Friday, April 13, 2012

Alunan - part 29



Rauf cuba-cuba untuk mencari jalan keluar di balik kabus tebal yang menyebulunginya. Mukanya pucat  lesi tampak tidak bermaya. Peluh-peluh mula merembes keluar. Nafasnya tercungap-cungap. Tiba-tiba dibalik kabus yang tebal itu dia terlihat susuk tubuh yang dikenalinya. Lantas dia menjerit.

"Anis!!" akan tetapi jeritannya itu tidak berhasil. Anis meninggalkannya. Dia berlari menuju ke arah Anis. "Anis tunggu!!"

Kabus tebal menghilang. Dia dapati dia berseorangan di dalam kegelapan. Dia terduduk. Dia menangis. Entah mengapalah dia berasa sungguh takut. Badannya mengigil kuat. Suasana dirasakan sangat dingin.

"Tuan! bangun tuan!" Fikri cuba membangunkan Rauf. Rauf akhirnya tersedar dari mimpi. Dia segera duduk. Cepat-cepat dia beristighfar. Dia lihat muka Fikri. Fikri sengih. "Maaf Tuan, tadi masa tuan tidur tuan jerit-jerit, siap mengeletar lagi tu..Itu sebab saya kejutkan tuan."

Rauf membaringkan tubuhnya kembali. Dia menarik selimut yang terluncut jauh dari tubuhnya itu. "Dah, keluar dari bilik aku. Nak tidur pun tak senang." Faham benar Fikri akan perangai bossnya itu. Sentiasa tegas tapi sebenarnya berjiwa lembut.

Pagi itu Rauf menerima panggilan dari seseorang. Meminta ia pulang ke Malaysia kerana ada perkara mustahak hendak diberitahu. Rauf cemas. Dia tahu sesuatu sudah terjadi sebab orang yang menghubunginya itu adalah salah seorang daripada ahli keluarga Anis. Cepat-cepat dia booking tiket dari Australia ke Malaysia. Sepanjang dalam flight itu dia berdoa. Keresahan menguasai dirinya. Dalam mindanya hanya memikirkan Anis sahaja.

Sampai sahaja di Malaysia segera dia mengambil flight ke Pulau Pinang pula. Kerana situlah lokasi pertemuannya nanti. Memang penat. Tetapi demi Anis dia sanggup melupakan kepenatannya. Bila tiba di Pulau Pinang, dia menghubungi kembali orang tersebut. Mereka akhirnya bersetuju untuk berjumpa di Batu Ferringhi. Lelaki bertubuh gempal dan berkaca mata hitam menunggu kehadiran Rauf dengan penuh sabar. Wajahnya yang masam memerhatikan setiap orang yang lalu-lalang di kawasan tersebut. Apabila dia terlihat kelibat Rauf segera dia mengangkat tangan memberi isyarat.
Rauf berlari anak menghampiri lelaki itu.

"Rauf, abang Edry minta maaf kerana buat Rauf terkejar-kejar kesini. Sebabnya abang Edry hendak berjumpa dengan Rauf ialah pasal Anis." Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, Rauf menjerit. "Kenapa dengan Anis!? Apa dah jadi dengan dia!!?"

Edry menanggalkan cermin mata hitamnya. "Dia baru sahaja meninggal kelmarin." Mata Rauf bergenang. Jenaka apakah ini? Dia meletakkan kedua tangannya di kepala. Dia menunduk. Dia betul-betul tidak dapat menerima kenyataan ini. Tidak! Tidak! Tolong....seseorang tolong katakan ia mimpi!! Rauf menjerit-jerit."Kau tipukan!!?? Penipu!!! Bawak aku berjumpa dengan Anis!!! Bawak Akuuu!!!!!!!" Edry segera memaut badan Rauf supaya lelaki itu mampu bertenang. "Rauf!!! Dengar sini, kita tak mampu melawan takdir. Ajal maut sudah menjadi ketentuan tuhan."

Rauf menangis teresak-esak. Dia tak peduli apa pandangan orang yang berlalu-lalang itu terhadapnya. Mereka tahu apa.... Mereka tak tahu betapa berharganya Anis buatnya.

Anis....

************************

Rauf melawat pusara perkuburan Anis. Setelah membaca surah Yassin di pusara arwah, segera dia mengambil air mawar untuk dituangkan diatas pusara tersebut. Tindakan itu diperhatikan oleh Edry yang merupakan sepupu kepada Anis dan  sahabat rapat kepada Rauf. Fikiran Rauf masih bercelaru. Baru tempoh hari dia berjanji untuk berjumpa dengan Anis. Tetapi alangkah terkilannya apabila dia tidak dapat menunaikan janjinya. Lebih menyedihkan apabila dia tidak ada bersama Anis disaat-saat Anis menghebuskan nafas-nafas terakhirnya.

Mata Rauf bergenangkan air mata. Dia mula terbayang-bayangkan wajah anak gadis itu. Suaranya, tingkah-lakunya yang lincah. Dia merasakan bagai baru semalam dia berjumpa dengan Anis...
Kenangan silam kembali bertaut....

**********************

Rauf setia menanti Anis pulang dari sekolah. Sejak dari pukul 1 lagi dia sudah sampai di luar pagar sekolah dengan keretanya Nissan Fairlady. Apabila dia lihat budak-budak lain sudah banyak pulang lagi dia gelisah. Dia memerhatikan jam tangannya.

"2 petang dah ni...Mana pulak budak ni?" gumam Rauf seorang diri. Terjeling-jeling dia kedalam sekolah. Seketika kemudian, Anis berlari anak keluar dari kawasan sekolah mendapatkan Rauf.

