Sunday, April 22, 2012

Alunan - part 32




"Kyaaa!!! Apa ni!!!" jerit Adi. Semua peserta melihat Adi. Adi senyum terpaksa. " Maaf, maaf" dia menunduk-nundukkan tubuhnya seperti orang jepun memberi salam. Mukanya tampak gelisah, manakan tidak dia melihat klarinetnya tiada dalam woodcasenya. Dan yang paling menyakitkan hati, ia digantikan dengan harmonika. Harmonika!!? Bila masa pula ia boleh sesat di dalamnya. Hantu apa lah yang dengki sangat dengannya. Toyol? Apa kejadahnya toyol curi seruling? Nak main? Poorah, pakai baju pun tak reti.

Adi kian resah. "Macam mana ni. habislah aku...lepas ni giliran aku dan Kak Sarah nak buat persembahan.." Adi mengaru-garu kepalanya. "Betullah kak Sarah cakap! Ini mesti kerja Peter..tapi macam mana dia buat?" fikir Adi.

"Hei, kenapa ni? Akak tengok macam orang kematian biawak je." tegur Sarah. Sarah melihat woodcase Adi yang terletak diatas sebuah bangku disitu. Sarah menahan gelak. "Amboi, kamu nak main guna harmonika ke?" tanya Sarah. Adi memberi pandangan tajam kepada Sarah. Sarah senyum. "Nak marah akak pula? Kamu ada bawa flute kan?"

"Tak! Buat apa pula saya bawa dua alat musik..!?" dengus Adi. "To be a professional, Adi kena ada buat persediaan awal tau. Sepatutnya Adi kena ada backup alat musik..." ujar Sarah. 

"Sudahlah, mesti Peter punya kerja kan? Tapi macam mana pula dia buat?...HAAA! Mesti time Adi pergi tandas tadi! Mamat tu, sempat dia ye!" marah Adi.

"Why not u just try this harmonica?" cadang Sarah. "Hah? Boleh blend ke melodi dia?" tanya Adi. 

Sarah mengeleng-geleng kepalanya. Dia lihat wajah Adi dengan lama. Seketika kemudian baru dia cakap. "Adi lupa ke apa yang cikgu ajar?  Untuk mendapatkan keserasian tak semestinya kita perlu mempunyai pertalian darah yang sama tetapi hati ini, Kunci keserasian adalah hati kita. Bila dalam hati kita rasa ianya serasi..maka serasilah, kalau rasa tidak maka tak lah ia. Begitu juga bila kita main alat musik, Tak semestinya piano hanya boleh berganding dengan biola,flute, dan alat okestra yang lain saja kan? Mungkin boleh main bersama Sape? Siapa tahu kan? Janji hati itu perlu percaya." ujar Sarah.

Adi berkerut. "Rasanya cikgu hanya cakap sampai kunci serasi adalah hati kita.. Yang bahagian piano ganding Sape tu takde plak Adi dengar.." ujar Adi sambil ketawa kecil. Sarah mencebik. "Diamlah kau, cepat giliran kita tu... Adi, percayalah pada akak..Even harmonica sekalipun Adi pasti boleh bermain dengan baik." Sarah menaikkan semangat kepada Adi. 

"Heh, siapa kata Adi tak pandai main harmonika..if akak kata piano boleh blend dengan harmonika itu dah cukup meyakinkan Adi." Mereka sama-sama naik diatas pentas. Sebelum memulakan persembahan Adi membisikkan sesuatu di telinga Sarah. Sarah angguk lalu dia mengambil tempat di piano. Penonton mula teruja untuk melihat persembahan mereka. Terutamanya Adi. Tempoh hari dia berjaya mendapatkan perhatian penonton. Adi menyenteng lengannya sedikit, ini kerana baju kot yang dipakai agak menyukarkan lengannya untuk diangkat. Ketat. Apabila melihat ditangan Adi adalah harmonika, penonton menjadi terkejut. Mereka sangka Adi akan main seruling.  

