apa yang Adi tinggalkan dulu kan? Mustahil semasa konsert nanti Adi akan perform yang terbaik." ujar Sarah panjang lebar. Adi mengangguk. "Ye, ianya secara tiba-tiba. Masa tu saya tak boleh kata tak mahu. Sebabnya arwah cikgu dah banyak terluka kerana saya..Tak akanlah permintaan terakhir arwah ini juga saya mahu tolak.." Adi tunduk. Matanya bergenang setiap kali terkenangkan arwah gurunya Latif Saari.

"Selepas 1 minggu nanti, akak bawa kamu ke Musicverein. Kita akan bertanding di dalam Golden Hall. Salah satu dewan musik yang paling berprestij dalam dunia ni. Dalam pertandingan tu ada tiga peringkat. First, Adi akan bermain musik secara solo. Jika berjaya dalam peringkat pertama maka Adi akan proceed ke peringkat kedua pula. Peringkat kedua Adi perlu berganding dengan peserta lain. Which is me going to have duet with you." kata Sarah sambil gelak.

"Itupun kalau akak berjaya lepas peringkat pertama."Adi mencelah.

"Diamlah. Okay, then dua kumpulan yang terbaik akan dipilih  untuk proceed ke peringkat ketiga. Peringkat ketiga sama dengan peringkat pertama. Bermain secara solo. According tu my brilliant plan, akak akan tarik diri masa peringkat ketiga kelak. Maka masa tu bergantung pada Adi untuk dapat first place, second place or the third place.." ujar Sarah menerangkan serba-serbi mengenai pertandingan yang akan disertai mereka berdua kelak. Adi tersenyum. Begitu besar sekali pengorbanan Elisa Sarah buat dirinya. Sanggup dia menarik diri semata-mata ingin melihat dirinya berjaya. Sedikit sebanyak sikap guru mereka itu ada terdapat pada Elisa Sarah.

"Erm..Saya nak tanya akak ni, Rauf tahu ke akak plan semua ni?" tanya Adi untuk mendapatkan kepastian. Dia ingin tahu kalau-kalau Rauf bersetuju dengan rancangan menaikkan namanya. Kalau lelaki itu juga terlibat dengan perancangan ni maka ia agak mengejutkan.

"Sikit. Akak ada telefon dia hari tu. Akak explain serba sikit tapi akak tak terangkan semua. Kalaulah dia tahu akak buat semua ini untuk kamu pasti dia marah. Haih. " Sarah mengeluh. "Kamu berdua ni sejak dari dulu memang tak boleh nak ngam."

"Mamat bajet bagus tu sememangnya mempunyai sifat yang menjengkelkan." Adi berkerut marah. Hatinya sentiasa panas bila teringatkan musuh tradisinya itu. Entah apalah yang diberangnya tetapi setiap kali berjumpa memang dia akan berasa sakit hati. Mungkinkah disebabkan cemburu?

"Adi, betulkah kamu tak kenal siapa Liyana tu?" tanya Sarah. Adi tersentak. Eh? Tiba-tiba pula sebut  nama anak gadis tu. Aneh.  "Tak, kenapa? Akak kenal ke?" Adi mengeleng kepalanya.

"Sebenar, akak.." belum sempat Sarah menghabiskan butir bicaranya terlebih dahulu Robert mencelah. "Sarah ada appoimentkan hari ini ? Kenapa tak pergi lagi?" tanya Robert. Sarah melihat jam tangannya. "Eh..yelah..ahaha, sorrylah Adi, nanti kita sembang lagi." kelam kabut Sarah dibuatnya. Dia segera meninggalkan kawasan apartmen.

Adi memikirkan sesuatu.Mungkinkah Sarah mengetahui latar belakang Liyana? Perasaan ingin tahu Adi membuak-buak.

                                       *************

Satu minggu merupakan tempoh yang singkat. Adi takut jika dia tidak sempat untuk menajamkan bakatnya. Bertambah sukar apabila ketiadaan Liyana selaku penterjemahnya. Lambat untuk dia faham segala tunjuk ajar yang diberikan Viston. Apapun dia tetap akan berusaha untuk pertandingan itu kelak. Dia tidak mahu menghampakan Sarah. Sarah sudah banyak berbakti untuknya.

Dia difahamkan oleh Viston bahawa pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu merupakan sebuah pertandingan yang besar. Pada hari tersebut, seluruh dunia akan perhatikan Vienna. Ini bermakna dunia juga akan melihat dia. Argh, begitu menakutkan. Berada di sebuah dewan musik yang besar dan memainkan alat musiknya dihadapan ribuan orang. Ia memang sesuatu yang mampu mengecutkan usus perutnya. Tambahan pula ini merupakan kali pertama dia membuat persembahan di atas pentas. Bagaimana kalau dia terkucil gara-gara terlampau gementar. Ia memalukan!!