"Maaf bang Rauf, ada kelas tusyen tadi. Maklumlah tahun ni SPM kan?" sengih Anis. Dia menyeka peluh didahi lalu laju je dia masuk kedalam kenderaan Rauf. Rauf mengeleng kecil. Dia juga turut masuk. "Jom, Berbaskin Robbins.." ajak Anis. "Tadi mama Anis call tau, dia nak Anis balik awal." Rauf mula menyalakan enjin keretanya. Anis memaut lengan Rauf. Dia mengoncang perlahan tubuh Rauf. "Ala..bolehla.lepas tu boleh kita straightlah balik rumah...Dah lama tau tak makan aiskrim. Rindu." Rauf tidak mampu menolak permintaan anak gadis itu. Dia mengangguk. Anis bersorak riang. Kereta Rauf menderum menyusuri jalan.

"Cepatlah habiskan Aiskrim tu....makan terhegeh-hegeh. Tengok ni.." Rauf menunjukkan skrin telefon bimbitnya. "Mama call dah tu..Apa abang nak cakap?"

"Rilek la, makan tak boleh cepat-cepat. Mana nak ada feel. Pasal mama tu jangan risaulah. Pandai lah Anis mereka ayat. Ini pelajar pintarlah..BM dapat A++ tau." Anis mula mendabik dada. Sebenarnya dia sengaja untuk lambat menghabiskan aiskrimnya agar dia dapat meluangkan lebih masa bersama Rauf. Bukan selalu dia dapat bermanja-manja dengan Rauf. Rauf sering sahaja sibuk dengan urusannya. Jarang berada di Malaysia. Rauf menyekeh kepala Anis. "Eih apa ni..?" Anis terkejut. Dia pegang kepalanya. "Eleh, macamlah abang tak tau...saja lah tu lambat makan..." Rauf memberi pandangan sinis. Anis mencebik.

Apabila mereka hendak beredar dari Baskin Robbins. Anis mula menunjukkan tanda kepeningan. "Abang..." kata-kata terakhir Anis sebelum dia jatuh pensan. "Eh...Anis!!" Rauf segera mendapatkan Anis.

--------------------------

Rauf melihat wayar-wayar berlingkar di katil wad Anis. Anis disahkan menghidap penyakit Leukimia.
Sebuah penyakit yang mampu membawa maut. Melihatkan wajah sayu dan sunggul Rauf, Anis mengukir senyuman. "Abang...Abang jangan risau...Anis akan terus berjuang untuk hidup..Anis tidak akan mengaku kalah..Anis nak berjaya macam abang...Anis nak.." Rauf menghampiri katil Anis. Dia menangis....."Maafkan abang...Maafkan Abang..."

Anis tidak pernah melihat lelaki sekeras Rauf menangis sebelum ini. Sebelum ini Rauf dikenali dengan sikap keegoaannya. Lelaki seego Rauf telah menangis untuknya pada hari itu. Anis menjadi tersentuh. Lalu dia turut menangis.

Perlahan dia menyentuh tangan Rauf. "Abang tak perlu minta maaf. Abang tak apa-apa salah pun."

*****************************************

Tanpa disedari airmata Rauf mengalir keluar. Dia menanggalkan cermin mata yang dipakai lalu dia menyeka air matanya.. Setelah disarung kembali cermin mata pada kedudukan asal, dia bangkit berdiri. Edry menghampiri Rauf. Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek sakunya.

"Nah, Anis hendak Abang memberikan ini kepada kamu sejurus selepas kematiannya. Bacalah." Edry menghulurkan sekeping kertas yang dilipat kemas.Rauf membuka lipatan. Matanya tertumpu pada tulisan-tulisan halus yang ditulis rapi diatas kertas tersebut.

"Kehadapan Abang Rauf yang Anis sangat sayang..

 Pertama sekali Anis ingin mintak maaf sangat-sangat dekat Abang Rauf pasal melarikan diri pada tempoh hari. Itu semua idea Anis. Anis tak mahu segala urusan Abang terganggu. Anis tahu Abang sangat sibukkan? Dan Anis taknak Abang sedih disaat-saat Anis menghembus nafas terakhir Anis...
Itu semua akan merencatkan karier abang....

Abang Rauf, janji dengan Anis satu perkara boleh?
Walaupun dengan ketiadaan Anis kelak..Abang teruskan berkarya...Teruskan bermain musik boleh?
Janganlah pula sebab kematian Anis maka Abang dah tak mampu untuk bermain biola......Anis berharap tidak berlaku macam tu...Anis akan sedih kalau itu yang terjadi....Ingat tau! Janji ni!

Akhir kata...
Abang terfikir tak kenapa Anis minta jasad Anis dikuburkan di Pulau Pinang? Ehehe...Sebab dulu, di sini lah tempat dimana Anis bertemu Abang. Tempat dimana keluarga kita berdua menjadi rapat. ^^
Ia memang ditakdirkan bukan? Apapun Anis minta Abang mampu jaga diri Abang dengan baik. Sebab Anis dah tak ada nak tengok-tengok Abang sayang Anis lagi dah. Don be notty okay?
Hmm bila saat Anis tulis surat ini Anis teringat kata-kata Abang pada Anis dulu.

"If there's a bond between us, i hope the song was the one to tied us together "

PS: takmo sedih-sedih okay? Life must go on...Anis harap Abang Rauf success!

LOVE U BIG BROTHER.. >.<

By ur pretty princess..

ANIS SURAYA BINTI DATUK DAUD..

.................."


Rauf tersenyum. Dia gelak kecil. "Budak ni...Ko tau tak ko dah buat aku menangis..." Setelah melipat kembali kertas tersebut, dia berjalan meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Wajahnya mengukir senyuman. Betul kata Anis. Hidup harus diteruskan. Musik perlu dimainkan....

No comments:

Post a Comment