Adi mula meniup harmonikanya. Melodi yang dimainkan sangat lembut dan mendayu. Dia bermain dengan baik walaupun sudah beberapa tahun dia tidak bermainnya. Seketika kemudian Sarah pula memainkan pianonya. Seiring melodi mereka berdua. Gadingan yang mantap. Setelah selesai persembahan walaupun tidak dapat Standing Ovation seperti tempoh hari tetapi mereka mendapat tepukan yang sangat gemuruh. Sarah dan Adi maju ke hadapan pentas lalu tunduk menerima penghormatan mereka. 

Selepas persembahan mereka, Peter dan Natasha Galina pula membuat persembahan. Mereka juga mendapat tepukan yang gemuruh. Mereka berdua memang hebat. Turun sahaja dari pentas, Peter menemui Sarah. "Alice, Adi.. good joob..nicely done!" puji Peter. Adi berpaling, kononnya protes untuk tak bercakap dengan Peter. Peter hairan. "Alice, kenapa dengan dia?" tanya Peter. Sarah senyum-senyum. "Adi..oo Adi..Akak tipu kamu je. Truth is akak yang tukar flute kamu dengan harmonika bukanya Pete." terang Sarah. Peter dan Adi sama-sama membuat terkejut. Adi memberikan jelingan tajamnya.

"Hei, Alice..nakal you ni ye? You burukkan nama I nih.." ujar Peter. "Kenapa pulak akak buat camtu? Patutlah akak cool je..." tanya Adi pula. "Ehehe, jangan marah. Saja nak akak buat camtu nak tengok tahap Adi handle situasi macam ni. Tapi bila akak tengok Adi tenang je. Akak pun jadi lega." ujar Sarah sambil sengih macam kerang busuk lagi basi. "And you plak Pete, sorry sangat-sangat. I jadikan you antogonis tuk plan I nih." tambah Sarah lagi.

Peter geleng kepalanya. "Its okay, you sejak dari dulu suka sangat buat plan tak senonoh." seloroh Peter. Adi mengeluh. Dia tidak faham apa yang bermain dalam minda Sarah. Sarah yang dikenali semasa dia kecil adalah berlainan. Dahulu Sarah seorang yang pendiam, berbeza dengan sekarang. Licik! Ada sahaja perkara yang dirancang oleh Sarah.

Setelah selesai persembahan, dua kumpulan yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya adalah kumpulan Peter,Natasha dan Sarah,Adi. Sarah menarik nafas lega dengan keputusan tersebut. Rancangannya mengikut apa yang difikirkannya. Selepas ini bolehlah dia menarik diri pula. Maka dengan itu sudah pasti antara tiga tempat itu akan menjadi milik Adi. Kemudian bila nama Adi sudah naik, tanpa ragu-ragu lagi mereka boleh membuat konsert bersama seperti yang diingini arwah guru mereka. 

"Saya nak akak bertanding sekali dalam peringkat akhir!" pinta Adi. "Jangan risau, saya tak akan kalah dengan Peter, Natasha mahupun Akak sendiri. Saya akan pastikan esok, sayalah yang akan mendapat tempat yang pertama tu..." tambah Adi sambil menampilkan muka yang bersemangat dan bercita-cita tinggi.

"Kalau tewas?" tanya Sarah. Adi membuat isyarat "tidak" dengan jari telunjuknya. "Tak akan berlaku punya...Kalau tewas pun saya rasa plan akak tetap berbuahkan hasil sebabnya saya dah jadi bualan orang sejak tempoh hari...saya kan terer." ujar Adi. Sarah menyekeh kepala Adi perlahan.
"Perasan.."




Balik sahaja rumah Adi terus mencari katil. Penat. Dia mendepakan tangannya. Lalu menjatuh badannya kebelakang ibarat mahu terjun bungee jumping. Tubuhnya terbenam di katil. Ahh..tilam dirasakan begitu empuk. Dia menguling-guling tubuhnya. "Seroonooknya tidur!!!"

Adi mula berangan. Matanya tidak berkedip langsung. Dia memikirkan saat kegemilangannya kelak. Akan datang pasti orang ramai menyebut-nyebut namanya. Didada akhbar juga tidak putus-putus membuat artikel mengenainya. Dijemput kesana-kemari untuk membuat persembahan. Kalau dah terlalu banyak nanti, dia fikir dia perlu demand. Siapa yang bayar lebih, dialah yang menjadi first choice. Adi senyum seorang diri. Malahan di masa kegemilangannya nanti, Rauf akan menangis melutut melihat dia lebih berjaya. IN YOUR FACE! Dulu kau kata aku tak hebat kan? Sekarang kau tengok! Silap hari bulan nama kau akan tenggelam di balik nama aku. Adi gelak berdekah-dekah...