Adi menampar-nampar kedua pipinya. Sedar! Sedar! Jangan fikir bukan-bukan, kau tu anak murid seorang pemusik tersohor tanah air. Lagipun kalau ini pun kau tak mampu untuk hadapi bagaimana kau nak tewaskan Rauf. Kau mampu Adi! Adi memotivasikan dirinya sendiri.



"Rauf! Tak usah kau berlagak sangat dengan aku. Kau ingat aku kisah ke kau buat persembahan dekat shopping mall tu! Sikit pon aku tak hairan!!" Adi menjelir lidahnya. Tidak padan dengan tubuh yang kecil bila bercakap mahu gah sahaja. Ada sahaja perkara yang ingin dia gaduhkan bersama Rauf.

Rauf jeling. Dia senyum sinis. Sambil itu dia membersihkan biolanya supaya kelihatan bersih dan berkilat. Melihatkan Rauf tak berkata apa-apa, Adi menjadi lebih sakit hati . "Hoi! Cakaplah sesuatu!!" jerit Adi lantang. "Tak ada gunanya aku bergaduh dengan si dungu macam kau. Tak matang langsung." ujar Rauf. "Daripada bergaduh meh sini aku ceritakan sesuatu."

"Hah!?" Adi terkejut. Selalunya Rauf tidak macam ni. Dia mendekati Rauf. Lantas dia duduk bersebelahan dengan Rauf. Rauf berterusan mengosok biolanya. Dia membuat seolah-olah Adi tiada disitu. "Hei! Tadi nak cerita sesuatu! Cepatlah cerita!" kata Adi berang.

"Kau tahu tak kenapa aku lebih suka duduk dekat rumah ni berbanding dengan rumah aku?" Rauf mula membuka mulut. Adi mengeleng kepalanya. "Manalah aku tahu! Mungkin sebab rumah kau ada hantu kot? Rumah cikgu tak ada." Adi gelak besar.

"Kepala hotak kau! Jangan teka bukan-bukan boleh tak?"

"Kau tanya aku, aku jawablah. Haha"

Rauf mengeluh. Pening kepala melayan karenah Adi. Dia berhenti melakukan aktivitinya. Kemudian dia pandang tepat pada wajah Adi.

"Aku benci dengan mak ayah aku. Mereka hanya memikirkan kerjaya berbanding aku. Kau tengoklah kalaupun aku tinggal disini selama seminggu ada diorang ambil kisah? Tak ada! Diorang buang aku." Rauf meluahkan perasaannya.

Adi melontar pandangannya ke luar laman. "Sekurang-kurang kau ada mak ayah. Aku tak pernah rasa macam mana perasaan punya mak ayah."  

"Kau tahu apa? Kau tak rasa perasaan dipinggirkan. Diabaikan! Ia...ia sangat sakit.." Rauf meraut dadanya. Dia menangis. Adi senyap. Dia membiarkan sahaja Rauf menangis. Adi fikir apakah dia lebih beruntung daripada Rauf? Tapi dia tak punya mak ayah. Mereka kata mak ayahnya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan. Entah bagaimanalah rupa mak ayahnya......

"Hei, kenapa nangis-nangis nih?" tanya Sarah. Sarah menghampiri Rauf. Dia mengosok belakang Rauf. "Tadi akak terdengar perbualan kamu berdua. Jelas kamu berdua bercerita mengenai ibu dan ayah kan? Hendak tahu sesuatu? Ayah akak seorang pemabuk, baran, kaki pukul. Ibu akak dah lama meninggal. Sebelum akak dan adik beradik akak dihantar ke rumah jagaan anak-anak yatim dulu, akak dan adik beradik yang lain sering sahaja dipukul oleh ayah. Sepanjang hari kami berdoa supaya ayah ditarik nyawa. Tapi kemudian sesuatu telah berlaku. Ayah menjadi seorang yang lain.  Pada hari itu dia menangis. Dia peluk kami.Dia merayu untuk dimaafkan. Dia sempat berpesan pada akak dan adik beradik akak, supaya jangan jadi macam dirinya. ...Lepas tu lintah darat muncul. Ayah akak segera menyembunyikan kami dalam kabinet di dapur. Kami lihat ayah bertengkar dengan orang-orang jahat tu. Kemudian ayah akak ditikam mati. Masa tu baru akak sedar betapa berharganya punya ibubapa...." cerita Sarah. Dia mengesat airmata yang jatuh mengalir di pipinya.

"Apapun kita masih mempunyai Cikgu yang boleh kita anggap sebagai mak ayah kan? Dan.." Sarah segera mengambil tangan Rauf dan Adi. Dia merapatkan tangan mereka didalam gengaman kedua tangannya. "Selagi kita bertiga kekal bersama, itu pun sudah memadai." tambah Sarah lagi.

"Jangan risau, selagi Adi tak kalahkan Rauf maka selagi itu Adi akan berada disini." kata Adi pada Sarah. Sarah tersenyum. Rauf mencebik.

No comments:

Post a Comment