Sarah. Ada sebab dia menyuruh Sarah tidak menarik diri. Sebabnya, dia mahu Sarah juga tewas ditangannya. Kalau dengan Sarah pun dia tidak berjaya tewaskan manalah layak dia digelar anak murid cikgu Latif Saari no.1....Esok, esoklah hari permulaan buat segalanya....Kebangkitan lelaki bernama Adi Zikri.


Keesokan harinya, Hari terakhir pertandingan. Empat peserta akan berentap untuk mendapatkan gelaran juara.  Masing-masing dengan bakat mereka yang tersendiri. Semuanya hebat belaka. Peter dan Sarah adalah contoh terbaik. Dua-dua sudah menempa nama di peringkat global.

"Alice, boleh I cakap sesuatu?" Rauf membisik perlahan di telinga Sarah. "Apa dia?" tanya Sarah. Perasaan ingin tahunya melonjak. Dia kenal dengan Peter. Jika dia Peter membisikkan sesuatu ditelinga pasti ada sesuatu yang tidak menyenangkan lelaki tersebut. Peter menunjukkan jarinya kearah Adi yang tidak jauh dari situ. Leka bersiul sambil membersihkan klarinetnya. Sarah mengerut. "Kenapa you tunjuk dia?"

"Dia akan mabuk kalau hati dia benar-benar tak kuat.." ujar Peter. Jelas ayatnya berkias. Dia seperti mahu memberi amaran. Malangnya ia tidak difahami oleh Sarah. "Mabuk? Apa you cakap ni? I tak faham? Mabuk tunggang arak ke?" tanya Sarah. "Bukan mabuk tu...Tak apalah..You akan faham nanti.." kata Peter sambil berlalu dari situ. Sarah kehairanan, apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Peter sebenarnya?

Pertandingan itu berakhir dengan kemenangan diperolehi Adi. Sememangnya mengejutkan. Adi dilihat semakin hebat. Itu tidak dapat dinafikan. Walaupun klarinet bukanlah alat musik pilihan Adi malahan baru-baru ini sahaja dia cuba untuk memahirkannya tetapi pada hari ini dia berjaya mencuri perhatian para juri dan penonton-penonton yang hadir. Menewaskan 3 orang jaguh yang ternama benar-benar sesuatu yang luar biasa. Berpusu-pusu para wartawan mengerumuni Adi. Adi tersenyum-senyum. Dia bangga dengan dirinya. Dia pun tidak sangka dia mampu bermain klarinet dengan baik. Sangat-sangat baik. Tetapi apa yang pasti, dia telah menewaskan Sarah. Target pertamanya sudah tercapai.

Di tengah-tengah kesibukan melayan para wartawan, Sarah menerima panggilan daripada Liyana. Liyana berhasrat untuk mengucap tahniah pada Adi. Bila ditanya mengapa tidak menghubungi terus ke telefon Adi. Liyana memberitahu telefon Adi dimatikan. Sarah mendekati Adi lalu menghulurkan telefon. "Liyana".  Adi menepis. "Akak tak nampak ke saya tengah sibuk layan wartawan!!? Akak boleh tolong jangan ganggu tak." jerit Adi di hadapan para wartawan. Sarah tersentak. Baru sekarang dia faham apa yang dimaksudkan Peter.

"Liyana..akak nak minta maaf."

"Tak apalah akak, saya dengar.. dia sibuk..Juaralah katakan." Liyana mematikan telefonnya.

Sarah menjeling ke arah Adi. Tersengih-sengih menjawab soalan wartawan. Benci!!  Tidak lama kemudian, Sarah menerima lagi panggilan. Nombor yang tidak dikenali. Segera dia menjawab.

"Elisa Sarah kan? Tahu tak Rauf Arman sudah hilang? Tak ada siapa tahu kemana dia pergi. Kali terakhir orang nampak dia, di Pulau Pinang."

Sarah membulatkan matanya. Hilang??? Rauf Arman hilang?....

No comments:

Post a Comment